November 28, 2008

Do You Love Cupcakes?

Finally, aku telah berjaya menempah cupcakes. Baru je tadi order tapi tak dapat comfirmation lagi. Hopefully tak fully booked la. Kalau tak kena la search lagi. If everythings seperti dirancang, aku akan ambik cupcakes hari Jumaat depan kat PJ then esoknya terus balik ke rumah.


For those yang mencari-cari kat mana nak beli cupcakes, aku sertakan online cupcake store directory kat atas nun. Just click the banner ok?

November 27, 2008

Happy 1st Anniversary, Blog!



Dah setahun dah. I Love You Blog!

November 26, 2008

Kereta Part 3

Update cerita kereta aku. Patutnya aku dapat keta esok. Malangnya, kedai tersebut telah pon salah order. Aku punya manual, dia order auto. Hasilnya, kena order lain, aku kena tunggu lagi. InsyaAllah, kalau pekerja kedai kereta tu tidak lalai, tidak cuai, tidak malas, proactive, precise dan bagus, next week dapat la kereta.

Tak excited langsung.

Trip To Bliss.

In 2 weeks time, my other half is getting engaged to her better half. Hopefully aku boleh attend the engagement ceremony. Aku plan nak bagi cupcakes but still tak ada masa nak search, choose, place order semua. Sigh. And tak tau cupcakes ni bleh bertahan tak sampai hari tu. Nasib baik balik naik kereta so chances cupcakes hancus ke maybe adalah tipis. Tapi tahan ke cupcakes lama-lama ni. Aku balik umah hari Jumaat and the majlis is hari Selasa.

Macam mana ek? Any pendapat ke, pengalaman ke? Oh, mana nak tempah cupcakes yang paling bes sekali? Tak ada masa nak search. HELP!


p/s: Wani and Ude, aku bagi cupcakes jugak ok?

Quick Update From Office

Banyak benda nak kena setel. Masih tak ada masa dan mood nak update properly. InsyaAllah, jumpa minggu depan.

xoxo

November 24, 2008

And So I Wait For You

Ntah apa nak tulis. Aku selalu camni. Gila loser. Busy ah skang. Baru je balik Janda Baik. Nanti kalau aku dah tak emo aku cerita apa yang bekenaan.


Yang benar,
Aku yang PMS.

November 20, 2008

Sessi Ada Apa Di Opis Anda


Ni la meja aku di opis. Serabut je kan. Sila click kalau nak tengok lagi besar. Aku ada letak code sekali untuk membantu penerangan aku.

A - Earphone ni sebelah je bleh guna. Kang orang tak la terjerit-jerit nak panggil aku masa aku dok dengar lagu.
B - Data banci last week. Baru sikit aku key in. Banyak lagi tak siap.
C - Kod banci. Penting bila nak key in data.
D - Tentative workshop mangrove tahun depan. Punya excited sampai letak kat soft board.
E - Kertas kuning 4 segi semua untuk 'To Do List'. Banyak keja kan aku. Hehe.
F - Tag nama dari seminar/bengkel yang aku penah p.
G - Memo dalaman nak untuk bayar fee p seminar next month. Huray!
H - Sijil peserta untuk kursus weekend ni.
I - Cop mohor sijil. First time aku guna. Hehe.
J - Jam yang aku rasa macam cool. Beli kat Carrefour je pon.
K - Erosion gred yang aku kena hafal. Tapi tak hafal-hafal pon.
L - Bekas tisu aku curi kakak aku punya.
M - Pokok yang aku siram seminggu sekali dan ramai ingat pokok aku palsu. Cis.
N - Route pengangkutan awam yang ada kat KL. Senang nak rujuk tempat.
O - Key chain member aku bagi balik dari Indon dan opis aku bagi.
P - Buku cerita untuk baca bila aku bosan.
Q - Purse aku yang tak cantik. Nak beli baru tapi tak terbeli pon lagi.
R - Mug oarang bagi tapi setiap kali nak minum mesti ambik mug orang lain. Ntah pesaipa.
S - Pad beli kat Carrefour gak. Saja nak letak.
T - Draft poster. Saja letak nak penuhkan softboard.

Tu je la ada kat meja aku. Saja tak tau nak update apa. Hehe. So, apa yang ada kat opis anda pula?

November 19, 2008

Hari-hari Hujan, Hari-hari Kerja

Aku rasa tukar template tu ditangguhkan dulu buat sementara waktu. Ntah kenapa bila nak upload template je mesti ada error. Bukan error dari segi coding ke apa tapi error dengan blogger ape ntah. Malas aku nak ambik tau. Pakai template ni dulu ok?

Minggu ni agak hectic jugak. Weekend ni aku jadi sekretariat kursus kat Janda Baik. Minggu lepas kerja luar. Semalam pon kerja luar. Tapi one day trip saja and nasib baik bukan aku yang drive. Esok ada appointment dengan bank. Lusa ada meeting. Data tak key in lagi. Report progress MSc. tak buat lagi. Kesimpulannya, banyak lagi la yang nak kena buat. Aku pon tak ingat apa yang kena buat. Hehe.

Ok lah. Till then.

November 16, 2008

May All Your Dream Stay Big



My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

Cuti Yang Tak Bes Sekali.

Weekend ni paling tak best sekali. Macam loser saja. Nak tukar template tapi ada error apa ntah. Dah la aku ni tak reti sangat. Tambahla malas.

Tengok la camna nanti. Kalau tak, aku guna je yang ni. Kemas sahaja. Nak update blog pon tak tau nak cerita apa. Tetiba rindu Zarul. Dah seminggu tak jumpa. Sumpah aku rindu.

November 15, 2008

UNDER CONSTRUCTION

Aku tengah berhempas pulas tukar template baru. Pepaham la kalau macam huduh semacam je.

Happy Weekend Peeps!

Wargh!

Bosan hari ini. Cadangnya nak tukar template blog baru tapi malas ah.

Pagi tadi aku dh p sign agreement. Loan pon dah lulus. Alhamdulillah. Pasni nasib la hang Meh. Pandai-pandaila nak hidup. Hehe. Bank bagi aku souvenir pengetip kuku. Isk isk. Ada gak bank bagi menatang ni. Nak balik umah malas. Macam tak cool dok umah hari Sabtu. Haha. Sebab Zarul tak dak jadi aku macam kesunyian mencari cinta. Haha. P Jusco tengok rekaan baju terkini di pasaran. Ada gak yang bekenan di hati tapi dalam purse ada 8 ringgit saja. Huhu. Sebab tak dak duit, jadi kena try apa yang bekenan. Tapi bila dah try lagi lah bekenan. Grr. Menyampah.

P makan kat foodcout je la sebab ada 8 ringgit. Nak makan Move It, Move It mahal sangat. Kena tunggu abang perkasa lagi perwira dapat gaji baru boleh suruh bayaqkan. Haha. Makan Mee Sizzling ngan Lai Chi Kang. Cukup-cukup ja 8 ringgit. Dah kenyang boleh lak nak p tapau Big Apple. Cissss! Dengan cutenya aku tunjuk 6 ketul donut kat abang Bangla suruh tapau. Duren Duren tu seksi sangat tak tahan aku. Harus beli. Gemok pon tak pa la bukan curi duit orang pon. Haha. (Aku da p keluaqkan duit kat ATM masa ni)

Lepas tu balik umah layan Hindustan. Haih. Ok gak apa tengok Hindustan hari Sabtu. Lepas tu terus online update blog. Bosannya.

Tolongla kahwin ngan aku!

Template

STICKY POST.

Tetiba rasa nak tukar template blog ni pulak. Rasa macam bosan. Tapi yang malasnya bila dah tukar, semua widgets dan links pasti menghilang sekelip mata sahaja. Penat nak letak balik semua. So far hanya templates dari The Cutest Blog on the Block je yang tak menghilangkan kesemua widgets dan links.

Kali ni ingat nak cuba 3 columns lak. Kalau guna 3 columns ni rasanya lebih senang nak letak pelbagai links dan widget. Tak payah la nak scroll sampai bawah untuk tengok apa yang ada kat sidebar. Sebabkan tak se-kreatif macam sAp untuk buat sendiri template blog yang ada 3 columns, terpaksa lah aku google template yang cantek di mata aku. (Lainla kalau sAp nak buatkan. Hehe!)

Setelah mencari, ada la yang berkenan kat hati. Tapi macam tak tau lak nak pilih yang mana satu. Jadinya, kali ni nak mintak tolong sesapa yang tengah baca blog aku ni untuk mengundi. Aku memang suka undi-undi ni. Tapi pilihanraya 08 hari tu, aku tak ngundi la plak. Hehe. Below ada snapshots untuk korang tengok, pilih dan undi. Ada jugak yang 2 colums sebab cantik designnya.

2 colums

1) Notepad Chaos


2) Creative Arts


3 columns

1) Wow


2) News from the Sky!


3) Happy Spring.


4) Butterfly


5) Clean Dark


Pilihlah yang mana berkenan. Aku pon dah tak tau mana satu nak pilih. Untuk mengundi, gunakan poll yang telah aku sediakan dibawah. Kali ni ada 2 poll pulak. Saja nak try guna poll yang lain pulak. Nak vote kat poll yang mana pon tak kesah. Kalau nak vote 2-2 poll sangat lah dialu-alukan. Poll yang satu lagi ada di sidebar kanan seperti biasa. Thanks!

November 14, 2008

Erm.


Dah masuk 3 bulan gak aku menabung. Lagi sikit je nak penuh ha si katak hijau ni. Pasni aku kena beli tabung yang panjang and lagi cute dari katak hijau ni. Setelah kira duit tabung tadi (punya la macam loser kira tabung memalam minggu), ada la baru RM41.46 sahaja. Punya la lama aku menabung, tak sampai pon 50 ringgit. Hoho. Kasihan betul. Camna la nak kawen Meh oi. Tak pa, tak pa. Kena tabung lagi kuat lagi. Jumlah duit tu sama lak ngan no kereta aku. Haha. Tak dak motip.

p/s: Stress bila dapat tau orang tu nak kahwin, orang ni lak pregnant, yang sana nak beranak. Huh! Teremo.

Huh!

Rungsing memikirkan duit untuk majlis perkahwinan bukanlah tanggungan lelaki sahaja. Perempuan juga perlu dan merasai bebanan itu. Jika ada yang berfikiran hanya pihak lelaki yang perlu menanggung seorang, alahkah ceteknya pandangan itu. Bukan ingin bertindak wira atau sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki, tetapi bukan kah perkahwinan itu di dorong oleh rasa cinta dua hati?

Lain lah kalau lelaki tu kaya or parents dia kaya.

November 13, 2008

Rojak

Malasnya nak update blog. Malas pon bukan apa tapi sebab tak ada idea nak update apa. Nak cerita masak-masak, apa sangat la aku masak pon. Tak kan nak boh resepi memasak megi goreng kot kan. Last aku masak adalah tadi iaitu masak telur goreng. Hehe. Aku rasa azam aku tahun 2009 adalah memasak resipi yang guna lebih dari 3 bahan. Pastu boleh post kat blog. Huhu.

Rutin harian aku dah berubah sejak 2 minggu lepas. Kalau dulu pas keja balik umah terus. Tapi sekarang pas keja, tukar baju ke shopping jogging attire, terus berjogging. Aku jogging seminggu 3x. Tak tau aa sampai bila aku semangat nak jog-jog ni. Harap-harap sampai tua la kan. Haha.

Sabtu ni kena p bank sign agreement loan keta aku lak. Kalau lulus loan ni dapatla aku kereta baru dan makin miskin la aku lepas ni. Terpaksala aku sekat nafsu membeli-belah aku ni. Duit kutu aku pon tinggal lagi 2 bulan je nak bayar. So kira ok la kot. Tapi next year aku dah nak kena pindah umah sewa lain lak, nak beli perabot sikit-sikit jugak. Preparation untuk hidup berdua ni makan duit banyak betoi kan? Huhuhu.

Surat tawaran master dah selamat aku terima. Alhamdulillah. Tak lama lagi aku akan jadi full time student plak. Lagi la aku miskin. Huhuhu. Cepatla master aku ni habis. Tak larat aku nak jadik student lama-lama. Kutip data tinggal lagi 3 kali je lagi. Skang dah start writting chapter 1 dah (Ni pon sebab makcik bebel baikkk punya kat aku). Tapi tang ambik data soil, air semua tak start 1 pon lagi. Rajin sikit Meh oiiii!

Malasnya nak taip lagi. Dahla.

November 4, 2008

Tag

Aku bukan di tag oleh sesapa pon tapi aku ambik tag ni dari Filzah sebab tak tau nak update apa. Enjoice!

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
- Handphone

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
- Nasi lemak sotong masa makan pagi tadi kat makcik pon pon.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
- Kat mana-mana pon tak kesah asalkan kawen. Hehehe.

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
- Saya RASA sampai hujung nyawa saya, sehingga nafas terakhir. Oh!

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
- Ya, sejak 4 tahun lepas.

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
- Shakeys kat JJ dengan Zarul.

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
- Chocolate Run by Dorothy Koomson dan The Other Woman by Jane Green dari eBay.

8. Apakah nama penuh anda?
- Siti Normasliana

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
- Dua-dua senang. Dengan mak syok gosip dengan ayah syok merepek.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
- Tak mau jumpa sesiapa.

11. Christina atau Britney?
- Dua-dua tak suka. Macam merepek ja.

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
- Kat umah ada mesin cuci, jadinya mesin yang cuci.

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
- Ermm.. tak boleh pikir nak p mana.

14. Pelukan atau ciuman?
- Dua-dua. Oh!

15. Butirkan 4 perkara tentang orang yang tag anda
- Satu MRSM masa form 4 ngan form 5
- Dah kawen. Ah jeles.
- Cute sangat
- Pandai jahit beads. Ish, jeles!

16. 4 perkara yang amat saya gilai
- Bermalasan, bergolekan di atas tilam
- Suka chick-lit gila babi
- Bercinta ngan Zarul
- Shopping

17. 4 perkataan yang sering di ucapkan
- Pesaipa?
- Ok.
- Oooo
- Lapaqqq

18. 4 buah buku yang paling terbaru di baca
- Certain Girls by Jennifer Weiner
- Be Careful What You Wish For by Alexandra Potter
- Baby Proof by Emily Giffin
- 100 Natural Wonders of The World

19. 4 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
- Always Be My Baby by David Cook
- What About Now by Chris Daughtry
- Fall For You by Secondhand Serenade
- I'm Yours by Jason Mraz

20. 4 perkara saya pelajari tahun lalu
- Sentiasa bersedia menghadapi perkara terburuk
- Langit tidak selamanya mendung. Masih ada sinar, jadi terus berharap.
- Setiap kejayaan pasti ada kegagalan dan kesusahan di sepanjang jalan itu.
- Biar susah sekarang asalkan senang dan bahagia di kemudian. InshaAllah.

21. 4 Mangsa tag seterusnya
- Huna
- Afzan
- Ude
- Jamie

November 3, 2008

Kereta Part 2

First and foremost, thanks for those yang sudi membuang masa mengundi. Majority memilih Myvi SE dan lebih cenderung kepada Ebony Black. Untuk makluman, aku akan tutup undi tersebut hari ni.

Alhamdulillah, aku sudah pon membayar duit booking petang tadi dan sedang menunggu approval loan bank. Berita terkini, bank kata tak ada masalah. InshaAllah by end of this week dapatla tau loan tersebut approve ataupun sebaliknya.

Berikutan permintaan yang tinggi bagi Myvi SE oleh pengundi dan my parents, jadiknya aku telah membuat kata putus untuk membeli Myvi SE dan dengan bangga, kembang bontotnya aku telah memilih Tangerine Orange. Yes, you read it right. My ride, my pride berwarna oren. Hehe.

Tangerine Orange

Aku dah tak ada pilihan lain dari memilih warna terang itu untuk bersama-sama aku for next 10 years. Mak ayah tak suka hitam, aku tak suka silver, putih cepat kotor lak (sorry Huna!) dan pearl white?Warna apa tu?Hehe. Akhirnya aku ambik Oren. Lagipon oren kan new colour so lain la dari yang sedia ada.

Semoga, loan bank di approve cepat-cepat and tiada masalah.

November 2, 2008

My Man Turns 52 Today

Imran with Owan


Selamat Hari Lahir Ayah.
Kami sayang Ayah!