July 31, 2008

Kaulah Yang Terindah.

Akhirnya setelah bertungkus lumus siapkan poster untuk Simposium next week, hari ni sudah la siap. Pas lunch nanti terus nak print. Ada sesapa ke p simposium next week ni? Pas dah siap barulah lega sikit and boleh buat benda-benda merapu sikit.Keinginan untuk mempunyai bilik tidur hero telah disuarakan pada Zarul dan telah pon diizinkan beli. Hahaha. Yahooo! Oleh kerana green light dah menyala, malam tadi study katalog Ikea sampai lunyai. Haha. Masih berkenan yang aku bagitau sebelum ni. Aku ambik yang simple dan murah saja. Malas aku nak survey-survey yang lain. Lagipon satu set campur tilam dan yang lain-lain tak sampai pon 2 ribu tau. Bagus jugak wujudnya tabung kawen ni kan. Bolehla korek-korek time macam ni. Kira yang tinggal hanyalah untuk ke Ikea and beli and pilih design. Design yang aku berkenan belom di approve lagi. Yang approve baru tang membeli je. Haha.

Sebelom beli, terpaksa jugak kemas-kemas. So, akan aku asingkan baju yang tak mau ngan yang mau. Aku akan pikirkan apa yang nak buat pada yang tak mau. Bagi clear baru la boleh beli. Bila dah ada umah sewa or umah sendiri baru beli mesin basuh, peti ais, dan yang lain-lain. Aku sungguh hepi hari ini. Hehehe.

Akan update pasal besday dan Langkawi nanti ok?
Muahhhhhhhhh!

July 30, 2008

Dearie Dear.

"You're the one thing I got right,
The only one I let inside,
Now I can breathe, cause you're here with me."

- Spirit, 2007

Chores, Chores, Chores

Oh! Dah lama nak buat Spring Cleaning tapi still tak sempat-sempat. Weekend mesti full dengan aktiviti, this weekend aku balik kampung pulak. Next weekend macam bau-bau ke Genting. Hahaha. Kalau sesapa yang dah tengok bilik aku mesti rimas. Betul tak Huna, Ain and Ecah? Huhuhu. Malas aku nak ceritakan keadaan bilik aku. Untuk jangka masa pendek ni aku bercadang nak beli almari atau pun drawer and nak transform bilik aku dari zero ke hero seperti gambau bawah ni. Wahahaha.Taklah macam tu. Esok bila ada umah sendiri barula boleh macam tu. Will go to Ikea untuk membeli almari or drawer. Belum decide lagi mana mau beli. Kena tepuk-tepuk atm dulu barula tau seleranya. Dan akan let go a few things lah kot nanti masa dah kemas-kemas. Kalau aku rajin aku jual kalau aku malas aku bagi je free pada sesapa yang nak ok?

Masih ada beberapa perkara belum selesai. Macam nak post entry Langkawi, birthday dan ntah merepek apa lagi. Aku skang tunggu gambar dari Huna. Dan lepas tu barula bleh cerita pasal Langkawi. Ke korang tak mau tengok gambar?Hehe. Sementara aku tak dapat gambar lagi, boleh la nak tau serba sedikit pasal trip hari tu kat sini. Pas baca aku rasa mesti korang dah dapat gambarannya and kenapa aku tak up-up lagi cerita Langkawi. Huhuhuhu.

Untuk tawaran tudung dubai sudah tiada sebab aku dah bagi pada Zurina. Tudung dubai tu macam pic kat bawah ni ye Afzan. Tapi aku punya beli pasar malam and aku rasa bukan originally di bawa dari Dubai. Kalau nak yang ori maybe kena order pada sesapa yang jual. Ni ada web salah seorang penjual tudung Dubai online [Seri Cahaya]. Aku rasa yang dia jual jauh lebih berkualiti dari aku beli. Tudung aku tu, tak pakai pon lagi. Galak sangat nak membeli. Hahaha.

July 29, 2008

Pictures Galore.

Aku update dengan gambar-gambar dulu la yea. Cerita nanti aku selit-selit kemudian. Bukan ada cerita menarik pon. Huhuhuhu. Gambar-gambar adalah sekitar Pulau Langkawi and Padang Besar. Will update lagi as soon as posible. Enjoice!!


P/s: Aku nak bagi percuma tudung dubai pada sesiapa yang nak. Nanti aku upload gambar ok. Penghantaran pon free jugak. Tudung tu warna hitam. Ada sesapa berminatttt??

July 28, 2008

I'm Home!!

Sudah selamat sampai di Kuala Lumpur pagi tadi. Nanti ada masa aku upload gambar dan cerita-cerita di sana. Malas betul aku nak upload gambar.. Hehe.

Pada yang dah wish aku birthday, terima kasih banyak-banyak. Pada yang nak anta hadiah besday masih terbuka lagi sehingga 23 Julai 2009. Hahaha. Pada akak aku and Farah, thanx bagi hadiah. Aku sungguh suka ok. Yang tu pon cerita nanti.

Okla. Banyak keja tak setel lagi. Penat.

Daaa..

July 27, 2008

STICKY POST

July 23, 2008

Kira-kira

Ngantuk sungguh minggu neh. Asyik terlelap je kat opis. Isnin hari tu masa seminar pon aku tertido tersengguk-sengguk. Warghh..Ngantuk. Tadi sedap tido pon terganggu talipon berbunyi. Ntah hapa-hapa la. Tadi ada orang jual perfume mai bilik aku. Aku menyampah gak orang jual-jual ni. Tapi bila dia tunjuk perfume kecik-kecik terus aku order satu. Wahaha. Tapi aku kata tak sure nak beli ke tak. Sian abang perfume tu. Aku ingat nak beli kat Langkawi je perfume neh. Pastu ada lak member aku jual perfume reject-reject murah. Reject macam takde kotak ngan penutup. Perfumenye ori. So sesapa yang nak beli bagi tau aku.

Sok besday aku. Hahaha. Pastu lusa gaji lak. Hahaha. Pastu p Langkawi lak. Hahaha. Siok-siok. Sebelum p Langkawi aku kena tolak tepi dulu duit nak bayar bil and budget soping kat Langkawi.

Bayar

1. Sewa umah = RM150.00
2. Loan keta = RM350.00
3. Duit kutu = RM650.00
4. Bil broadband & talipon = RM180.00
5. Parent = RM300.00
6. Tabung kawen = RM400.00
7. Minyak = RM200.00

TOTAL = RM2230.00


Waaa..berapa la aku nak soping ni. Tekanan ok. Mengapakahhhhhhhhhhhhhhhhh!

p/s: Aku rasa tak mau guna dah broadband tu la...



July 22, 2008

Drooling!



Agak-agak kat Langkawi murah tak ek?

July 20, 2008

My Not Ordinary-Boring Sunday

Ho Yeaahhh! Hari ni boleh jumpa Zarul. Semalam Zarul tak datang mengeDate aku sebab anta adiknya balik UTP. Pagi-pagi terus ke Jalan Pasar untuk Zarul survey mainan control-control ni. Tak kuasa aku nak membeli. Harga ratus-ratus membazir je. Nasib baik la si Zarul kata nak tengok je. Kalau kata nak membeli haruslah aku membebel. Baik belikan aku kasut ke, handbag ke kan. Haha. Tak pon cincin LOVE macam Pojie. Hahaha.

Setel di Jalan Pasar terus ke Low Yat ambik Thumdrive yang diganti balik dan kena saman. Huhuhu. Tensen aku. Kalau la aku tak singgah kedai kasut tu tak la kena saman kan. Saman-saman ni kena bagi Zarul untuk setel. Salah dia la kan parking sesuka-suki hati. Kira ni saman kedua selepas yang sit belt punya saman. Saman pon ntah hapa-hapa. Kalau dapat saman aku pecut 120km/j ke ok la jugak kan. Baru puas ati. Ini saman parking ngan sit belt. Huhuhu.

Pas dah siap semua, aku terus memecut ke Mid Valley. Errr..bukan aku, Zarul yang pecut. Aku sedap saja duduk di sebelah. Hehe. Setelah sekian lama, hari ni perjumpaan ngan Huna, Ecah, Mirul ngan Pojie. Excited ok. Hehehe. Dalam pukul 1 lebih camtu Huna, Ecah ngan Mirul sampai. Kitorang terus gerak men bowling. Pojie tak sampai lagi masa ni. Yelah Kerinchi ngan Mid Valley kan jauh beribu batu. Pastu Pojie kan naik VIOSSSS aje. Mana lah nak sampai. Hahaha.

Kali ni aku dapat masuk kejuaran bowling longkang lagi. Yang finalis hari ni wakil dari pelbagai agensi. Finalis untuk hari ini adalah; (tak ada gambarrr yea)

1. Meh - FRIM
2. Zarul - Toyota
3. Huna - UKM
4. Ecah - wakil persendirian
5. Mirul - KPDN
6. Pojie - SciCom - Menarik diri di saat akhir.

Keputusannya adalh seperti berikut. Korang janganla gelak lak. Dah kata Kejuaraan Longkang kan. Huhu. Ntah hapa-hapa okey. Line 18 tu memang tak betul. Bila baling dah straight, pastu dia bleh lak melencong ke longkang. Betul weii.

Lepas dah main bowling, sesi makan lak. Memula nak tengok Batman tapi line beratur panjang sangat and semua dah lapar. Mirul pon dah balik masa ni. So, kami berempat p makan kat Chicken Rice Shop. Pastu barulah si Pojie ni datang. Lambat benaunye nak sampai Mid Valley ni. Sambung gossip di meja makan lah. Dah kenyang-kenyang semua pon berangkat pulang.
Kesimpulannya, saya hepi berjumpa mereka. Next aktiviti adalah selepas dapat gaji untuk soping pulak. Haha. Tak dapat gaji pon soping jugak...

July 19, 2008

Makan Lagi??

Seperti biasa kekasih hati akan datang pada setiap petang Jumaat. So, kali ni kami ke sini.

Chop & Stick here we comeeeeeeeeee!


Dah lama tak datang sini. Last masa Imran datang KL. Kedai ni oenah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Makanan dia sedap and affordable lah. Dalam dia memang cantik. Ala-ala dok dalam kapal camtu lah. Masa aku datang tengah renovate ape ntah kat dalam. Maybe nak bagi besau lagi kot.

Garlic Bread.


Mushroom Soup.


French Fries & Mango Juice.


Black Pepper Steak Combo


Chicken Grill Rice Sizzling & Honey Dew Juice


Terbungkang kekenyangan pada petang itu. Sesapa yang nak aku bawak bagitau je wokey. Aku makan-makan ni suka sangat. Hehehe. Sekian saja makan-makan kali ini. Berjumpa di lain hari, lain masa. Huhu

July 18, 2008

Happy Friday.

Besnya hari Jumaat. Haha. Esok boleh lah joli katak. Hari ni pon dah kira pre-joli katak dah pon.

Kuli kontrak tengah bekerja keras untuk makcik topi mengkuang.

So lepas dah bertungkus lumus bekerja, Farah, K. Yan and aku nak p main bowling. Huhu. Sebelum main mesti topup kalori banyak-banyak dulu. Then pas kenyang, bertolak untuk main bowling. Ho Yeaaahhhh!

Ho Yeahhh!

Sampai-sampai je penuh ngan pompuan-pompuan semua. Dah kata hari Jumaat kan. Yang lelaki ke masjid la. Tapi aku tengok ada jugak la lelaki yang datang haid. Yang berbaju kebaya pon bukan main tunjuk skill. Huhu. Lawak pon ada. Tapi belasah je la. Janji hepi.

Bola pon dah ready.

Dam ambik kasut semua siap-siap nak beraksi. Selama ni aku tak lah excited sangat nak main bowling. Tapi ntah apa penyakit ntah tetiba nak main bowling. Huhu. Aku ni mana la penah main bowling. Huhuhu. Kira ni 1st time lah kan. Teruk nya aku ni. Huhuhu.

Senarai finalis juara longkang.

Untuk merebut anugerah juara longkang kali ni hanya ada 3 peserta je. Kalau sesapa nak join boleh je. Hehe. Nama aku last sekali sebab nak bagi otai-otai longkang tunjuk skill dulu. Aku ni kan junior. Meh tengok finalis berentap. Gambau aku tak ada sebab depa sebok nak tunjuk ajar aku. So, aku je la tukang ambik gambarnye.

Finalis 1
AF Undi Yan


Finalis 2

AF Undi Farah


Dua-dua orang tu la yang mengajar aku main. Siku bengkok la apala, jari depan la. Ntah hapa-hapa. Tapi masuk gak longkang. Huhuhu. Takpela 1st timer kan. Huhu. So pas dah bersuka ria dengan hebatnya, meh tengok result.

Wohoooo! Memalukan betul.

Nampaknya juara longkang kali ni bukan milik aku. Huhuhu. Ntah hapa-hapa ntah main. Takpela nak suka-suka betul tak. Kurang-kurang tak habis duit p shopping.

On the way balik opis. :(

Pas dah main, balik la semula ke opis. Aku beli Rocky lagi. Ketagih betul la weiiiii.

Rocky!Rocky!


Kulapak


Selain suka makan, suka tengok wayang, suka baca buku cerita and suka melayari internet, aku juga suka ambik gambar. Tapi ntah la kat mana malasnya sampai fotopages aku dah berkulapak pon. Lama tak update apa-apa. Tengoklah nanti ek. Bila aku rajin. Macam la ada orang nak tengok sangat kan? Hahaha.

Happy weekend!

July 17, 2008

3 Answers

Sebab tak tau nak update apa, so marilah kita menjawab soalan-soalan berikut.

3 things on my office desk
1. 2 bijik file untuk siapkan finance report.
2. Oligo cereal mug.
3. Rocky. Huhuhu

3 things on my bed
1. Bantal kekabu yang bes & bolster kontot yang gebu dan gemok.
2. Life's Like That by Lydia Teh
3. Remote TV

3 things in my car
1. 2 pairs of jogging attire. (Satu aku punya, satu Zarul punya.)
2. Kasutssssss (yours truly + my other half punya)
3. Penyembur wangi-wangi yang berbau seperti Lovely Lace.

3 things in my wallet
1. IC
2. Bank Card
3. Lesen

3 things in my handbag
1. Handsetku yang dah tak bes.
2. Staff card.
3. Kunci 1)Keta 2)Umah 3)Bilik opis

3 items in my cosmetics bag:
1. Aku
2. Tak pakai
3. Makeup.

Sekian tamatlah sesi menjawab soalan. So aku nak tag kesemua manusia yang di listnya dah sedia ada di kiri ini. Dan sesapa je la yang nak buat.

July 15, 2008

The Day I Miss You More Than Ever


Masih ku tak berdaya
Melupakan mu
Di hatiku berkata
Apakah sebenarnya cinta
Rindu yang tak pernah surut. Sayang yang tak pernah pudar. Tempat yang tidak pernah akan dapat diganti. Frekuensi suara yang tak akan pernah dapat didengar lagi. Membuka mata pada setiap pagi melihat wajah yang cukup tinggalkan kesan yang paling indah. Jika dapat putar kembali, biarlah usia berhenti di takuk 22.

July 14, 2008

Aku Yang Bergaya.

Betapa bosannya hidup sebagai aku ni. Tengoh, aku update blog lagi. Memang patut pon kalau ada orang meminang aku. Hehehe. Tepat pukul 5 petang aku dah siap-siap nak balik and punch digitime pukul 5:07 petang. Terlambat 7 minit untuk bagi cukup 9 jam bekerja. Pagi tadi punch digitime tepat pukul 8:00 pagi. Hooraaayyyy! Haha. Tetiba nak hepi lak.

Bukan main lebat hujan petang tadi. Tetiba teringat tom yam tepi LRT Wangsa Maju tu. Perghhh.. Terbayang wap-wap tom yam tu. Tapi yang malasnya nak cari parking la plak. Ngan hujannya. So, terus p bank, deposit cek, transfer duit pada makcik and Zamri dan terus rasa nak p jalan-jalan. Nak p Jusco tapi hujan lak. Malas nak redah hujan dari car park. Nak parking atas macam mencabar lak. Aku malas lak nak mencabarkan diri. Hehehe. So, paling senang ke Carrefour je la. Bukan nak beli apa pon.

Dah masuk Carrefour baru perasan baju kurung yang aku pakai ni beli kat situ. Aiseh, terpaksa la tak jenjalan kat kedai-kedai kat situ. Haha. Ntah hapa-hapa. So, terus beli belah kat Carrefour saja. Beli coli, beli vicks, beli sotong kering, beli pearl kacip fatimah, beli bun 2 ketul then beli pocky. Sebenarnya nak makan Rocky tapi dah habis tapi ada Pocky lak. Belasah je la. Haha. Beli benda merapu je. Bosan-bosan..

Perkenalkan Pocky. Hahaha. Sudah habis masuk perut.

Dah habis jalan-jalan, tenangkan fikiran (hahaha), aku pon pulanglah kepangkuan keluarga. Balik umah buat rutin biasa. Dah selesai semua bergosip lak ngan akak aku. Haha. Sampai kedapur aku ikut dia bergosip. Nampak sangat aku ni dah lama tak bercakap. Akak aku masak pon aku ikut gak bontot dia nak gosip. Dah habis gosip aku masuk bilik, bukak tv, bukak laptop teus berbroadband. Bosan-bosan.. Haha.

Ok aa aku nak search lelaki mengandung nak bagi akak aku nengok. Dia tak caya. Korang google aa sendiri. Laki tu orang China. Ni memang lelaki. Bukan yang pompuan tukar jadi lelaki pastu ngandung. Yang ni kes ni pompuan ni siap dah jadi ratu cantik pastu nak jadi lelaki. Apa la nikmatnya jadi manusia berbulu. Haha.

Ok aa.. aku nak tamatkan cerpen aku. Lagi tulis, lagi nampak aku membosankan. Aku cool sebenarnya. Haha.

p/s: sAp, no talipon yang hang bagi kat blog hang nun valid ke dak? Aku nak bayaq hutang aku. Pastu bila hang nak balik Jepun?Aku nak pesan iPhone. Haha.

4:51 PM


Gambar di atas aku ambik kat sini.


Tiba-tiba kepala pusing. Tensen-tensen. Log in blogger, new post and wallah. Ntah nak tulis apa. Kekonon boleh hilang perasaan bosan, pening dan keseorangan. Bila lah aku ni nak di pinang orang.

Kah kah kah.

Siap-siap, angkat bag, boleh cabut. Hurayy!

July 13, 2008

1/2

Hari tu kan aku cakap nak buar resolution-review macam Afzan kan? So, skang ni tengah bosan-bosan aku nak buat la. Sebenarnya aku tak la ada list yang specific nak di capai. Just lebih macam milestone tahun ni saja. So far, ada la beberapa yang dah tercapai. Dan ada juga yang patutnya dah selesai sebelum bulan July masih belom setel lagi. InsyaAllah, by end of this year rasanya boleh capai 90% kot.

Maybe patutnya aku kena lebih specific kot apa yang nak capai barula bagus betul tak. Hehe. Tapi aku tiap-tiap tahun pon macam ni. Kena lebih serius ni. Kalau nak renew resolution tu aku rasa tak la kot. Aku still nak stick pada milestone aku tu. Kang lebih-lebih lak tak tercapai lak. Aku ni malas lebih dari rajin. Pasni aku nak lebih pada master aku. Kena buat milestone yang lebih clear. Sebelum ni dah ada tapi bila aku tengok macam tak kena ja. Lagipon pas jumpa supervisor aku hari tu banyak yang kena tukar. Progress master aku skang adalah tunggu surat tawaran yang kata supervisor aku tak lama lagi akan di hantar.

So far sehingga hari ini, aku still single but not available, berboyfriendkan orang yang sama sejak 4 tahun lepas, masih membawa kereta kecil yang sama, belum lagi tukar kerja, masih tunggu surat tawaran master, dalam progress untuk meninggalkan dunia singleton, still duduk dengan akak aku dan baru dapat kurangkan beberapa kg berat badan.

Rasanya tu je la kot. Wokey, berjumpa di next entry.

Takziah

Kak Ja a.k.a kakak Hara telah kembali ke rahmatullah jam 9 pagi tadi di HUSM. Al-Fatihah..

You Are My World, My True


You've brought joy to my heart,
I've found love in your arms,
See what you've done to me,
You set my soul so free,
You came and you gave me the love that I need.

- Thankful, 2003

July 12, 2008

I Love Weekend.

Akhirnya hajat nak makan sate yang diidam-idam sangat tu dah tertunai. Haha. Ntah hapanya nak mengidam makan sate. So kali ni order sekali sate ikan and perut. Sate ikan sedap. Boleh order banyak sikit lain kali. Tang sate perut tu aku memang tak suka. Tapi Zarul nak makan so order untuk dia je la. Kalii ni pon tak dak gambar sebab aku bawak camera tapi tak bawak bateri. Pandai, pandai. Haha.

Pas dah kenyang makan gerak terus ke Mid Valley nak tengok wayang. Dari dulu sampai la skang kalau nak tengok wayang kami berdua ke sini je lah. Hajat dihati nak tengok Journey to The Centre of The Earth yang 3D punya. Tapi nasib tak baik penuh lak plak. Yang kosong ada mid night yang pukul 1 pagi nun. Gila apa aku nak tengok. Sok kalau kawen bleh la nengok. Nak beli untuk esok pon tak leh sebab esok Zarul tak dapat jumpa aku. Waaa.. Tak suka-tak suka-tak suka.. So, tengok saja yang 2D. Zarul kata lain kali leh tengok.

Besla cite ni. Aku rasa kalau 3-D mesti lagi real. Huhu. Nanti kalau ada lagi aku nak tengok next weekend la plak. Sesapa yang nak tengok, bolehla tengok. Siok betul. Memang menarik and cantik. Read more ---> JOURNEY TO THE CENTRE OF THE EARTH

Pas habis tengok wayang p Carrefour untuk beli barang sikit. Pas dah dapat apa yang nak, terus gerak balik dari Mid Valley. Lagipon dah pukul 5 lebih. Memula nak p main badminton tapi dua-dua macam malas je. Then Zarul bawak aku makan kotiaw kerang kat Kg. Baru sebab aku merengek nak makan kotiaw. Baikkan Zarul. Hahaha. Kipas lebih sikit. Kot-kot dapat handset touchscreen ke kan untuk besday lagi berapa hari ni. Hahaha. Sodap ok kotiawnya. Terangkat betul. Pas makan-makan, terus balik umah. Then Zarul pon balik. Waa..

Sha La La

Dah tukar template baru. Penat aku. Dengan rambang matanya dengan hilang linknya. Link korang-korang sudah hilang. Nanti aku boh balik. Huhuhu. Malas betul kena buat balik. Cantik ke tak?Haha. Belasah je la yea. Nanti bosan boleh tukar lagi.

Semalam pas keja Zarul datang and bawak p makan. Yahoo! Memula nak makan kat Old Town tapi macam dah selalu sangat. Then p makan kat Memori Corner.

Yang gigi 2 tu namanya Sudin. Haha.

Ala-ala Old Town tapi yang ni versi kampung punya. Sangat cantik okey. Nak pergi lagi. Aku tak bawak camera so snap pakai camera handset yang dah berzaman neh. Maaplah kualiti gambar teruk. Dalam restoran ni siap ada pokok durian lagi ok. Banyak lak tu. Tak sempat lak nak snap yang lain-lain.


Kat restoran ni ada banyak jenis kerusi. yang gambar tu macam ala-ala meja makan kat umah. Yang aku punya macam duduk atas kerusi kat kantin sekolah rendah aku dulu. Bezanya ada penyandar je la. Semua kayu. Pastu ada kerusi yang rotan. Cantik betul. Yang ada kartun-kartun kat atas tu cerita pasal Sudin. Siok and chantek ok.

Aku order air Lemon Honey apa ntah ngan Yee Mee. Sedapp. Yee Meenya tak macam kat foodcourt. Memang kenyang. Zarul lak order onion ring, air moca apa ntah and chicken chop. Cheicken chop agak mahal la berbanding Chop and Stick. Tapi kata Zarul sodappp so ok la kan. Gambar makanan tak ambik la plak sebab tak sabar nak makan dah kan. Huhuhu.

Okehla, gotta go. Nak p dating. Hehehe. Will update pas balik dating ok? Take care.
Daaa..

July 11, 2008

It's Not My Time

2-3 hari ni memang agak down jugak. Macam-macam lak benda yang boleh buat aku nak emo je. Tapi sabau je lah kan. Nasib baik tadi lunch boleh berjalan-jalan ke OU. Wah bes nya. Hahaha. Balik lunch terus malas nak keja. Boleh terus lak update blog kan. Sebenarnya keja aku sudah siap. So nak surf-surf dulu sementara nak balik ni. Nama pon hari Jumaat kan. Mestilah kemalasan melampau. Hehehe. Eh, dah lari tajuk la pulak kan.

Sebenarnya nak share yang di bawah ini ja. Dapat dari emel yang diforwardkan pada semua staff. Kena tambah sabar lagi. Belum masanya Meh. Sabarrrr.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....WALLAHUALAM...


Have a nice weekend peeps!
Toodle.

p/s: Macam nak tukar template baru je. Bosannn.

July 10, 2008

Urghh

Sate-sate-sate-sate-sate

Sate is originally uploaded by boo_licious.
Read more.


Tetiba teringin mengidam terliuq teringat nak makan sate kajang Hj. Samuri lak. Last makan last weekend. Hehehe. Plan nak makan weekend ni. Hahaha. Tapi skang aku macam tak tertahan-tahan lak kelaparan nak makan sate. Mengapakah aku begini??? Lambatnya weekend ni. Huhuhu.


Soping-soping bersama Joyah.

Semalam on the way nak balik umah pas keja Along ku talipon suruh teman dia p JJ. So terus memecut ke JJ. Ingat ke aku ni teman lah Along ku soping tetiba tanpa disedari kat tangan aku dah ada 2 jeans and 3 baju. Hahaha. Aku pon tak tau napsu apakah semasa itu yang telah merasuki aku. Nasib baiklah aku beli semua yang murah-murah saja. Tapi rasa serba salah jugaklah kan. Duit tu bayar broadband ku pon dah lepas. Patutnya aku menyimpan di dalam tabung nak kawen. Oh serbasalahnya. Haha. Zarul kata tak pa nak soping. Tetiba tak pa lak kan. Haruslah kata tak pa sebab malam sebelum tu dia telah melukakan hati ku. Hahaha. Kalau tak, berjela ceramah berjimat cermat nak kena dengaq.

Oleh sebab tu tak jadila aku nak beli macam-macam yang telah aku bagitau sebelum ni. Semua tu dibawak ke bulan depan. Lagipon ada bil lain yang tak bayar lagi and bulan ni aku tak simpan pon dalam tabung kawen tu. Kang tak aci lak Zarul gila-gila menyimpan aku suka-suki menyoping. Duit subsidi aku dah masuk dalam tabung kawen jugak. Guna 25ringgit je nak tengok wayang hari tu. Mulia betul aku. Patutnya 400 bulan ni masuk tabung kawen tapi tak masuk lagi sebab takut tak cukup lak aku nak makan semua. Lagipon Zarul kata tak pa. So boleh joli katak. Hahaha.

July 9, 2008

Ntah hapa

Dah 2 hari aku sakit kepala. Hari 1st bukan main gila sakit. Dah sampai umah, pas berak baru kurang sakit kepala. Hari 2nd pon sama gak sakit kepala. Tapi kurang sikit. Pas balik umah, pas berak hilang terus sakit kepala. Kesimpulannya ialah aku sakit kepala kerana tak berak. Hahaha. Banyak benda nak buat tapi tak buat-buat lagi.

Weekend ni nak p cari bag laptop. Bag sekolah aku dah koyak and bag yang skang xdak pading so laptop asyik terhentak-hentak saja. Nak beli bantal baru sebab bantal kekabu ni sakit kepala. Pastu nak p bayaq duit broadband. Lagi nak cari meatball yang besaq bagak macam dalam cita Hancock tu. Kalau tak dak maknanya kena buat sendiri. Tetiba nak makan sate lagi. Padahal dah makan last week dengan Zarul, Along and Ain. Lagi apa ntah. Ooo nak buat entry melihat kembali resolution macam Afzan buat. Nak beli koyok anti toksin yang tampal-tampal kat kaki tu. Setakat ni tu ja yang aku ingat. Nanti ingat tulis lagi.

Pada umur aku 24 tahun lagi beberapa hari ini barulah aku sedar bahawa makcik bukanlah tekanan utama aku dalam hidup. Tekanan utama sekarang adalah menerima atau mendengar khabar kawan-kawan yang akan bertunang dan bernikah. Sangat TEKANAN okeh. Sekian.

July 8, 2008

Al- Fatihah


Kak Abi telah kembali ke rahmatullah pada 12.30 malam tadi di rumahnya, Bukit Antarabangsa.Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

July 6, 2008

Medium-Average


"I'm a medium kind of person. Not fat, not skinny; I exercise twice a week, jog a little, walk a little, swim a little. Nothing to excess, nothing not enough. Not obsessed, addicted to anything. I'm neither out-going nor shy, but a little of both, depending on my mood, depending on the occasion. I never overdo anything and enjoy most thing I do. I'm seldom bored and rarely whine. When I drink, I get tipsy but never fall over or get ill. I like my job, don't love it. I'm pretty, not stunning, not ugly; don't expect to0 much, am never too disappointed. I'm never overwhelmed or under it either; just nicely whelmed. I'm OK. Nothing spectacular but sometimes special."


- Cecilia Ahern, Thanks for the Memories 2008.

July 3, 2008

Tak keja

Hari ni aku ambik cuti untuk setel beberapa perkara.

1. Nak claim duit subsidi - sudah setel setelah beratur 1 jam setengah.
2. P bank - belom setel lagi.
3. Depositkan cek - Cek tak bawak, tertinggal dalam bag lain. Duh!

Terus p tengok Wanted. Sangat siok ok. Dari awal sampai akhir actionnnnn saja. Sila lah menonton. Macam nak ambik cuti lagi lak esok. Huhuhu. Malas aku nak bekerja.

July 2, 2008

27 Jun 2008


Happy Birthday Imran!
1 tahun sudah.


L-R:Acik, Ateh, Opah, Owan, Mama, Imran & Papa.
Nggak ada dalam gambar Asu & Nyanyah.