Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

December 1, 2010

Home Sweet Home

Seperti yang dah dibagitau sebelum ni, rumah saya skang ala-ala dilanda ribut taufan. Sebenarnya bukan baru-baru ni tapi sejak mengandung ni memang lantakla rumah nak jadi apa pon. Asalkan saya boleh tido dengan tenang. Tapi bila fikir sejak kawin FIL tak penah lagi jejak rumah saya, jadinya kali ni saya kena mengemas sebaik mungkin lah kan. Sebab suami pon balik lama jadinya confirm kali ni lawatan muhibah akan dijalankan.

Sebelum ni rumah tunggang langgang mak ayah sendiri ja tengok tak pa la sebab dah paham sangat perangai anak depa kan. Kali ni kena tip top sebab dah bab masak saya out tak kan la bab mengemas ni out jugak. Kang orang kata tau buat anak ja yang lain hampeh. Ikut ati macam-macam ja saya nak buat tapi bila pikir perut pon makin berat tambah pulak rumah sewa. Apala sangat nak buat kan. Nak cat-cat ni memang malas la. Sayang lak duit kan.

Perubahan pertama sepanjang saya pregnant ni adalah menempah sarung bantal. Masak pon out, menjahit pon out jugak ye kawan-kawan. Huhu. Saya tempah kan Puan Ude yang serba boleh ni. Bertuah badan yea ada bakat best-best ni. Saya tempah 6 sarung tapi bantal ada 5 ja. Tu pon semak ja atas sofa. Sofa pon kecik kan. Huhu. Gambar pon saya curik dari blog Puan Ude jugak. Harap saya pemalas ni memang tak la kan nak p snap sana sini.


Next adalah mengemas bilik ketiga kat umah saya tu. Macam sarang tikus dah rupanya. Main longok ja semua kat situ. Lagipon nak letak almari lil' baby lagi. Situ ja ruang yang masih kosong. Pastu kalau rajin nak refurbish balik rak buku saya tu. Kesian ja ntah hapa-hapa. Seterusnya nak kemas bagi elok je la. Oh lupa pulak saya nak let go 2 benda tapi nanti saya letak kat sini lah apa kebendanya.

Dalam mood mengemas ni datang mood nak menghias-hias ni. Kalau malas nak cat bleh je kan ganti dengan sticker-sticker ni. Ni antara yang saya rasa cantik la. Kalau ikut semua pon cantik. Sapa nak bleh beli kat sini Coocolor Wall Art.



Saya letak 2 dah la yea. Sebenarnya banyak lagi yang cantik. Rambang mata dibuatnya. Tapi sebab dah tak tau mana satu nak senang cerita baik tak payah beli. So tak pening-pening kepala yea tak? Hehehe.

May 1, 2009

My Life Would Suck Without You

Hari ni satu hari melepak kat rumah ja. Jadi boleh update blog. Rupa-rupanya dah masuk 4 bulan aku duduk dalam rumah ni. Kalau 4 bulan lepas kosong je umah skang alhamdulillah, ada la sikit harta. Hehe. Kalau ikut cerita yang terdahulu aku kan nak beli rumah ni tapi apakan daya rezeki tak menyebelahi aku. Tak pa, nanti cari rumah yang lain pulak.

Umah aku ni kecik saja. Ni hall umah aku cum dining hall la. Semua nak buat kat depan tv. Tapi kalau weekdays aku jarang tengok tv. Balik rumah dah penat. Weekend pon sama sebab asyik merayap je. hampir semua perabot rumah aku beli kat IKEA saja. Tak ada yang riban-riban. Semua murah saja. Kat umah aku tak ada kipas kat syiling sebab dah buat plaster syiling bagai. Jadinya beli saja kipas duduk camtu. Nak pasang aircond belum ada duit lagi. Lagipon kalau pakai aircond tak dapatla bill elektrik free. Hehe. Yang hujung tu meja aku buat keja, layan internet dan bermacam-macam lagi. TV yang cute tu dari zaman kat Terengganu lagi. Zarul janji nak belikan aku LCD TV. Tapi tak beli-beli pon lagi.

Ni bilik tidur aku. Paling banyak masa aku kat atas katil ni la kot selain di ofis. Hehe. Simple saja bilik aku. Aku tak suka letak benda pelik-pelik dan lebih suka kosong. Lagipon aku ni tak reti bab-bab interior. Asalkan selesa untuk aku, ok la tu. Bilik ni pon pakai kipas camtu ja. Kipas tu pon dah lama. Siap ada Zarul ikat lagi sebab kipas tu tengkuk dia dah patah. So tak boleh geleng-geleng. Camtu je la dia sampai bebila.

Serabutnya dapur aku. Dapur aku sempit saja. Tapi takpa sebab jarang guna. Hehe. Dapur tak sempat nak kemas lagi hari ni. Pinggan bekas makan pon Tak basuh lagi. Barang-barang dapur pon beli kat IKEA. Kecuali peti ais tu la yea. Hehe. Peti ais tu beli kedai biasa saja. Hehe.

Last pic, view di belah kanan dari balkoni rumah aku. Kalau belah kiri boleh nampak KLCC ngan KL Tower dan bila malam cantik je sabab nampak lampu-lampu. Tapi lupa lak aku nak ambik. Macamla korang tak penah tengok KLCC ngan KL Tower kan. Huhu.

Rumah aku ada 3 bilik. Yang lagi 2 tu tak dapat la nak tunjuk kat sini sebab 1 tu bilik housemate aku dan yang 1 lagi tempat aku letak baju-baju dan sangatla teruk sebab aku tak lipat baju lagi. Hehe. Toilet ada dua. Then ada balkoni dan tempat basuh kain. Tempat basuh kain aku letak mesin basuh and rak sidai towel. Lupa lak nak snap.

Panjang entry aku kali ni. So, setelah aku bertungkus lumus buat entry ni, aku pon nak gak tau camnala rupa rumah korang. Jadi kira aku nak minta insan-insan yang terpilih ni untuk share gak gambar-gambar dalam rumah mereka.

Insan yang cool lagi hebat ialah:
  1. Afzan
  2. Huna (walaupun aku penah p umah hang)
  3. Aimi
  4. Pojie
  5. Ude
  6. Zanis
  7. Jamie
Yang lain kalau nak buat, silakan. Hehe

January 29, 2009

Mana Satu?

Tadi try kat The Curve. Alahai. Selesanya kat kaki aku. Hehe. Tapi bila tengok harga. Isk isk. Rasa tak sanggup nak keluaqkan duit. Lagi tak sanggup bila harga kasut ni sama dengan apa yang aku beli kat bawah ni.

December 21, 2008

Pindah Rumah

Penatnya nak pindah-pindah umah ni. Macam-macam nak kena setel. Hopefully esok dah bleh tido umah baru.

Checklist:
  1. Cari kotak - Selamat
  2. Cari van nak angkut barang - Tak jadi. Angkut guna kereta saja
  3. Cuci rumah - Selamat. Terima kasih kawan-kawan opis
  4. Masukkan elektrik - Selamat
  5. Beli kunci untuk mailbox - Belom lagi
  6. Ukur sliding door, tingkap - Selamat
  7. Beli langsir - Selamat. Gantung je belom
  8. Beli washing machine, fridge & penyidai kain - Selamat. Sangat hepi. Thanx to Zarul
  9. Jumpa management untuk parking and access card - Selamat
  10. Beli padlock baru - Selamat
  11. Sign tenant agreement - Isnin
  12. Confirmkan delivery bedroom set - pending (Zarul)
Walaupon penat tapi hepi. Sebab dapat shopping macam-macam. Tapi pas tengah bulan kang menangis.

December 14, 2008

You Can Stand Under My Umbrella

Cuti seminggu dah pon habis dan aku sampai KL safe and sound. Sampai KL terus jumpa landlord bayar deposit rumah and terima kunci. Huraayy! Masa borak-borak ngan landlord tu dia kata nak jual rumah tu dan dia tawarkan harga yang sangat berpatutan. Wah, tergoda aku. Tapi, bab beli rumah ni tolak tepi dulu lah. Ada rezeki, ada la tu kan?

Rumah kami lah!

Alhamdulillah, Zarul pon setuju ngan pemilihan rumah tu. Hehe. Kira terer jugak lah aku ni cari umah. Sekarang ni yang tinggal just nak masukkan elektrik je la. Air dah ok. Next Friday baru aku suruh landlord tu masukkan sebab Isnin - Rabu aku ke Penang lak ada conference.

Checklist benda yang kena buat:
  1. Cari kotak - pending
  2. Cari van nak angkut barang - pending (Zarul)
  3. Cuci rumah - next weekend
  4. Masukkan elektrik - next Friday
  5. Beli kunci untuk mailbox - pending (Zarul)
  6. Ukur sliding door, tingkap - pending
  7. Beli langsir - pending
  8. Beli washing machine, fridge & penyidai kain - pending (Zarul)
  9. Jumpa management untuk parking and access card - pending
  10. Beli padlock baru - pending
  11. Sign tenant agreement - next Friday
  12. Confirmkan delivery bedroom set - pending (Zarul)
So far yang ni je yang ingat. Nanti update lagi. Eh, kenapa Zarul buat keja sikit je ni. Ciss!

December 12, 2008

Adab Memasuki Rumah Baru

Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan berpindah ke rumah baru. Kali ni sewa sorang-sorang dulu sebelum Zarul sah menjadi suami aku. Hehehe. Sebelum nak masuk rumah baru mestilah ada adab-adab yang kena kita ikuti, patuhi dan amalkan. Below ada adab memasuki rumah baru yang aku copy paste kan dari internet.

Article di ambil dari: http://soaljawab.wordpress.com/

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” - [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

وعن أبي هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam


P/s: Jemputla datang kerumah!