October 29, 2008

Kereta Part 1

Aku bercita-cita nak membeli kereta baru. Aku plan nak beli Myvi saja. Tapi masih tak tau nak beli yang SE atau yang biasa. Aku suka SE sebab seat dia leather. Kira kalau aku jenjalan ngan Huna sambil makan cempedak goreng yang berminyak gila tu tak la seat kotor kan. Lap saja sudah setel. Tapi yang tak bekenannya tang warna la pulak. Dan sebab warna ni la aku ingat nak beli Myvi yang biasa je sebab ada warna yang aku nak. Tapi kalau Myvi biasa tak dak la leathernya pulak.

Ebony Black - Myvi SE
Medallion Grey - Myvi

Oleh itu, besar harapan aku kalau korang semua sudi meluangkan masa mencemar duli menjawab soalan yang telah aku sediakan di poll sebelah kanan sidebar ini. Silalah mengundi.

October 28, 2008

Movie Review

Dah lama rasanya tak buat apa-apa movie review. Jadinya, kali ni nak cerita pasal two latest movie yang ditonton. Aku tak reti nak komen banyak-banyak. Sikit-sikit pon kira ok la kan.

Eagle Eye

Jerry Shaw (LaBeouf) and Rachel Holloman (Monaghan) were complete strangers at the beginning of the day, but that changed the instant a strange woman called to threaten both their lives and the lives of their loved ones. Suddenly forced into a series of increasingly dangerous situations, Jerry and Rachel must now take orders from a woman who's using everyday technology to track and control their every move. As the situation intensifies and the hapless duo are deemed the country's most wanted fugitives, they must work together in order to discover who it was that turned their lives upside down, and what they can do to thwart the criminal mastermind's cunning yet diabolical plan.
Official Site: Eagle Eye
Dari awal sampai akhir penuh dengan aksi. Kira tak ngantuk la kan kalau nak tengok. Satu movie yang menarik untuk ditonton. Tak rugi kalau nak tengok. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.

Bangkok Dangerous

In this remake, Nicholas Cage plays a cold-blooded hitman who travels to Thailand to finish off four missions. Eventually, he ends up falling in love with a local woman (Charlie Young) and regain trusts through his friendship with his errand boy.
Official Site: Bangkok Dangerous

Bagi aku agak bosan sikitla. Aksi-aksi semua ada tapi macam biasa je. Cerita pon macam tak ada tujuan je. Tengok-tengok dah habis. Kalau nak tengok, beli CD pon dah cukup kot. Hehe. 2 bintang je aku bagi. Hehehe.

October 27, 2008

Yours.



Now that we're here,
Now that we've come this far,
Just hold on.
There is nothing to fear,
For I am right beside you.
For all my life,
I am yours.


October 26, 2008

Zarul

So Random

Malasnya nak update blog. Ntah apa nak taip ntah. Semua pon berjalan seperti biasa. Isnin to Jumaat, 8.00 am to 5.00 pm, kerja. Lepas kerja lepak dirumah. Hari cuti hujung minggu jumpa Zarul.

Semalam p kenduri kat Kepong, member aku kawen ngan Sunway, member Zarul kawen. Seperti dijangka, soalan cepu mas mesti akan keluar. Nanti aku nak kawen aku bagitau la pada sesapa yang nak tau. Huhuhu. Oh, open house umah kakak Zarul pon p jugak. Then, Zarul nak beli laptop lak. Menapak lagi dengan high heels. Melecet habis. Kaki cap ayam ni memang sesuai ngan selipar getah je. Huhuhu.

Hari ni, pada pukul 6.00 petang, aku sangap keseorangan. Bosan dok umah cuti-cuti. Orang dapat laptop baru, mana la nak dating ngan awek lama ni. Mestila nak gomol-gomol ngan awek baru kan. Huhuhu. Pagi tadi p Perodua tengok Myvi SE yang baru nun. Survey untuk apply loan gak. 3 outlet kami p untuk tanya-tanya pasal loan keta ni. Memula, aku yang nak beli tapi akhirnya Zarul yang nak angkat. So, daripada aku beli keta baru, bek dia beli. Sok Zarul jadik laki aku gak kan Pastu keta tu pon aku punya gak kan. Lagipon, aku masih cinta mati kat Kancil aku. Hehehe.

Lagi, p beli bag laptop baru untuk laptop baru Zarul. Semua nak baru aihh. Kaya kau Zarul. Tapi tak jugak masuk meminang aku. Dari kau beli laptop bek kau masuk meminang aku. Laptop tu boleh ke picit jerawat kau?Aku jugakla picitkan jerawat kau. Hahaha. Gilo.

Balik umah, kemas bilik. Kipas pon kena gosok oleh aku. Semangat waja tetiba. Lepas tu semangat waja pudar tetiba. Tangguh lipat kain 2-3 hari lagi. Hehe. Bosan duh. Nak datinggggg!!!

Sudah.

October 23, 2008

Bebel

Tak tau nak update blog pasal apa.
Hari ni ada Hari Anugerah opis aku. Buat kat park. Ala-ala open air gitu. Yang bestnya park ni ada tasik. Nak lagi best, park ni besar gila. Tambah best dikelilingi hutan. Tambah lagi gila bes, park ada tasik, hutan ni adalah kat opis aku. Hehe. (Huna, tasik ni lagi besau dari tasik fakulti hang). Tak sangka kat opis aku ada lake garden. Isk isk isk..

Yang tak bestnya plak, ini la baru first time aku mai sini and aku tak tau wujudnya tempat tu. Huhuhu. Best sebab macam private park gitu. Gila kentang kan? Haha. Yang tak berapa nak best lagi, tak lama lagi nak bukak pada public. Tamak pulak rasanya.Ingat next week nak jogging ngan member opis aku. Tapi tak tau la jadi ke tak kan. Asyik plan nak jogging je, tapi joggingnya tak buat pon lagi. Huhu.

Tak tau lak nak taip apa. Jumpa lagi.

October 21, 2008

Sudoku

Tetiba aku addicted lak ngan game Sudoku ni. Selalu tengok orang tekun je main and atak tergerak hati lak nak cuba. Ntah camna last weekend beli buku Sudoku ni and terus try. Bila dah cuba barulah tau kenapa orang addicted sangat. Sekarang ni boleh kata aku ni dah Sudoku addicted dah la. Ada je masa free mesti aku tekun dok main. Aku ni agak ketinggalan la sikit nak menceburkan diri dalam Sudoku ni. Tapi tak pa, tak kenal tak cinta. Meh aku cerita sikit pasal Sudoku. Aku ambik dari Wikipedia je pon. Haha.

Sudoku
From Wikipedia, the free encyclopedia

Sudoku (数独 sūdoku) is a logic-based number-placement puzzle. The objective is to fill a 9×9 grid so that each column, each row, and each of the nine 3×3 boxes (also called blocks or regions) contains the digits from 1 to 9 only one time each. The puzzle setter provides a partially completed grid.

Completed Sudoku puzzles are usually a type of Latin square with an additional constraint on the contents of individual regions. Leonhard Euler is sometimes incorrectly cited as the source of the puzzle, based on his related work with Latin squares.

The modern puzzle was invented by an American architect, Howard Garns, in 1979 and published by Dell Magazines under the name "Number Place". It became popular in Japan in 1986, after it was published by Nikoli and given the name Sudoku, meaning single number. It became an international hit in 2005.


Bacaan seterusnya silalah click di SINI.

Pada sesiapa yang belum cuba tu, marilah kita main Sudoku ni. Dari buat benda yang tak faedah melemahkan minda, baik main Sudoku ni. Kalau nak try boleh je main yang online punya tapi aku prefer dalam bentuk buku. Aku kan ulat buku. Hehehe.

October 17, 2008

Potong rambut

Hari ni pukul 5 masih tak boleh balik lagi. Kena siapkan paper jugak. Lepastu kena bincang lagi. Siap-siap dah pukul 6. Sampai umah nak dekat pukul 7 sebab jam kat MRR2. Sampai umah rebus hot dog sebab lapa masa lunch tak makan.

Lepas makan, ngadap cermin. Ikat rambut, ambik gunting, zaappp. Bukak getah goyang-goyang kepala bagi rasa sexy. Haha. Puas hati aku. Terasa muda 10 tahun. Hehehe.

October 16, 2008

Nak jugak

Nampaknya ramai yang jeles aku buat pedicure free. Yang lain tu cakap je la jeles kan. Tapi ada sorang ni yang jeles sampai p buat yang kena bayar punya. Isk isk isk.

Muka tahan geli

Ambik gambaq nak tunjuk kat orang kampung

October 14, 2008

My Pedicure Service

Dah lama nak try Dr. Fish. Huna ngan Ecah dah pon try. Aku gak yang macam kuno sikit tak try-try lagi. Akhirnya hajat nak try pedicure dengan Garra rufa ni tercapai jugak. Yang besnya free and bila-bila ja boleh p. Sila jeles yea Hunaaaa. Hahaha.

Mula-mula aku macam dah tau kewujudan Garra rufa ni kat opis aku tapi tak tau lak kebenarannya. Semalam sebelum p talk, aku singgah la kejap. Ternyata khabar itu benar sekali. Hehehe.
Tempat kejadian

So, lepas talk terus try. Tadi lepas lunch pon p lagik buat pedicure. Huahuahua.. Tak dak orang. Masa yang sesuai ni. Tapi segan gak masa ni. Yela orang waktu keja, buat keja, aku lak p pedicure lak. Isk isk isk.
Kolam kecik

Kat pondok tu ada kolam kecik. Kat situ la si Garra rufa ni bermain air. Hehe. Semalam lagi banyak. Hari ni sikit lak sebab dengar cerita kena curi. Pasni depa nak letak cctv kat situ.
Kaki disedut Garra rufa

Memula letak kaki omak aiii serius geli. Hehe. Adala 5 minit aku gelak kegeliaan ja. Pas tu relax je. Rasa macam ada benda laga-laga kat kaki. Ala-ala hujan je rasa. Tapi kalau ikan yang besar tu kuat gakla sondolan dia tu. Haha. Dah 2 hari dok ulang buat menatang ni ja. Kaki tetiba rasa lembut semacam ja. Bes ok.

Tengokla kalau rajin p buat lagi. Dengar cerita next week dah start kena bayar. Tapi takla cas melampau macam kat shopping mall tu kan. Bayar ikut kerelaan je. Kira derma untuk beli lagi Garra rufa ni.


October 9, 2008

Moving

Setelah ntah berapa lama menunggu, akhirnya aku telah pon selamat berpindah dari bilik yang lama ke bilik yang baru. Pagi tadi sampai opis, terus kemas-kemas. Walaupun pindah ke tingkat atas je pon tapi kepam gak la ketiak ni dibuatnya. Haha. Baru aku tau banyak gak barang-barang aku.
Ni bilik aku yang lama. Bilik ni aku share berdua. Oleh sebab aku ni kuli kontrak je, so terpaksala dikuarantinkan kat bilik lain. Serabut tempat aku. Yang meja komputer tu sebelum ni ada komputernya tapi dah diberi pada staff aku untuk guna.
Ni dalam proses pengemasan. Semua boh dalam plastik besar senang nak seret bawak naik atas. Bleh tahan berat gak la. FYI, pembaris panjang tu untuk aku banci pokok.
Meja aku selepas selesai sesi perpindahan. Sedih la pulak tengok kosong je. Hehe. Kerusi yang besar tu huduh kan?Hehe. Opis aku memang kedekut taik idung masin. Pakai la apa yang ada. Yang lapan ploh tahun dulu pon kena pakai lagik.
Jeng jeng jeng. Nila meja and bilik baru aku. Skang ada cubicle lak. Dalam bilik ni ada 6 cubicle. Tapi kami berempat je duduk. Ada kosong lagi 2. Siok jugak dok sini. Dapat rak sorang satu. Tak boh lak gambar. Kerusi tu bukan aku punya. Aku pinjam orang punya dulu. Isnin ni dapat kerusi baru. Yahoo! Aku kena pakai laptop sendiri sebab next year baru bleh beli PC baru untuk aku. (Kan dah kata opis aku kedekut taik idung masin) Bilik aku skang ni khas untuk RO kontrak and student cam aku ni.

Meja yang ni lagi luas dari yang dulu. Bila dah susun-susun semua macam tak banyak lak barang aku. Ingat nanti nak decorate sikit meja aku. Bagi cun sikit macam tuannya. Hehehe. Fail yang aku susun tu ingat nak letak kat rak and tempat fail tu nak letak pokok ke apa ka. Dah kata keja ngan pokok. Harusla letak pokok kan. Tak tau nak hias apa. Aku bukan reti pon. Kang serabut balik.

Sesapa yang suka hias-hias ni bleh la bagi cadangan apa-apa kat aku.


p/s: Aku dah beli pokok!

October 8, 2008

Meowwwwwwwww



FYI, aku tak dapat p Kuching. Waa.. Tak pa la tak dak rezeki. Abstract dah accept tapi opis aku ada lah perhimpunan+jamuan raya. Macam budak sekolah ada perhimpunan. InshaAllah ada rezeki p Sabah. Tapi yang tu lambattt lagi. Time aku nak berjoli ni la tak bleh p. Tapi ada lak yang bleh p. Mengapakah?

Tapi ada baiknya juga. Pas raya ni duit agak kering sikit. Kalau p tak bleh lah nak beli souvenir kat korang lak kan? Hahaha.

P/s: Pas raya kena exercise balik.Tak dak motip nak bagitau kat sini. Tension tak dapat p Kuching.

October 7, 2008

Rezeki

Semalam aku puasa ganti. Zarul dengan rela nak temankan aku berbuka. Plan nak makan kat Chop and Steak kat Kg. Baru sebab Ramadhan hari tu full house je memanjang. So, pas kerja laju laju ke sana. Agak jam jugak. Azan pon masih dalam keta. Tapi tak pa sabau sebab nak makan banyak0bayak kat sana. Bila sampai je, tup-tup tutup la pulak. Alahai.. tak ada rezeki betul. Rupanya semua kedai makan ala-ala western ni masih lagi tutup. 3 kedai kami p semua tutup. Sabar je la. Nasib baik adda rendang ngan nasi impit yang aku nak bagi kat Zarul tu. Makan la tu dulu dalam keta. Last-last singgah Kenny Rogers kat Setapak saja.
Makan laju-laju sebab lapa. Hehe. Aku paling suka Kenny Rogers ni sebab air dia semua marvelous. Sodappp! Lega dapat makan. Hehehe.

Makan je aku ni kan?

October 6, 2008

I'm Back

Alhamdulillah.

Aku selamat sampai KL hari Ahad hari tu setelah 6 jam di jalan raya. Lenguh kaki wei. Biasa 4 jam saja balik umah aku tapi kali ni ada xtra 2 jam lak. Berakar montot. Last year punya lagi dasat. Kira tahun ni ok la. Tahun depan mesti lagi ok sebab gue bukan driver lagi. Mueheehehee.

Camna raya?Ok?Aku punya sederhana tetapi tetap meriah. Hehe. Balik kampung jumpa segala tok yang masih hidup, layan sedara mai umah. Tu je la. Tak p pon umah member and member pon tak mai umah aku. Nzard ngan Jamie je ada sms nak mai tapi aku lak balik kampung sudah.

Beria aku kata raya perut flat. Balik umah, urggg! Terus naik bagai dipam-pam. Aku makan saja. Mak aku kata balik umah tak bleh diet. Tapi mak aku bleh lak diet. Tak fair. Huhuhu. Skang diet balik. Huhuhu. Ntah hapa-hapa.

Raya hari tu si ehem ehem (dia kata kena rahsia so aku boh ehem ehem) bertunang. Dia tak bagi aku mai. Kijam sekaliii. Hehehe. Apapon tahniah la kerana sudah menjadi tunangan orang. Aku ja belom. Menyampah aku. Haha. Pastu tahniah gak kat Nomi kerna sudah tiada dara. Hahaha. Hari Nomi kawen aku tak dapat jugak nak p sebab tengah berhempas pulas tunjuk skill di jalan raya balik KL. So far aku tak penah lagi p memana wedding member aku. Aku sentiasa ja nak p tapi kalau tuan badan tak jemput, tak bagi kad, korang rasa kena p ka?Tak kuasa aku nak p. Orang tak sudi jemput aku jugak tak sudi p. Eh, emo lak. Whateverrr..

Ok la.. banyak nak cerita tapi malas lak. Apapon, berhati-hati di jalan raya.

October 1, 2008

Aidilfitri


Get Hari Raya Graphics Here

Dah beberapa hari lagi nak raya. Tak sedar betul masa cepat je berlalu. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan, pembaca blog (kalau ada. Haha!) serta yang kenal aku directly or indirectly.

Aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya ada salah-silap dan terkasar bahasa kepada rakan-rakan semua. Semoga Aidilfitri kali ini membawa satu makna yang lebih bererti.

Berhati-hati di jalan raya.
Selamat Berpuasa.
Seamat Menyambut Aidilfitri.

MAAF ZAHIR & BATIN.