September 26, 2008

Grrr..

Keta aku belah kanan. Belah kiri keta adik Farah. Dah la no plate pon nak dekat serupa, warna pon sama. Aku 4146 dia 6414. Huhu.. Dah dekat 3 tahun dah keta tu aku pakai. Bila ntah nak tukar kereta baru? Hehe. Tu gambar parking kat opis aku. Opis aku dalam hutan tau. Eh, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni.

Sok balik kampung. Jadiknya aku anta la keta p basuh. Duduk umah flat ni camnila. Nak basuh kereta pon susah. Lain la landhouse kan. Lagipon kang balik umah ayah ngan mak aku bebel keta tak basuh. Dahla ntah berapa bulan tak basuh.

Biasanya aku hantar kat area opis aku. Kat situ memang tip top. Puas ati betul. Macam nak bagi lebih je duit kat tukang basuh kereta tu. Sampai camtu la puas hatinya. Habis dia telek semua. RM 8 je untuk cuci ngan vakum. Oleh kerna aku dah tak stay kat Kepong, jarang aku p sana. So aku basuh je kat umah aku ni.

Hasilnya sangatla tak bersih dia cuci. Geramnya aku. Tapi sebab dah desperate sangat. Terpaksa la aku p jugak situ. Zarul suruh je aku sound India tu tapi aku ni agak penakut jugakla kan. Lagipon India tu mata merah ok. Ngeri. Geramnya. Dahla kejap sangat. Baru beberapa lai je aku baca buku cerita dah siap. Kalau kat Kepong tu bleh siap aku makan nasi goreng mamak lagik. Cuci tak bersih, ada tempat tak cover cuci pon. Pastu tempat letak kaki tak vakum pon. Kibas-kibas je. Kalau camtu aku pon bleh buat. Pastu dah la tinggalkan tapak selipar basah kat pelapik kaki aku. Kotor lak tu. Pastu tak boh spray wangi-wangi. Tak gosok betul-betul bagi bersih. Gream sangat.

Ni last aku p sana. Aku cari tempat len. Benci. Tak suka. Macam nak basuh balik je. Grrrr...

September 24, 2008

Poll


Aku ada buat poll pasal online shopping. Mintak jasa baik korang untuk menjawab survey-survey yang aku dah buat. Polls tu berada di sebelah kanan sidebar, scroll kat bawah sikit ok? Nak jawab lapan ploh kali pon takpa. Kalau ada jawapan yang takdak kat situ and korang nak bagi jawapan yang lebih panjang berjela ataupun pandangan, sila lah email kepada aku [mophiutrix@yahoo.com], or comment je kat bawah ni ok?

Thanks in advance!

The Gift as a Gift


Cecilia Ahern dah keluaq buku baru. Ada sesapa ka nak bagi aku hadiah? Hehehe.

September 23, 2008

i LOVE raya

Lagi beberapa hari nak raya. Suka tak?Aku suka. Minggu ni gila punya takdak mood nak keja. Masa tak bersemangat ni la kena buat macam-macam. Tapi aku tak pon gelabah ke apa. Masih cool biarkan keja bertimbun. Hehehe. Raya ok. Ai tak mau keja. Kah kah kah. Esok ada meeting and aku kena present. Sumpah aku tak suka present-present ni. Aku kan glossophobia. Waa..

Tapi tak pa. Raya tetap raya. InshaAllah. Baju raya sudah setel. 2 lai cukup lah kan. Kasut raya pon dah setel. Yang ni 3 pasang la plak. Tak tau apa motif sebenar. Last-last dok dalam kotak tu ja pon. Tapi ai kan perempuan. Jadi, bukan kesalahan perkara sedemikian terjadi. Here are my kasuts raya. Please ignore kaki ku yang err..

Ni kasut 1st beli kat Sogo ngan Huna. Paling mahal antara ketiga-tiga kasuts. Takla mahal mana pon. Aku suka ada beads tu. Ntah gedik apa. So far, aku suka yang ni. Maybe pakai untuk raya.Yang ni beli kat Padini Warehouse sale hari tu. Tak bes sangat sebab heelsnya sangatla kurus gitu. Maybe akan let go with a good bargain. Yang ni beli last weekend. Beli sebab wedges. I heart wedges. Selesa. Yang ni pon ingat nak buat kasut raya. Tak pon bawak p opis saja.Handbag raya belom beli. Banyak sangat insiden hatiku pecah jadi keping-keping kecil. Raya pon nak kena handbag baru?Isk isk.. Oh, tudung belom beli lagi. Nak beli lusa or tulat. Pastu nak anta baju p lekat batu lip lap anak mami kat Carrefour. Ini la akibatnya jika tak kreatif macam Cik Fil. Terpaksa antaq kedai letak batu lip lap anak mami. Oh, belum tukaq duit lagi. Yang tu buat esok. Lagi, kena ambik biskut and cake raya before tulat. Takdak masa nak buat biskut sendiri. Terpaksa beli. Alasan, alasan. Keta dah servis. Apa lagi ek?

Rasanya tu je la kot yang penting. Lusa aku half day. Malas aku nak keja. Hehehe. Last year seminggu sebelum raya aku dah terbongkang kat umah. Hehehe. Tu yang tahun ni macam semacam ja. Ai anak manja, so kena pulang awal nak dok bawah tiak mak pak. Kang berebut tiak lak ngan adik bradik aku. Haha. Tahun ni raya ada Imran. Maknanya lagi meriahla family aku. Yahuu!

Tu je la kot aku nak merepek kali ni. Tak dak idea la. Dalam otak ingat raya ja. Setelah 23 hari berpuasa minus 6 hari aku off, aku sudah berjaya kurangkan beberapa kg. Hehehe. Raya ni, ai perut flat la. Hahaha. Gilos.

September 21, 2008

Ntah

Semalam dah beli baju raya lagi selai. Yang ni warna hijo lak. 1st time baju ku hijau. Oleh sebab Zarul baju melayunya hijau, aku pon beli la hijau. Motif nak sama? Ntah la. Hahaha. Ok la tu kan 2 lai. Kalau nak tambah selai dua pon bleh lagi kot. Huhuhu. Pastu beli jugak sandal lagi. Masuk ni dah 3 kasut aku beli untuk raya. Ntah apa motif aku pon tak tau sampai 3.

Oh, ada cerita sedih. Semalam p Sogo nak beli handbag. Kan handbag Esprit tu dah ada orang beli kan. So, nak beli la yang lain. Sebelum tu beratur kat ATM dalam Sogo tu. Dekat sejam nak beratur (Lesson to learn 1: Ambik duit siap-siap or pakai ja kad kredit). Pastu masa tengah beratur, Zarul nak p kencing. Pastu dia sempat usha handbag tu (yang aku nak) ada lagi. Zarul suruh aku p beli guna duit dia dulu sebab takut habis tapi aku nak beli sama-sama. Tak tau apa motif nak sesama gak (Lesson to learn 2: Kalau orang bagi duit tu, ambik ja). Bila dah siap keluaq duit, dengan excitednya p la nak beli handbag. Tetiba handbag tu tiada (dah usha seminggu dah). Bila tanya salesgirl tu dia kata dah habis. Yang tadi last (Lesson to learn 3: Kalau bekenan ambik ja tak payah nak survey-survey). Huhuhuhu. Apakahhhhhhhh? Serius aku termenangis sikit. Hahahaha. Ai baru nak rasa pakai handbag Guess tau. Punyala onak dan rajau aku harungi nak membeli handbag. Tak pa, tak pa. Tak dak rejeki la tu.

Oleh kerna diriku yang agak muram, Zarul dengan rela pasrahnya membelanja aku makan sate untuk berbuka. Siap tapau bawak balik lagi. Hehehehe. Pastu masa makan kat McD pon Zarul dengan liat ngelatnya membelanja aku makan. Hahaha. We ols makan banyak ok. Sebab tu la ai kena kawen ngan Zarul. Dia ja tak kesah perut ai lapis-lapis. Lagi mau tambah lapis ada la.

Lagi apa ek nak merepek. Cukupla tu ek. Tak larat nak taip details. Sebenaqnya panjang lagi cerita semalam. Tak dak gambaq. Aku tak bawak camera. Tak kuasa aku.

September 19, 2008

Raya

Saya suka hari Jumaat sebab esoknya cuti. Jadi, boleh shopping.
Saya suka raya sebab boleh shopping lebih sikit daripada biasa.

Hehehe.
Hari ni pagi-pagi dah dapat hadiah raya dari supplier. Aku punya la bengong dan lembap. Masa supplier bagi aku hadiah tu aku dah blur dah. Aku siap tanya, "Nak buat apa bagi aii?". Haha. Tokey tu dah blur dan macam takut. Rejeki di hari Jumaat. Kebanyakkan barang semua aku beli kat dia. Sebabnya malas nak carik supplier lain. Hehehe. Ai tak main rasuah-rasuah. Ai ni pemalas orangnya. Tak kuasa mak nak cari supplier lain noks.

Rehat tadi aku ke Mydin teman opismate ku beli lampu lip-lap-lip-lap anak mami nak boh kat opis. Pening kepala aku tengok lampu. Tapi tak pa. I like. Excited sungguh nak raya. Oleh sebab napsu raya yang membuak-buak, aku telah membeli kad raya untuk di beri kepada insan-insan terpilih. Pada yang tetiba aku mintak alamat tu tak payah la nak terkezut. Ai bukan nak kawen la gi. Nak anta kad raya je pon. Dan pada yang tak dapat kad raya dari aku, aku mintak maaf banyak-banyak. Next year aku try bagi seramai yang mungkin ok? Sayang semua.
Sok, pagi-pagi nak pos kad raya and terus shopping. Pompuan mana tak suka shopping kan.

p/s: Congrats Zarul on ur new job. I'm really proud of you!

September 18, 2008

Randoms facts about me.

Banyak lak kena tag-tag ni. Ok la jugak bleh la aku update blog. Kali ni aku telah di tag oleh Feri lagi. Suka sangat dia benda-benda tag ni.

First of all, you should list all the people that you are going to tag. It is not a fixed number, you can tag as many people as you can/want. And then, you should list some random facts about yourself:

Huna
Ude
Ziel
a
Jamie
Mizrin

Random facts about me:

1. Aku suka sangat tiga benda ni. Buku, Kasut and Bag. Dan aku juga suka masuk kedai yang jual benda ni. Tak beli pon tak pa tapi kena belek-belek. Aku rasa paling kronik bookstore lah kot. Kalau tengah jalan-jalan pastu depan ada bookstore mesti mata aku tengok terus kat bookstore tu. Masuk kejap tengok-tengok pon tak pa. Sebulan mesti kena beli 1 buku. Dah jadi habit kot. Lagipon kalau masuk bookstore macam nampak bijak skit kan. Hahaha.

2. Aku suka beli barang online. Ntah la kenapa. Tapi aku tengok jugakla benda yang aku nak beli. Biasanya aku suka beli buku. Kalau macam baju or handbag aku lebih suka p kedai belek sendiri. Oleh sebab minat yang mendalam terhadap buku dan kedai online, aku bercita-cita nak bukak kedai buku yang affordable macam book excess tu secara online. Ameen.

3. Aku selalu berangan aku nak kurus. Asyik berusaha ke arah pengurusan je. Deep down dalam diri aku, aku tak penah pon kesah sebenarnya. Aku suka ngan badan aku. Tapi, ai masih nak kurus ok. Hehehe.

4. Aku suka main game. Tak tido malam pon takpa asalkan bleh main game. Sampai skang aku masih lagi gigih mendownload game and main sampai menang. Tak cukup download aku p kedai beli dvd game. Aku selalu berangan kalau keja aku main game je kan siok. Haha. Aku ingat lagi masa kat Terengganu. Housemate aku + housemate Huna gila main Snail Mail. Bersusun laptop and PC. Macam CC dah umah aku masa tu. Game tu juga datangnya dari cd game aku. Sekian.

5. Ni pengakuan berani mati sikit. Aku rasa aku tak bleh hidup tanpa Zarul. Huhuhu. Malu aii. We've been through a lot. Susah senang kami berdua kongsi. Saya tak rasa saya akan begitu sempurna bersama orang lain.
Cukupla kot ek 5. Kalau nak cerita panjang lagi. Hehehe.

September 17, 2008

Menjelang Raya, Hatiku Gembira!

Oh, lagi beberapa minggu lagi sudah nak raya. Aku suka raya. Tapi kali ni macam lagi suka. Ntah kenapa. Kenapakah yea? Hehe.

Oleh sebab hari ni cuti aku ambik kesempatan nak shopping baju raya. Before p shopping, p servis kereta dulu. Kebetulan nak cuti raya nanti jadi elok sangat lah servis. Lama jugak servis kali ni. Mengantuk tunggu ha.

Lepas servis terus ke Plaza Alam Sentral. Ni semua sebab Huna la. Dia ajak p beli baju raya kat sana. Hehe. Sebelum tu singgah Maju Junction sebab nak beli handbag raya. Hari tu usha kat Esprit Outlet murah sangat-sangat. Tak tau kenapa aku tak beli hari tu. Setelah berdoa selama seminggu dengan harapan tak ada orang beli. Tetiba bila dah sampai kedai tu, handbag idaman telah tiada. Oh, hatiku beretakan menjadi keping-keping kecil. Tak pa la, tak ada rezeki la tu. Nampak gaya rezeki kali ni pada Guess la kot. Opsssss! Hahaha.

Pastu terus gerak ke Shah Alam. Sampai-sampai terus shopping. Kali ni baju raya ku berwarna maroon. Tahun lepas pon warna maroon. Huhuhu. Beli selai je dulu. Lagi selai aku rembat je la kat Carrefour ke, Jalan TAR ke. Tak pon aku beli selai lagi yang sama cuma warna je lain. Cutting dia lawa la ngan tubuh badan ala kadar aku ni. Murah lak tu. Ingat nak jumpa Huna tapi dia lak tak angkat call. Maybe tenggelam disebalik timbusan baju-baju ke, aku pon tak tau.

Lepas beli, terus cabut balik umah. Ambik akak aku kat LRT, p Jusco beli baju raya Imran lak. Then p bazar Ramadhan beli makanan berbuka. Selesai. Hehehe.

Malas nak keja sok.
(Aku dah letak lagu raya. Oh! Excited bukan!)

September 16, 2008

Tag bersama Award

Top 5 Creative Blogger.

ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN

'It should been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage, err, message for your nominees

Tetiba kena buat ucapan lak. First time ni kena buat ucapan. Aku bukan reti pon Feri oiiii. Apa kata hang buat ucapan kat aku. Hehehe.

1. The winner may put the logo on his/her blog.
Aku dah boh. Peraturan satu sudah setel.

2. Put the link to the person you got the award from.
Aku telah dapat award ni dari si Fairy ni. Kalau nak baca ucapan cik Fairy ni silalah tekan [sini]. Panjang ucapannya kawan-kawan.

3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage, err, message for your nominees

1. Huna - Sebab utamanya, dia dah lama tak update (Dia tak kreatif pon. Hehehe)
2. Ude - Yang ni super kreatif orangnya. So rasanya sesuai lah kan award tu.
3. Filzah - Kalau reti jahit manik kat baju tu sah-sahla kreatif. Bukan semua bleh buat ok.
4. Jamie - Hang ni kreatif ka Jamie oi? Tak pa la, aku bagi gak sebab Nizam orang kampung aku.
5. Ziela - Yang ni pon lama tak update. So, kasi kerja sikit.

Aku tak taula aku buat ni betoi ke dak. Hehe. Bantai je la ek. Sudah siap!

September 11, 2008

Drooling : 9 West




Blog


Waaaahhh.. Friendster's blog dah bertukar wajah. Cantik jugak kan? Hehe. Dah lama aku tak update blog kat Friendster sebab dah tukar ke Blogger. So far, blog di Friendster ni la yang paling lama bertahan. Dari April 2005 sampai November 2007. Seterusnya bersambung di blogger. Sehingga Oktober 2008, nampaknya masih bertahan. Hehehe. Tak tau la kot-kot aku nak pindah lagi ke kan.

September 9, 2008

Tag

Nasib baik Ziela tagged aku. Ada benda la nak update. Hehehe.

1) First time naik kapal terbang
- Huhuhu. Aku tak penah lagi naik kapal terbang. Kapal banyak kali la. Hehe. Kira first time ni yang aku nak p Kuching ni la. Nasib baik p Kuching. Kalau tak, tak naik la aku. Haha. Bleh katakan first time, 20hb Oktober ni jika umur masih panjang.

2) First time beranak
- Macam tak sesuai je soalan ni dengan aku yang masih bujang ni kan. Hehe. IshaAllah, dengan izinNya nak jugak merasa next year bersamaan umur aku 25 tahun (ayat ini menjadi benar jika sudah di ijab kabul). Azam tahun 2009 ni. Haha. Layan kan je lah ek.

3) First time pergi oversea
- Sama sedih jugakla dengan nek kapal terbang. Selama 24 tahun aku bernafas di muka bumi Allah SWT ni, aku masih tak ada rezeki nak ke luar dari Semenanjung pon.

4) First time duduk jauh dr famili
- Umur 13, tahun 1997. Masuk asrama kat Ipoh. First week aku omsik gila. Nanges malam-malam sambil peluk kain batik mak aku. Hehehe. Ntah hapa-hapa. Dah 12 tahun duduk jauh dari mak and ayah. Masih lagi omsik. Hehehe.

5) First time keje
- Tak ingat lak tahun bila. First time keja kat kedai kain kat umah aku. Masa tu sem break tapi tak ingat lak yang mana. Kenkadang aku memang ada short memory sket. Tak suka aku keja situ sebab anak tokey tu selalu sms aku. Rimas aku.

6) First time rasa diri gemuk
- Yang ni tak payah first-first time sebab aku memang gemok pon. Huhu.Tapi seingat aku, aku jadi gemok masa form 3. Masa tu semua orang tegur aku gemok and sampaila skang aku membesar sebagai johan. Tak pa gemok, ada orang sayang. Hahaha.

7) First time bercinta
- Define 'bercinta'!Hehe. Aku ni biasa saja orangnya so tak dak sapa nak bercinta ngan aku. Aku ingat lagi first time p blind date. Aku direject camtu je. Padahal laki tu ok skit dari bontot kuali je. Tanya Ecah, dia mesti ingat pertemuan aku ngan ntah sapa nama ntah. Dahla malam tu course nite, aku dahla pakai kebaya corak rimau, pastu ada hati nak berbedak bergincu. Pastu nak dating. Haihhh.. rasa nak terjun bangunan je masa tu. Haha. Sialan betul masa tu. Apapon, cinta pertama jatuh kepada Zarul. Zarul ni cinta mati I tau. Huhuhu.
8) First time rasa diri cantek
- Yang ni pon tak dak first-first time. Senantiasa cantik gitu. Hahaha. Apa punya soalan la.

9) First time masuk cinema
- Aku tak ingat umur berapa tapi masa tu tengok movie Driving School kot tak silap aku. Tapi kalau yang paling ingat masa aku umur 7 ke 8 ntah tengok cita Dinasaur. Ayah aku bawak sebab hadiah kakak aku dapat no berapa ntah masa exam. Masa tu excited gila. Siap pakai sweater ada warna hijau, merah, biru lagik. Sweater tu pon ada lagik kat umah aku. Paling aku ingat tengok wayang masa maktab dulu. Aku, Barie and Ain kalau tak silap, tengok wayang cita The Princess Diary. Dalam panggung tu ada kami ngan kapel dok sebok buat project kat belakang. Kitorang siap letak kaki kat atas seat depan lagi. Gangstarz oo aku dulu. Pastu nak balik takut sebab dah malam, tepon Kak Siti warden kami yang cool ambik. Siap nyorok belakang seat lagi masa masuk maktab. Huhuhu. Oh maktabku! Kalau cerita pasal maktab sampai esok pon tak habes.

10) First time admitted in hospital
- Setakat hari ni syukur alhamdulillah pada Nya sebab mengurniakan aku kesihatan yang baik. Aku ni jarang demam ke sakit ke. Tu yang payah nak mintak MC. Tak reti nak belakon sakit. FYI, cuti MC aku ada lagi 75 hari. Sekian.

aku nk tag:
1) Afzan - walaupun ziela dah tagged, aku nak boh gak nama hang.
2) Ude
3) Huna - ada modal hang nak update blog
4) Fairy
5) Dan pada sesapa yang sangap tak tau nak buat apa.

September 8, 2008

Lama-lama jadi bukit.

Bila la tabung katak ku nak penuh ni. Dah sebulan menabung tak penuh-penuh lagik. Haihh.. nampak gaya kena lebih gigih dan bersemangat lagi. Tak tau la berapa banyak katak lagi aku kena suap baru bleh beli handbag idaman. Tak pa la Meh. Pelan-pelan tabung duit, bila dah penuh bleh beli.

InshaAllah.

Shopping

Ohoo.. Malasnya aku nak update blog. Bila bulan puasa ni rasa malas sangat. Maybe makan banyak sebab tu la malas. Betul tak. Huhu.

Weekend hari tu aku p Padini Warehouse Clearance. Pada sesapa yang penah p warehouse sales ni mesti paham bagaimanakah keadaannya. Aku sampai dah pukul 10.30 camtu. Sekali tengok kereta dah banyak gila. Pastu nampak ada orang beratur panjanggggggg. Pukul berapa la depa ni mai. Huhu. Parking tak la susah sangat tapi kena jalan jauh sikit. Nasib baik hari mendung je so tak terasa la penat.

Masa beratur nasib baik tak lama. Tengok orang bukan main membeli. Maybe sebab nak raya kan. Semua ambik peluang nak shopping. Tambah-tambah yang dah ada family ada 4-5 orang anak. Harus borong untuk raya tahun depan sekali. Hehe. Aku just target nak beli sandal and baju untuk Imran je.

Masuk-masuk je, terus berebut-rebut ngan orang tarik baju. Wahaha. Padahal baju merepek-repek je. Aku tak la excited sangat kan. Sempat ambik 1 t-shirt seed untk pakai tido. RM9 je wei. Hehe. Ambik kemeja kat Imran. Budak gemok tu kenala bergaya di hari raya walaupun tak boleh jalan lagi. Bila la hang nak jalan Imran oiiii. Zarul sempat rembat suar p keja ngan singlet. Masa nak bayar aku sempat ambik 1 sandal. Hehehe. Tengah dok memilih tetiba hujan turun lebat gila. Sianla pada yang tengah beratur dan yang tak bawak payung. Nasib baik aku memang bawak payung.

Kesimpulannya, ada barang yang ok dan yang tak ok. Kena pandai rebut and pilihla. Pada yang kaya-raya, tak payahla mai warehouse sale ni. Buat semak je. Bagila orang biasa ni membeli-belah. Hehehe.

September 5, 2008

Bumper to bumper.

Hari ni jam lagi. :( Pagi tadi sampai opis lewat kerna tetiba jam pulak nak masuk area opis aku. Isk isk isk. Lepas tu petang tadi siap-siap tunggu depan mesin punch nak balik awal. Aku punch pukul 5:01:23 pm. Huhu. Hari ni kena ambik adik aku kat Batu Caves. Masa ni jalan lengang je. Bila dah ambik adik aku, aku saja nak try jalan baru bukak depan Giant tu. Aku dah agak mesti jam tapi sebab nak try punya pasal, redah je la. Tetiba depan Taman Bolton nun sudah jam yang amat teruk. Traffic light pon tak beri kesan sebab sudah tidak boleh gerak. Lepas ntah berapa puluh minit, berjaya gak masuk MRR2. Padahal 5 minit pon tak sampai kalau nak diikutkan. Huhu. Pastu jalan pon agak jam jugak. Nasib nasib. Sampai umah pukul 6:15pm. Waaa..

Cepat-cepat p Bazaar Ramadhan. Beli apa yang bekenan. Aku ambik ikan bakar, paru goreng cili ngan samosa. Masa beli samosa tu abang tu bagi free 1. Maybe kesian sangat kot tengok aku lapaq sangat. Hehehe. Lepas setel akak aku membeli, balik umah terus. Mandi and tunggu depan nasik. Dah 5 hari camtu. Heeeeee. Penatnya rasa badan dan kaki bila jam memanjang. Bila jam ni la baru teringin nak beli keta auto. Huhuhu. Nasib bek sok cuti. Yahoo!

Okla, esok nak baju raya hunting and nak p Padini Warehouse Sales. Yeay yeay!

Selamat berpuasa dan berhujung minggu semua!! :)

September 4, 2008

4th

Alhamdulillah. Dah 4 hari umat Islam berpuasa. Aku tengok dah jadi macam satu sindrom pulak skang ni. Kebanyakkan blogger suka sangat cerita pasal berbuka makan ape. Isk..isk. Meleleh ayaq liuq aku ok. Huhu.

1st Ramadhan hari tu aku sempat berbuka dengan family minus adik laki aku. Skang ni berbuka ngan family akak aku la plak. Next Ramadhan (InsyaAllah), dengan family sendiri pulak. Huhu. Berbuka aku main lauk tunjuk je. Dah semua kerja and balik pon dah penat rasanya lauk tunjuk la paling sesuai bila weekdays ni. Sahur je la akak aku masak. Aku lak selesa dengan cereal dan low fat milk saja. Senang dan cepat bagi orang malas macam aku. Tunggu balik Parit Buntar saja kalau nak yang best-best.

Bila bulan puasa secara automatiknya aku akan tersangkut dalam jam juga. Orang lain kebanyakkan semua dapat balik 1/2 jam awal. Opis aku lak tetap waktunya camtu. So, agak jam jugak la. Tambah hujan pulak akhir-akhir ni. Hari ni aku puch card 5:03pm dan sampai umah 5:45pm camtu. Huhu. Sampai-sampai, ambik akak aku p bazar Ramadhan kat Seksyen 1 W.M. Beli ala kadar je. Tak larat nak jalan sampai hujung. So far menu tetap berbuka aku chicken wing gerai depan sekali nun. Huhu. Sodap abang ni masak. Tak tau la sok lusa dah tak mau beli dah ke.

Sampai umah balik circa 6.30pm, terus mandi solat Asar and hidang lauk, terus ngadap makanan. Lapaaa.. Tak tahan. Hehehe. Camtula rutin 4 hari di bulan Ramadhan. Aku tak ada gambar sebab lapa and bukan aku yang masak nak ambik gambar pon.

Walau apapon menu berbuka puasa kita, semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 erti pada kehidupan kita.

September 3, 2008

Update

Kiranya tak terlambat la kot aku nak wish Selamat Menyambut Ramadhan and Selamat Berpuasa. Sekejap je dah puasa. Aku rasa baru je hari tu aku raya. Hehe.

Aku update sikit je la dulu. Banyak keja tak setel lagi. Macam-macam nak cerita tapi nanti-nanti la bila ada masa. Okeh?