Alhamdulillah.
Dah setahun aku menetap and keja kat KL ni. Perubahan yang baru dari semua segi. Biasa aa tu kan bagi orang yang dulu bukan study kat KL. Pejam celik-pejam celik dah setahun aku dok sini. Rasa macam baru je aku keja. Setakat ni keja aku masih sama cuma tukar bos je la. Kalau aku masih bersemangat waja mungkin akan tukar jadik student lak. Dan kalau aku ada rezeki mungkin aku bertukar keja lain ke kan.
Kalau boleh memang aa aku nak tukar keja. Aku rasa aku bukanla orang sesuai yang nak keja bahagian research neh. Aku kalu boleh nak try keja yang rutin macam keja si Zarul tu. Keja dia macam buat inventori spare part. Macam kalau ada Toyota kuar keta baru si Zarul akan buat no siri. Pastu akan deal ngan warehouse untuk shipkan spare part. Aku rasa la keja dia camtu. Kot. Hehehe. Tapi aku macam nak keja yang macam tu la. Semua rutin. Pas kena buat tu, buat ni lak. Keja skang ni agak tensen. Tensen bila kena buat report, buat guideline, buat paper. Kena pikiaq lagi, kena baca macam-macam lagi. Kalau boleh nak keja tak mau berfikir yang heavy-heavy neh.
Amboih..demand. Kerja memang kena demand oo. Sebagai contoh macam skang aku tak berapa suka keja aku and bos aku. So aku punya perasaan bekerja tu tak berapa nak syok la kan. Bila tak syok mula la tak berapa nak perform. Pastu tak rasa nak perform sebab rasa macam tak mau stay lama. Dan yang negative tu pon mulala semakin bertambah. Apapon, aku akan cuba menaikkan semangat aku bekerja dengan memikirkan hutang-hutang. Bayar keta, minyak keta, duit sewa umah, duit kutu, duit kawen, duit bagi mak ayah, duit adik-adik lagik, duit nak makan lagi, duit nak p dating lagi, duit nak belikan Imran macam-macam dan yada-yada. Kalau tak keja camnela nak dapat duit.
Skang ni aku macam dilema. Pilihan yang merungsingkan aku adalah seperti berikut;
1. Berenti keja, cari keja lain.
2. Tolak biasiswa, apply jadik RA, apply escience, buat master, apply pasca.
Setahun dah..