May 28, 2008

Inginku Tak Mahu Sesiapa Melainkan Dia.


Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


May 26, 2008

Doa

Tengah hari tadi Kak Yan M, Kak Yan Z, Kak Shida, Kak Azni, Farah and aku ke PPUM. Tengok Kak Abi. Kak Abi ni wife Shahid and Shahid is one of our colleague. Perjalanan ke sana dari opis sangat mencabar macam hidup manusia. Hehehe. Cerita-cerita pasal Kak Abi memang dah lama terdengar. Kak Abi dah di sahkan tak ada harapan lagi untuk sembuh and dia memilih untuk stay at the hospital dari balik umah. Aku macam biasa senyap je la. Bila ramai kak-kak disekeliling, aku dengar je la kan. Aku asyik tengok muka Kak Abi and tengok muka Shahid. Dua-dua tenang. Sikit pon tak ada riak sedih ke, ape ke. Camne la depa menghadapinya kan?

Harap-harap siapa yang baca ni dapat doakan kesihatan Kak Abi makin pulih. Aku pon tak tau nak tulis apa. Huhuhu. Tolongla yea doakan Kak Abi.


Muahx!

Et Cetera

Alhamdulillah interview aku ngan abang+akak ipar Zarul berjalan seperti interview biasa. Huhuhu. Aku telah mematuhi nasihat ayah aku untuk berbaju kurung dan nasihat Hara dan Ude untuk bertudung butterfly serta pin macam mahal skit. Tapi bab pakai lipstik tu tak dapat la haku penuhi yea. Hahaha. Nak kawen dengan anak makcik Zaharah ni bukan senang ok. Kira fasa pertama sudah setel. Tinggal fasa kedua iaitu jumpa adik Zarul, fasa ketiga jumpa nenek+atuk Zarul dan fasa terakhir dan paling kritikal jumpa mak+ayah dia. Huhuhu. Letih aku ni berjumpa orang. Kawen punya pasal terpaksa la aku tebalkan muka juga. Kira selepas fasa terakhir, korang tunggula kad jemputan kawen aku pulak. Hahaha. Aminnn. Semalam aku siap nak terberak lagi dalam kereta masa on the way ke umah abang Zarul. Haihh. Gabra sungguh. Takut aku berpanjangan sampai lunch dan berakhir bila sampai di Ikea. Huhuhu. Apa-apa pon semua dah setel. Ikut suka depa la nak kata aku apa. Hehehe.

Dah setel 1 benda. Yahoooo!
Toodle!



p/s: Mak aku baru kol opis tadi. Kalut nak gosip pasal interview aku. Huhuhu. Mak, mak..


May 24, 2008

Saat Awan Gelap Menyelubungi.

Ya Allah!, berilah aku kekuatan dalam mengharung dugaan Mu.
Sesungguhnya aku tak berdaya untuk menghadapinya.
Kaulah maha mendengar lagi maha mengetahui.



May 23, 2008

Stay With You.


We've been together for a while now

We're growing stronger everyday now
It feels so good and there's no doubt
I will stay with you as each morning brings sunrise
And the flowers bloom in springtime
All my love you can rely
And I'll stay with you


May 22, 2008

Meet The Parents


Hujung minggu ni.
Wish me luck, peeps!


May 20, 2008

Another Bump On The Road Of My Life

Bila hari tak selalunya indah,
Saya berpaut pada kesempurnaan yang melengkapi hidup.



May 19, 2008

Nafsu!Nafsu!Nafsu!

SHOOTSAC by Jessica Claire is originally uploaded by Shootsac Blog.



May 17, 2008

'Cause my world revolves around you




"I'll be your medicine, you'll take every dose of me."

--


May 16, 2008

How Are You, Baby?

I walked, I ran, I jumped, I flew
Right off the ground to float to you
There's no gravity to hold me down for real

But somehow I'm still alive inside
You took my breath, but I survived
I don't know how, but I don't even care



May 12, 2008

Hobi

Last aku update Fotopages aku adalah pada 3 Oktober 2006. Dah setahun lebih tak update apa-apa. Mula-mula aku post pic guna camera digital Fudgerina. Masa tu kagum habis la si Fudge ni ada camera digital. Pas tak lama tu aku pon beli satu jugak. Kira 1st camera la kan. 1st camera aku Canon. Camera digital masa tu mahal lagi. Tak macam skang, bersepah je ha. Pastu harga murah-murah. Pastu power-power lak. Masa tu la aku belajar-belajar edit gambar guna Photoshop. Jenuh gakla surf internet nak menuntut ilmu. Nak bertanya orang aku segan lak. Hehehe.

Camera kedua aku pulak Holga 120GCFN. Yang ni aku beli guna duit sendiri setelah bekerja. Aku beli pon online dari kedai kat Singapore. Murah sikitla berbanding beli kat Mesia. Lagipon agak lambat sikit kalau kat Mesia. Kena tunggu stok ada lak. Setakat ni baru guna 2 roll medium format B&W. Yang ni malas sikit nak guna sebab kena beli film. Pastu nak kena cuci lak. Nak kena scan lagi. Banyak keja lak kan. Hehehe. Tapi still suka dan sayang. Ingat nak angkat Fish Eye ngan LCA+ lak. Tapi tunggula bila ada duit.

Yang the latest sekali Nikon D70 secondhand yang sAp belikan dan masih aku hutang dia lagik. Yang ni dalam proses mencuba,mencuba dan terus cuba. Selain tu tengah giat membaca, merujuk dan bertanya. Ada niat nak beli lense yang lain tapi tunggu dah terer pakai camera ni & habis bayar hutang kat sAp. Hehehe.

Amik gambar ni blehla nak katakan hobi jugak. Tapi aku pon tak pasti hobi ke atau trend masa sekarang. Bagi aku hobi ambik gambar ni kira termasuk dalam hobi yang mahal la. Mahal bila tang kena beli lense, body, filter, external flash, yada-yada. Tapi lebih mahal kalau guna camera yang film tu. Pastu kena lak yang Lomo. Alahai, duit mengalir je. Kalau dah suka tu habiskan duit pon tak kesah, ye tak? Haha. Untuk tidak nampak membazir, patutnya gambar yang di ambik mestila cantik. Betul tak? Rupanya susah jugak nak ambik gambar yang cantik.

Aku ingat nak join la kelas-kelas fotografi ni. Supaya aku takla ambik je gambar tapi tak tau apa-apa kan. Banyak benda yang nak kena belajar kalau betul-betul nak pro. Cara yang lebih baik adalah menuntut dengan orang yang mahir & pro jugaklah. Untuk ambik gambar yang baik mesti dapat menguasai kemahiran komposisi, teori RO3 (rule of third), cropping, angle, looking room, head room, mood dan macam-macam lagik. Untuk berjaya mestilah usaha yang lebih.
Tapi seperti yang sedia maklum, kena labur sikitla untuk masuk kelas-kelas ni. Walaupun agak mahal sikit tapi berbaloi la kan. In short, hobi seperti ini memerlukan pelaburan yang agak besar. Walaupun begitu, kepuasan yang diperolehi pastinya lebih bermakna dan berbaloi.




May 11, 2008

Happy Mother's Day,

Mak, we love you!!!

May 7, 2008

I'm Yours.


No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours


----


Expect The Unexpected


Betul tu.
Macam semalaman, ekon keta aku bocor camne ntah kat seat sebelah driver. Aku tak taula tu air ekon ke air apa sebab bila aku pegang sejuk je. Hehehe. 2 hari sebelum tu aku dah p service keta aku. Tukar bateri, tukar wiper, tukar ntah hapa lagi, service ntah hapa lagi. Siap-siap semua kena la dalam 4rat. Uishhh..duit melayang kurang beberapa jam sahaja. Tapi ni dah masuk bajet semua dah. Terkuburla harapan aku nak memiliki benda yang telah lama aku idamkan. Tapi tak pa la kan sebab dah bajet semua. Nasib baik aku punya claim keja luar banyak sikit so dapatla cover kehidupan seharian untuk hari mendatang sebelum 25 May neh.

Yang tak dijangka itula si ekon punya hal. Aku pon hanta je la kat kedai hari tu. Ingat ke sikit-sikit je la kena. Malangnya macam-macam lak. Ganti la, vacuum la, dan ntah hapa lagik. Kira punya kira lagi 5 ringgit nak 2rat. Huhuhuhu. Apa la naseb aku labu. So campur-campur dah 6rat aku habis kat keta comel itu. Bagi aku yang kurang berada ni banyak la habis. Kalau shopping tu memacam boleh beli tau. Naseb baik aku tak beli day bed kat IKEA hari tu. Kalau aku beli, aku tolak kat apek kedai keta tu je la day bed aku. Huhuhu. Tapi tak pa la. Dah 2 tahun pon keta aku tu. Wajarla nak tukar itu ini. Haihh.. Seb bek keta kecik. Kalau aku pakai Caldina mesti tak makan aku bulan ni. Hehehe.

Aku pon tak tau tajuk tu sesuai tak dengan bebelan aku hari ni. Sebenarnya aku nak cerita lain. Tapi lain yang kuar. Hehehe. Lain kali la untuk cerita yang aku nak cerita ni. Oh, aku dah tengok pic Ijan ngan Peroi. Tapi seketul je la. Nak tengok p sini ----> Azzaharry

So, moral untuk hari ini adalah, "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.".


May 6, 2008

Dah lama


Dah lama tak update blog. Tak tau nak tulis apa. Hehe. Hari-hari pon macam biasa. Tak ada yang luar biasa pon. Weekend hari tu saja-saja p IKEA. Dalam dok saja-saja nak p ada jugakla hasil tangkapan untuk hari tu. Ada ja nak di beli. Hajat nak tukar langsir baru pon tercapai la hari tu. Aku ingat nak beli yang dah siap tapi bila di hitung-hitung bek aku jahit sendiri. So, beli kain, beli penyangkut langsir,skru semua bagai. Excited ok. Huhuhu. Kira 2-3 hari yang lepas aku sebok menjahit langsir. Aku jahit simple je sebab aku tak dak mesin jahit. Dengan aku yang tak reti menjahit + jahit tangan jadiknya langsir aku masih dalam proses pembikinan la. Dah siap, aku mesti nak show off punya kat sini. Hehehe. Lawatan ke IKEA ni ada baiknya jugak selain menghabiskan duit.

Weekend yang lepas agak tak bes gak la sebab aku tak jadi ke Langkawi ngan p Ijan+Peroi nikah. Dah tak p tu tak dak la cerita sensasi dah gambar yang bleh aku boh sini. Aku skang tengah mencari sumber untuk mengetahui sepanjang majlis Ijan tu berlangsung aje la. Sesapa yang ada pic ke bagi aa aku tengok. Sangap dah ni menunggu cerita-cerita kawen neh. Harap-harap Shah kawen 25 May neh aku dapat aa p. Macam-macam lak benda nak jadik kalau dah plan-plan ni kan? Okehla. Bye.