August 28, 2008

Now Everyone Can Fly!!

Sesapa yang plan nak bercuti cepat-cepatla booking flight kat Airasia ni. Sampai 31 Ogos ni saja. Masih boleh pikir-pikir untuk kemana tahun depan. Aku? Sudah pon booked. Hehe. Hurayyyy!

p/s: Tunggu Huna update dia bagitau dia nak p mana. Jelessss ok.

M

Sejak dua menjak ni aku menghidapi penyakit M. Semua malas. Sebab tu la blog aku pon tak berupdate-update lagi. Tapi kalau rajin sehari rasa nak boh 18 sekali entry. Hehehe. P keja pon malas. Asyik lewat je p keja. Dah la hujan je skang ni. Tido pon sedap. Huhuhu.

Hari Selasa lepas aku p Amcorp Mall ambik kad Book Xcess aku ngan beli buku sikit. Dah alang-alang kesana ambik 3 buku. Memula aku dah list nak beli yang mana. Sampai-sampai ambik yang lain lak. Takpa, nanti boleh p lagi.

Jeng jeng.. kad ahli sudah siap. Boleh soping.
Aku beli;

1. Mercy by Jodi Picoult
2. Vanishing Act by Jodi Picoult
3. A Walk To Remember by Nicholas Sparks
Aku memang suka buku si Jodi Picoult ni. Tu yang berazam nak beli semua buku dia. So far termasuk yang ni dah ada 5. Yang A Walk To Remember tu rasanya majority semua dah penah tengok kan cita tu. Aku beli sebab suka sangat kat cita tu and saja nak lebih feeling. Huhuhu. Sesapa yang nak p beli aku memang rekemen kedai ni. Kat Amcorp Mall kedainya. Kalau nak nek LRT turun kat stesen Taman Jaya. Hehe. Sebelah Book Xcess ni ada kedai buku secondhand. Kedai dia agak kelam kabut sikit. Macam kat Chowrasta. Pastu kat floor yang sama ada kedai Rent-A-Book. Kalau tak mau beli boleh sewa saja. Aku tak sempat nak tengok sebab kedai tu tak bukak lagi masa aku p.


Pas tu aku p MPH kat Sunway Piramid sebab nak rembat buku ni. Hari tu aku nak beli tak gaji lagi. Skang bleh la beli. Buku ni kira 2nd series la selepas yang first ni. Aku ni tak suka sangat baca buku motivasi. Tapi bila baca ni, terus suka and terus beli yang the latest ni plak. Sesapa nak try, sila lah beli. Huna pon sudah tergoda dengan buku ni tau. Hehe.

Ok. Jumpa lagi di lain hari. Daa.

August 25, 2008

Monday Blues





August 24, 2008

Sabtu Lalu

Huna ngan Ecah datang tido umah aku. Tak la bosan sangat weekend aku. Plan jumpa Ude sekali kat Sogo tapi tak dapatla plak. Yang aku jumpa adik Ude lak. Huhu.
Ecah.
Huna.

Kali ni kami menapak saja ke Sogo. Sebelum sampa Sogo jenjalan kat Masjid Jamek dulu. Bleh lak terbeli bag. Belum lagi sampai Sogo. Isk isk. Bleh lak kami beli bag persahabatan. Ntah apa maksudnya. Tapi yang nyata, melayang jugak duit. Aku punya warna kuning, Huna warna biru and Ecah tak mau beli lak. Last-last aku beli yang warna merah untuk Farah as hadiah besdaynya Isnin ni. Kena beli 3 baru dapat RM20 kalau tak dapat RM23. Ok la tu kan. Murah oo. Aku ambik warna kuning sebab nak matchingkan ngan flat shoes kuning ku itu. Haha. Stylo aku ni ok.
The latest addition. Cute kan? Hehehe.
Yang biru tu Huna punya. Mine is warna kuning and yang merah untuk Farah.

Then teruskan perjalanan ke Sogo. Otw tu memacam la beli. Air la ape la. Jauhla plak Sogo ni kan. Haha. Bila sampai Sogo beratur ambik duit untuk soping. Masa beratur tu ada lak akak ni tegur bag aku cantik. Kembang sebentar. Pastu bleh lak akak tu kata kami ni Form 5. Amboihhh.. mudanya we ols ni. Haha. Rasa macam beranak 2 dia bleh kata Form 5. Memasing senyum meleret je kan. Hahaha.

Then mula la sesi mensoping. Aku ambik heels untuk raya. Huna pon sama. Tapi tak sure lak aku dia pakai untuk raya ke hapa. Kat Sogo tak lama sangat pon. Dah beli apa yang nak terus blah sebab ingat nak p JJ Wangsa Maju lak. Bila kuar Sogo tengok hujan lebat lak. Kasut aku dah nak koyak la apa la. Masa tu la nak tercabut bagai kan. Sayang ooo kasut ni. So, anta jahit la kat pakcik tepi jalan ni. Selamat sudah. Nak balik gak punya pasal, terpaksala beli payung. Pasni memang kena prepare payung. Beli bag bapak besar tapi haram payung nak bawak.
My fav flat shoes sedang dioperate. Yang warna kuning tu kasut aku.Huna ngan Ecah yang setia teman aku kemana jua.

Sampai umah makan dulu kat sebelah LRT then solat semua, kuar balik p Jusco. Dah dapat apa yang nak, Huna anta aku balik, depa pon balik umah. Tinggal la aku kesangapan dirumah. Oh yea, aku ngan Huna beli shawl kekonon kat opis sejuk. Haha. Tapi opis aku kalau sejuk, sejuk gila babi ok. Satu lagi lupa nak bagitau. Aku dah rasmi pon kasut raya tu. Huhu. Semua sebab aku takut kasut aku tercabut masa aku sebok meredah hujan. Tak ke haru tu. Lenguh paha aku sebab jalan pakai heels. Mak tak biasa noks pakai kasut tinggi. Aku ni gadis berselipar saja.

Tu je la apa aku buat Sabtu hari tu ngan budak-budak ni. Skang aku kebzian menganalisis data. Macam dah bertahun je aku buat tapi tak siap-siap lagi. Huhu. Kalau tak buat tak dapatla nak soping. Hehehe.


p/s: Sok gaji. Hahaha

August 19, 2008

eBay

Pas balik dari seminar aku sebok mengadap laptop dok carik buku kat eBay. Ntah angin apa ntah aku teringin nak beli buku setelah last aku beli November 2007 lepas. So, bermula la aktiviti bid-mengebid aku. Sebelum tu aku compare dulu ngan Book Xcess. Yang aku bid ni tajuknya The Secret Dreamworld of A Shopaholic by Sophie Kinsella. Tinggal yang ni je shopaholic collection aku tak dak.
Aku target nak bid max sampai RM15 je sebab kat Book Xcess RM17.90 je plus masih baru lagik. Yang eBay ni second hand punya. Bid tu pon baru je tamat tadi. Huhuhuhu. 3 kali je aku bid. Paling tinggi RM12.05 pastu aku stop dah sebab kalau campur pos dah RM15 so bek aku beli kat Book Xcess sajork. Hehehe. Buku tu terjual dengan jayanya dengan harga RM15.25.

Kat eBay tadi aku ada beli 2 buku gak. Tapi yang ni tak bid. Boleh beli je. Aku beli pon sebab murah and kebetulan kat Book Xcess pon tak dak. Aku beli Sari & Sins ngan Tall, Dark & Handsome. 2-2 by Nisha Minhas. Rm16 jeerrr. Hehehe. Maknanya untuk yang shopaholic nun aku kena beli kat Book Xcess la hujung bulan ni. Nanti kat Book Xcess aku nak beli 2 buku by Dorothy Koomson. Tajuknya Marshmallows for Breakfast ngan The Cupid Effect. Maybe jugak nak borong je semua by Jodi Picoult. Tapi tu belakang kira lah.

Sesapa nak minak tolong aku belikan kat Book Xcess or nak mintak tolong aku bidkan kat eBay boleh je. Aku sedia membantu. Hehehe.


p/s: sAp, contact aku. URGENT!!

I Need You Bad.

Love is in the Air is originally uploaded by Aaronwlsn.



Boy, i need you bad as my heartbeat, bad like the food i eat.
Bad as the air i breath, baby i want you bad.

Oh yes. I really need you bad, Zarul.


A 1-Day Continuous Professional Development Seminar

Baru je balik dari Seminar 'Innovative Technologies For Coastal & Estuarine Engineering' tadi. Part yang berkaitan aku sikit la sangat. Tapi tak pa la boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Aku rasa aku sorang je kot bukan engineer. Huhuhu. Tak pa la bleh makan free.

Makan ja, mesti semangat.

August 18, 2008

555

Rasanya mulai bulan ni, aku kena lebih berjimat-cermat. Bulan depan dah nak puasa dan mula lah perbelanjaan lebih kepada persiapan untuk raya. Bukan untuk sendiri tapi plus 6 orang yang kena tanggung. Dan seterusnya perbelanjaan untuk duit raya la pulak. Selepas raya, paham-paham saja la. Poket mesti kering kontang macam tahun lepas. Seksa ok. Dan selepas tu akan ke Kuching pulak. Duit lagi untuk soping.

Jadiknya bulan ni aku nak spent untuk baju raya aku ngan family serta bahan-bahan nak buat kueh raya. Kalau tak buat tak meriah la kan?Hehehe. Dan nak bayar duit lense Sap. [Pada Sap yang maybe terbaca or sesapa yang kenal Sap tolonglah contact aku sebab aku nak confirm kan akaun bank] Kalaulah rezeki lebih sikit bulan ni aku nak grab jugak baju songket tenun Palembang itu. Huhuhu. Cantik ok. Tanya Huna. Hehehe.

Gaji seterusnya untuk duit raya and kalau ada lebih ingat nak beli kasut raya jugak. Hehehe. Tapi masih perlu jimat sebab nak ke Kuching jugak. Haihhh. Tak semangat ok sebab lepas raya mesti pokai. Nasib baik Kuching saja. Kalau betul-betul ke Bandung mesti tak siok kan Huna? Hehehe.

Hajat nak beli almari masih tak kesampaian. Tak pa, tak lari almari tu. Huhuhu. Oh, aku kena beli rak buku jugak. Tak muat sudah. Hehehe. Pastu mestilah still kena berjimat cermat untuk kawen. Banyaknya nak kena pikir. Surat tawaran masih tak kunjung tiba. Baiknya aku masih ada gaji untuk di joli dan buruknya, tetap menjadi kuli kontrak. Haha.

Apapon, aku bersyukur pada Allah S.W.T dengan rezeki yang dah diberikan. Susah dahulu nanti baru lah lebih beerti kesenangan itu. Betoi kan? Hehehe.


p/s: Sap, please la contact aku.

August 17, 2008

Bukuku

Pas balik dari kenduri kawen, Huna ngan kengkawan dia datang umah aku lak nak ambik gambau Langkawi ngan Nilai hari tu. Pastu kami terus ke JJ Wangsa Maju. Aku ngan baju kurung join sekali. Tak kuasa aku nak tukaq. Jalan-jalan sambil soping. Huna la soping banyak. Siap ngan jeans, buku ngan cake lagi. Aku just rembat dua buku ni je. Tu pon sebab dah tak tahan sangat nak beli buku. Patutnya pas kenduri nak p Book Excess kat Amcorp Mall tapi Zarul ada hal. Sebagai bakal isteri yang taat aku tak kesah la.

Tetiba Huna beli gak buku. Tak tau la hasil hasutan aku ke or kesedaran dari dalam diri bahawa "MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU". Huna beli buku yang aku dah beli dulu tapi versi BM punya. Hasil rembatan hari ini ada lah seperti berikut:
Mahathir Mohamad an illustrated biography by E.Yu

- Aku bukannya seorang yang suka baca biography ni tapi bila yang ni dibuat katun, aku rasa memang la aku sangat tertarik. Pada yang sangat suka pada Tun, aku rasa buku ni sangatlah satu kemestian untuk dimiliki. Dengan harga serendah RM15.90, aku rasa sangat la berbaloi.
Mat Som by Lat.

- Aku memang suka sangat kat katun Lat. Actually buku ni aku dah penah baca masa kecik-kecik dulu tapi tak ingat lak bila, sapa punya and kat mana. So, kali ni aku dah beli untuk simpanan sendiri. Akan beli lagi semua koleksi katun Lat ni. Suka sangat.


p/s: Marilah kita menanam sifat suka membaca!

Kenduri Kawen

Hari ni aku dan Zarul p kenduri kakak Farah kawen kat Dewan Sivik, PJ. Farah ni opismate aku. Farah ni gak sepupu si pengarah filem Prof. Razak Mohidin (sori kalau salah nama). Nak gak aku bagitau sepupu tu. Kekonon aku ni kawan ngan selebriti la kan. Huhuhu. Ingat ke ada la ada artis mai tapi aku just jumpa si Sabrina Ali Khan yang belakon drama Sephia tu je. Cantik betul la dia tu. Tak ambik lak gambar. Tak kosa aku. Huhuhu.
Ni photographer aku untuk kenduri kawen. Sesapa nak booked dia, dah tak available sebab aku dah cop untuk seumur hidup aku. Auwwww! Hahaha.Ni 1st time aku mai kenduri anak mami-mamak-indian muslim ni. Hehehe. Semua ala-ala bollywood. Siok lak aku nengok. Tetamu baru nak ambik tempat.
Pelayan ni letak satu-satu. Sabau je la aku menunggunya. Lapa dah wei. Padahal pagi tu aku ngan Zarul dah makan roti canai ngan megi goreng. Huhu. Yea, kami kuat makan, Tengok perut la. Huhuhu.Masa ni semua tengah kalut nak tengok pengantin masuk dewan. Ramainya manusia berhidung terpacak. Aku rasa aku je kot hidung kembang tadi. Huhuhu.Pengantin dah ambik tempat. Sorila tak berapa nak nampak. Aku ngan Zarul dok jauh sikit dari meja pengantin. Yang ni je pon yang berdaya nak ambik. Pakcik pengerusi bagi ucapan ngan doa makan. Yang tang doa makan tu yang aku tunggu sesangat. Lagipon aku bukan paham apa pakcik ni cakap. Tang bagi salam, doa makan ja aku paham. Pakcik ni cakap bahasa tak tau apa. Tamil ka Urdu ka aku pon tak pasti. Lupa lak nak tanya Farah.Lauk dia pon macam kat kedai mamak gak. Yang sedap tu kari daging dia la. Aku siap ratah lagi. Meja aku semuanya Indian. So, maknannya daging tu aku ngan Zarul yang punya. Huhuhu. Aku pon tak sure tu kambing ke lembu. Tapi depa tak makan pon. So, lembu la kot. Konpius-konpius. Lagi 1st time aku makan bawang ngan mayonis. Sodap jugak. Belasah je la. Lapa ooo tunggu pengantin. Dah la nasik last sekali depa hidang. Pastu siap kena berarak lagi bawak masuk nasi diiringi lagu berentak bollywood. Tak ambik la plak gambau. Lapa punya pasal. Kalau korang nampak baju putih tengah beratuq panjang tu, yang tu la nasi tengah dibawak berarak. Huhuhu
Kakak Farah ni muka iras Jac Victor. Cantik make-up dia. Bekenan aku. Hatta make-up artist yang buat, tak cantik tak tau la aku kan. Yang ni dah sesi salam tetamu nak balik dah. Masih tak berapa clear sebab ramai sangat. Susah nak ngambik gambau. Aku pon malas nak beraksi. Kang terover shadow lak si official photographer kan. Huhuhu. Pas sudah makan, terus balik umah. Lagipon Zarul ada hal.
Doa-doa la pasni aku ngan Zarul lak punya turn. Huhuhu. Rasa-rasa dah ada bau nasi minyak kami ke? Hehehe. Nak kawen! Nak kawen!
Falling deeper and deeper in love.


I Heart POLKA-DOT

Sama tak kasut yang sudah lama aku droolingkan ngan template blog aku? Hehehe. Tadi masa dating kat MV aku terjumpa baju polkadot. Punya la comel. Tapi short-sleeves lak. Malas aku nak berlapis-lapis. Dok kat Mesia ni masak la aku nak berlayer-layer bagai. Dah la murah. 20 hengget ja. Tapi tak pala. Sok dok Wales bleh aa beli. Eh.. Haha. Hint kat Afzan ni sebenarnya untuk bagi hadiah kat aku. Demand tol aku ni kan? Hahaha.

August 16, 2008

Pagi Hujung Minggu

Amboi kata aku pandai buat list je ek. Aku dah setel kan beberapa perkara tau.

- Kemas bilik
- Penyusunan semula letak duduk perabot
- Buang sesawang lelabah
- Cuci tingkap
- Sapu sampah
- Cuci kipas
- Buang sampah
- Basuh, sidai & lipat kain
- Cerita Nilai 3
- Masukkan data (Sedang dalam proses)

3 benda je aku tak buat. Tu pon sebab aku ni mana ada perabot sangat. Hehehe. Sawang pon tak dak pastu yang cuci tingkap tu malas lak plak. Hehehe. Rupanya ada lagi aku tak buat. Aku belom unpack lagi barang-barang yang aku p Sg. Hj. Dorani nun. Haihh. Malasnya aku.

August 15, 2008

If I Don't Have You

Every day, girl
I wake up and pray
That you'll come back home
And don't take too long

'Cause since you've been gone
Everything's gone a bit wrong
I wish you were here
Holding me near

You know I'd go out of my mind
If you ever left my heart behind
So I'm begging you, please
Bring your sweet love back to me

If I don't have you
To hold on to
I can't go on in this world alone
Baby, it's true

If you said goodbye
Girl, I would die
I'm a star with no light
A day with no night

If I don't have have you

Nilai 3

Weekend lepas aku p lepak umah Huna. Ecah pon ada jugak so blehla nak berjalan-jalan ke hapa ke kan. Kalau ikut sambungan rutin ni, Huna ngan Ecah datang ambik aku dalam pukul 10 lebih camtu. Pas aku dah sidai baju p makan kat Rambo dulu then terus gerak balik Bangi.

Masa sedap tengah gosip pas makan tu boleh lak tikus besar bagak dok main kejaq-kejaq. Siap lompat lagi. Sebab kami takut dia lompat atas riba memasing so terpaksa la balik umah. Huhu. Tak ingat sampai Bangi pukul berapa tapi lewat dah la. Dah sampai memasing terus landing plus aktiviti pillow talk sikit.

Akibat tidoq lewat, pagi tu semua bangun lambat. Subuh pon, subuh gajah dah pon. Huhu. Dengan malasnya kena mandi sebab nak ke Nilai. Pas Ecah try jubah, we ols pon gerak.

Ni la pilot untuk trip ke Nilai 3 kali ini.
Ni co-pilot lak. Aku ni stewardess je la. Hahaha.Dah sampai pon Nilai 3. Aku first time jejak kaki kat sini. Huhuhu.
Huna, Ecah ngan aku. Sebok la Huna dok pilih carpet.
Tengok cik Kiah ngan cik Semah tengah memilih. Tak beli pon akhirnya.
Ni baru suku gambar keseluruhan. banyak betul carpet. Kalau aku banyak duit dah ambik 1.
Ke tempat jual langsir lak. Aku bekenan yang ni. Dalam gambar tak cantik. Kena tengok real.
Cik Kiah tengah ngambik order dari jiran-jiran kampung. Langsir tu corak ABC.
Banyak betul langsir. Sok nak kenduri aku mai sini beli je la. Geram je aku.
Lepas lelah kat Textile Walk lak. Panas terik masa ni. Adoi. Penat berjalan.
Ni la Textile Walk. Panjang gak aa. Kat sini aa Huna belikan aku hadiah besday. Thanx ek Huna.
Pas dah penat, kami pon pulang. Tak beli apa sangat pon. Aku beli kerongsang ngan selipar urut. Tapi selipar urut aku tinggal kat umah Huna. Lagipon petang tu budak-budak ni nak p swimming and malamnya we ols nak p tengok midnite movie lak. Yang tu cerita nanti la yea. Habis sudah cerita Nilai 3. Bukan ada apapon. Aku malas nak cerita. Kira ok la kan. Korang p la blog Huna. Harammm nak cerita. Huhuhuhu. Aku gak kena cerita.

Ok, nak p bank kejap. Malassssssss.

Masa Terluang

Aku asyik kata nak mengemas je tapi apa pon tak buat. Sangatla tak kemas bilik aku. Malu aku kalau si Huna nak mai melepak. Agaknya dah sampai kot masanya untuk aku menggerakkan bontot berat ku untuk bekerja.

Senarai wajib untuk dilakukan.

- Kemas bilik
- Penyusunan semula letak duduk perabot
- Buang sesawang lelabah
- Cuci tingkap
- Sapu sampah
- Cuci kipas
- Buang sampah
- Basuh, sidai & lipat kain

Semuanya mesti dilakukan. Tiada alasan untuk tidak melakukan. Dah lama dulu kata nak lakukan. Sekarang lah masa yang sesuai untuk melakukan. Hahaha. Mesti kemas demi pembelian lemari lelaci yang baru atau lemari pintu. Tengokla camna kan. Sukanya aku bilik kemas-kemas ni.

Muka aku perit gilos skang ni. Apakan daya demi sesuap nasi. Keja ku di tepian pantai saja la. Hahaha. Dah la nak raya. Ish ish.. Sudahla badan aku nggak menggiurkan, tambah pulak muka yang sukar diungkapkan. Hahaha. Nasib Zarul sudi terima. Hehee. Hasil burn yang lepas pon tak hilang lagi dah bertambah. Aku rasa yang burn masa sampling kat Setiu dulu pon mesti tak hilang lagik. Betoi kan Huna?Hahaha.

Oh sebelum tu ada lagi senarai wajib selain mengemas.
- Nak cerita pasal Nilai 3
- Masukkan data

Tu je kot.

p/s: Eh, kenapa 2-3 menjak ni asyik nama HUNA je naik. Cukupla dulu PC masa belajaq dulu penuh gambaq hang. Skang blog dizaman dewasa pon tak kan nak ada berkaitan hang? Oh tidak!

August 14, 2008

Gila Bayang

I love everything about the way you're loving me.



Saya Menang MOTO!

Babe,

Aku dah berjaya. Aku mau hadiah ku. Aku nak flat shoes yang ada kat Wales ja. A ah aku demand.

Sekian.

BUKTI PENTING!

Congratulations!

Hari Ahad yang lepas bersamaan 10 Ogos 2008, Ecah telah selamat berkonvokesyen. Sudah dapat master. Tinggal la aku yang merangkak-rangkak ni. Tak pa-tak pa. Baby steps kata orang putih. Huhuhu. Aku tak p Ecah konvo sebab aku dah balik. Gambar pon aku tak ambik. Yang ada pon gambar masa Ecah try jubah kat umah Huna. Kepada Ecah, congratulations! Mudah-mudahan dapat kerja yang baik dan murah rezeki. Hehehe.


Ecah tengah nak try mortar boardnye. Sempatla aku tengok Ecah berjubah. Tapi warna ungu la plak. Sama la macam degree dulu. Huhuhu.
Dah siap pon. Aku lak lupa nak ambik full body Ecah. Ntah kenapa. Hilang ingatan di situ. maybe dah terbayang-banyang Nilai 3 kot. Haha. Pas Ecah siap, kami pon terus ke Nilai 3. Nanti aku cerita ek. Hehehe. Sabau ye.

August 13, 2008

Sneak Preview

Last weekend, Huna, Ecah and I telah kesini.
Nantikan cerita selanjutnya. Haha. Gila tak sabar aku nak cerita. Bukan ada apa-apa pon. Hehe.

August 12, 2008

Oprah's Big Give

Now airing on NTV7 8:30 PM.
Kan bagus kalau semua realiti TV kat Mesia yang libatkan nyanyi-nyanyi yang dapat duit bukan main banyak tu tak ada dah dan diganti dengan ala-ala macam Oprah's Big Give.

Tadi macam banyak je point nak tulis tapi skang semua ntah hilang mana. Apapon, pada pihak yang berkenaan, tolongla berhentikan realiti TN nyanyi-nyanyi tu. Duit tu lebih baik beri pada yang memerlukan. Dan semua boleh happily ever after. Yang suka sangat nak nyanyi, nyanyi dalam bilik air sudah.

Opsss!

Quick Update

Skang aku kat Sg. Hj. Dorani lagi. Ni 2nd inventory and aku harap biarlah cukup data aku sebelum semua pokok-pokok tu mati. Hehehe. Apapon wish me luck!

Daa!

p/s: Nanti balik aku cerita aktiviti hujung minggu aku yang lepas.

August 8, 2008

080808

Mesti ramai gila kawen hari ni. Termasukla Arni, member matrix aku dulu. Pada Arni yang kot-kot terbaca blog aku, aku ucapkan tahniah. Semoga bahagia la dengan abe mu. Huhu. Doa la kat aku jugak semoga cepat nikah. Hehehe.

Kemerapuan seterusnya adalah aktiviti hari ini sehingga saat post ini sedang di taip.

6.30 am: Bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat, bersiap ke opis, tengok tv.
7.15 am : Breakfast makan nasi goreng+telur dadar+sardin semalam.
7.30 am : Panaskan enjin keta, baca buku cerita sikit, terus p opis.
7.55 am : Sampai opis, punch card, masuk opis.
8.00 am: Check emel, reply apa yang patut, tengok to do list, claim thumdrive, mintak makcik sain resit untuk advance, apply advance, p bahagian kewangan, anta cpu kat Fendy, ambik salinan LO.
10.15 am: Beli pasemboq kat makcik pon-pon, makan+gosip, masuk opis.
10.45 am: Print form untuk banci next week, photostat untuk buat salinan form banci, sediakan alat nak banci, ambik quotation kerusi, tanya camna nak beli komputer.
1.00 pm : Men gem, solat.
3.00 pm : Tolong Hj. Nasir buat proposal, bincang nak p Kuching.
5.00 pm : Lepak bilik Kak Yan.
5.30 pm : Kemas-kemas meja, punch card, balik umah.
6.45 pm : Solat, Zarul datang, makan naan cheese ngan ayam tandoori kat NZ.
8.00 pm : Zarul balik, solat, mandi.
9.00 pm : Bukak laptop, talipon Arni nak usik-usik pasal malam pertama. Hahaha.
9.15 pm : Log in blogger, taip merapu-rapu.

Sekian.

August 7, 2008

Conservation for a GREEN Future

Semalam telah selesai simposium. Maknanya tak dak lagila makan free dan kena masuk opis mengadap makcik. Tak sukanya. Simposium yang aku p ni adalah 3rd Regional Symposium On Environment and Natural Resources yang di adakan kat Prince Hotel & Residence, KL. Seperti yang dibagitau, aku anta poster je. Tu pon 2nd author. Huhuhu. Jadilah tu kan dari ada orang yang keja 4 tahun poster apa pon tak dak. Opsss! Haha. Without further ado, marilah menatap gambau dibawah. Hehe.



Makan tak berapa sedap. So far aku macam suka Sri Pacific KL lagi tapi Farah kata Shangrila sedap gila. Masa Shangrila tu aku lak tak p. Tak bleh aa nak kata apa. Tapi tak kesah, makan free. Hehehe.

Poster aku yang warna biru tu. Tak menang apa-apa pon. Saguhati pon tak dapat. Haha. Bukan aku punya pon. Aku tukang realisasi kan kepada bentuk poster saja. Pasni aku nak p Seminar Bakau yang katanya pas raya tapi senyap je. Bila aku bukak web pon tak dak apa-apa. Pastu aku nak p "15th Malaysian Forestry Conference" lak kat Kuching tuuu. Haha. Sapa yang berminat bleh la p kat web ni --> www.forestry.sarawak.gov.my

August 6, 2008

13 Days After

NEW UPDATE!

Masa p Nilai hari tu, Huna belikan jam ni untuk hadiah besday aku. Hehehe. Walaupun bukan Guess, (hehehe) tapi keikhlasan tu lagi mahal dari harga mana-mana designer brand kat dunia ni. (hang ikhlas tak ke wei?siap suruh aku boh kat blog lagi ni. hahaha).Priceless watch from Huna.

----------------------------------------------------------------------------------

Sorry for the super-late birthday's story. Biasa-biasa saja. Tak ada birthday cake and tiup-tiup lilin. Huhu. Bagus jugak, kang rasa macm tua pulak kan. Apapon terima kasih pada yang wish and tak lupa yang bagi hadiah. Buat susah-susah je kan. Hehe. Alhamdulillah, tambah 1 tahun lagi. Here are hadiah yang aku dapat on my 24th birthday.
Books by Jodi Picoult from my sis.
Converse Bag from Zarul.
Body Shop perfume from Farah


Tu je la kot. Hehe.