December 24, 2008

Tak Dak Tajuk


Imran is here, at KL. Weehuuu! Aku dah start cuti sampai next year. Nak habiskan cuti yang masih banyak lagi. Tak pandai manage cuti rupanya aku ni. Hehe. Tapi, aku still ke opis sebab masih ada report yang tak setel. Biasalah hujung tahun mesti nak reportlah, milestonelah, financial statement lah.


Alhamdulillah, my rumah semuanya dah setel kecuali 2-3 benda kecil yang masih belum selesai. Beg masih belum unpack lagi. Dan aku tak tido lagi sana sebab skang my parent ada kat rumah kakak aku dan aku tido disana juga. InshaAllah, after new year aku tido rumah sendiri lah pulak. Oh, so excited. Haha. (Jaja, marilah teman aku. Penakut! Hehe)

Kedai online aku. Masih underconstruction lagik. Gigih jugak aku nak berniaga. Ntah-ntah hangat-hangat taik ayam sajo. Hehe. Kena gigih sikit bab-bab bisnes ni. Kalau tak, mesti tak jalan. Betoi ka tak betoi? Hehe.

BENDA PENTING KENA BUAT:
  1. Kursus kawen
  2. Beli baju tunang
  3. Hantaran satu apa pon tak buat lagi

December 21, 2008

Pindah Rumah

Penatnya nak pindah-pindah umah ni. Macam-macam nak kena setel. Hopefully esok dah bleh tido umah baru.

Checklist:
  1. Cari kotak - Selamat
  2. Cari van nak angkut barang - Tak jadi. Angkut guna kereta saja
  3. Cuci rumah - Selamat. Terima kasih kawan-kawan opis
  4. Masukkan elektrik - Selamat
  5. Beli kunci untuk mailbox - Belom lagi
  6. Ukur sliding door, tingkap - Selamat
  7. Beli langsir - Selamat. Gantung je belom
  8. Beli washing machine, fridge & penyidai kain - Selamat. Sangat hepi. Thanx to Zarul
  9. Jumpa management untuk parking and access card - Selamat
  10. Beli padlock baru - Selamat
  11. Sign tenant agreement - Isnin
  12. Confirmkan delivery bedroom set - pending (Zarul)
Walaupon penat tapi hepi. Sebab dapat shopping macam-macam. Tapi pas tengah bulan kang menangis.

December 18, 2008

Banyak Kerja

Selamat sampai KL malam tadi. Adalah sangat memenatkan betul seminar kali ni. Flight pergi-balik delay. Walauapapon, Penang memang best. Hehe. Thanx for Zanis yang sudi bawak aku jalan-jalan.

Sekarang tengah sebok packing barang. Take 5, update blog. Hehe. Malam ni baru sempat nak packing. Banyaknya nak buat. Rasa macam tak mampu. Kerja lagi, nak pindah rumah lagi, pasal kereta tak settle lagi, preparation trip to bliss lagi. Mudah-mudahan Allah S.W.T permudahkan urusan aku dan diberi kekuatan untuk melaluinya.

Penat.

December 14, 2008

You Can Stand Under My Umbrella

Cuti seminggu dah pon habis dan aku sampai KL safe and sound. Sampai KL terus jumpa landlord bayar deposit rumah and terima kunci. Huraayy! Masa borak-borak ngan landlord tu dia kata nak jual rumah tu dan dia tawarkan harga yang sangat berpatutan. Wah, tergoda aku. Tapi, bab beli rumah ni tolak tepi dulu lah. Ada rezeki, ada la tu kan?

Rumah kami lah!

Alhamdulillah, Zarul pon setuju ngan pemilihan rumah tu. Hehe. Kira terer jugak lah aku ni cari umah. Sekarang ni yang tinggal just nak masukkan elektrik je la. Air dah ok. Next Friday baru aku suruh landlord tu masukkan sebab Isnin - Rabu aku ke Penang lak ada conference.

Checklist benda yang kena buat:
  1. Cari kotak - pending
  2. Cari van nak angkut barang - pending (Zarul)
  3. Cuci rumah - next weekend
  4. Masukkan elektrik - next Friday
  5. Beli kunci untuk mailbox - pending (Zarul)
  6. Ukur sliding door, tingkap - pending
  7. Beli langsir - pending
  8. Beli washing machine, fridge & penyidai kain - pending (Zarul)
  9. Jumpa management untuk parking and access card - pending
  10. Beli padlock baru - pending
  11. Sign tenant agreement - next Friday
  12. Confirmkan delivery bedroom set - pending (Zarul)
So far yang ni je yang ingat. Nanti update lagi. Eh, kenapa Zarul buat keja sikit je ni. Ciss!

Happy Birthday, Dear.

Happy Birthday, Zarul!

Semoga murah rezeki, dipermudahkan semua urusan dunia & akhirat, panjang umur dan sihat tubuh badan.

December 12, 2008

Adab Memasuki Rumah Baru

Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan berpindah ke rumah baru. Kali ni sewa sorang-sorang dulu sebelum Zarul sah menjadi suami aku. Hehehe. Sebelum nak masuk rumah baru mestilah ada adab-adab yang kena kita ikuti, patuhi dan amalkan. Below ada adab memasuki rumah baru yang aku copy paste kan dari internet.

Article di ambil dari: http://soaljawab.wordpress.com/

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” - [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

وعن أبي هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam


P/s: Jemputla datang kerumah!

December 10, 2008

Jawab Tag

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

7 facts about me.
  1. Tahun ni umur aku 24 tahun
  2. Still single tapi tak available
  3. Ada blog yang dah setahun
  4. Cita-cita nak kaya tapi tak mau kerja
  5. Baru ada sorang anak buah yang cute gila
  6. Rumah aku ada swimming pool. Cool gila
  7. Tahun depan gatai nak menikah
6 unspectacular quirks:
  1. Tak reti masak dan tak ada inisiatif langsung nak belajar
  2. Susah nak marah orang tapi kalau marah, asyik nak maki ja
  3. Kalau tengah drive hujan, tak suka guna viper
  4. Mesti tak ingat jalan kalau kemana-mana. Jawabnya asyik salah jalan dan sesat
  5. Tetiap hari mesti berak. Kekadang lebih dari sekali sehari
  6. Kadang-kadang suka curi tulang masa kerja. So bad.
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

Link the person who tagged you.
Ude

Leave a comment for each blogger.
- Saja nak tag. HeeHee.

December 8, 2008

Cuti Aidiladha

Lama dah tak update. Busy memanjang. Baru skang bleh online. Alhamdulillah aku dah dapat umah sewa. Weekend ni nak bayar deposit and dapat kunci. Jemputla datang ke rumah baru aku. cantik ok. Ada swimming pool. Haha.

Skang ni aku cuti sampai la next week. Then aku ke Penang 3 hari untuk seminar. Balik tu baru nak pikir pindah barang semua. Kereta masih tak dapat lagi sebab katanya tak ada stok. Ntah betul ntah idak. Sok nak p umah Ain. Mintak-mintakla tak sesat. Huhu.

Start bulan ni sampai March tahun depan, aku sebok je memanjang. Macam-macam tak buat lagi. Apapon, doakan semua berjalan lancar.

Aku tetiba tak dak idea nak tulis. Jumpa lain kali.