Showing posts with label My Dreams And They Are Made Out Of Real Things. Show all posts
Showing posts with label My Dreams And They Are Made Out Of Real Things. Show all posts

October 28, 2011

Carving a Path to Success

Semester ini adalah yang terakhir bagi tempoh pengajian maksimum saya. Sebagaimana yang tertulis di atas kertas sebegitu juga lah yang saya mahu. Rasa dah lama sangat. Walaupun saya belajar sambil bekerja, tapi tak bermakna itu boleh di jadikan alasan untuk terus lalai. Sudah-sudahla saya di takuk ini. Saya berharap sangat ini adalah semester terakhir saya mendaftarkan diri. Tak sabar rasa nak graduate bila tengok kawan-kawan lain dengan megahnya menayang gambar konvo. Hmmmphhh.. Bilala masa saya nak tiba. Pada umur 27  tahun ni rasa sangat ketinggalan. Belom ada kerja tetap, tiada simpanan tetap, tiada rumah sendiri dan macam-macam lagi.

Untuk jangka masa pendek ni saya hanya mahu menamatkan pengajian dan graduate dengan bangganya. Sementara itu berusaha memohon sana sini untuk kerja tetap. Saya tak ada kemudahan nak bersenang-senang, berlapang dada bila ada insan kecil yang mulutnya minta disuap. Dengan kesempitan sekarang, sedetik pon saya tidak pernah menyesal dengan kehadiran bintang kecil hati saya. Sesungguhnya dialah penguat saya untuk bangun berjuang. Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT kerana memberi kekuatan   kepada saya dengan hadirnya dia. Selama ini saya ingat doa saya tak pernah makbul. Tak putus-putus saya mohon Allah SWT memberi kekuatan kepada saya. Rupa-rupanya Dia dah bagi pon kekuatan itu tanpa saya sedari.

Mungkin kesusahan yang sedang saya lalui ini adalah laluan untuk kesenangan di masa hadapan. Mungkin kesusahan sekarang semasa bintang hati masih kecil supaya dia tidak ingat kepayahan yang dia perlu lalui bersama saya. Mudah-mudahan ini adalah semester terakhir saya. Harapnya tahun depan saya boleh menerima skroll sekali lagi selepas kali terakhir saya menerima skroll adalah pada tahun 2006.


 

2006

May 6, 2011

Oh My, I am Torn..

"When I see your face, there's not a thing that I would change,
Cause you're amazing, just the way you are,
And when you smile, the whole world stops and stares for a while,
Cause girl you're amazing, just the way you are."

~ Just The Way You Are, 2010


Maysa, Maysa, Maysa. Pagi tadi elok je nak angkat Maysa dari carseat, dia terus gelak-gelak dengan riangnya. Sebelum tu senyap je. Maybe dia ingat mommy dia nak dukung jalan-jalan kot. Elok je pass kat babysitter dia nangis. Waaa.. Rasa nak ambik bawak balik ja. Huhu. Skang saya dah rindu gelak dia. Haishh..

Sebulan lagi, we will celebrate our first year as husband and wife. Jadi, saya sedang menimbang tolak apa yang nak dibuat. Selalunya pompuan ni la yang beria terlebih. Lelaki ni macam tak ada perasaan. Malam tadi saya bagitau suami yang we dah 11 months together dah dan pastu dia cakap, "OK". See??Haha. Macam tak ada perasaan. Tak apa, biar saya ja fikir sebab perempuan memang suka susahkan diri ngan perkara remeh-remeh ni kan. Hehe. Oleh sebab kami skang living on the tight budget, so tak adalah bercuti merentasi lautan ke apa. Kami nak pergi Universal Studio Singapore tapi Miss M tu kecik lagi. Nanti dia merengek-rengek susah nak berjalan and membazir lak duit nanti. Dah la duit pon bukan ada. Hehe. Terfikir nak buat white room photo shoot. Tak banyak keluar duit and boleh jadi our 1st family portrait kan. Tengoklah camna.

Any idea?

January 26, 2011

Sob Sob Sob

Sepatutnya Jumaat nanti saya ngan family akan ke sini.


Tapi sebab ada si kecik dalam perut ni maknanya me kena tinggal lah. Sob sob sob. Waa... nak pergi jalan-jalan. Next trip kalau mengikut mak saya yang kuat berjalan tu adalah ke Singapore and Hatyai. Tapi lil' baby tak pandai jalan lagi and tak kan nak tinggal ja dia kan. Waa.. mengapa asyik kena tinggal saja?

Harap-harap anniversary nanti suami kata 'Jom cepat pack bag kita p cop passport'. Aminnnnn.

January 5, 2011

Kasut Boya

Baru-baru ni bertambah lagi collection kasut boya saya. Sebenarnya before this dah beli kasut yang selesa untuk ibu mengandung ni tapi akibat pengembangan kaki yang mendadak, sandal tu macam mencengkam pulak. Tengah syok-syok jalan-jalan boleh pulak nak cramp tapak kaki. Huhu. Seksanya la hai nak bershopping pon.

Sebab hari tu teman Jaja yang mai nak shopping untuk p NZ, tumit jadi sakit sangat. Kesian la kat Jaja kalau saya nak balik rumah. Jadinyasaya beli sandal baru. Hehe. Nafsu nak membeli yang kuat tu. Sebab lama sangat nak tunggu beranak so boleh beli jeans baru jadinya beli sandal lah. Kali ni p beli kat kedai boya. Beli jugak sebab tak tahan dah sakit tumit.

Ramai jugak yang kutuk kasut plastik ni tapi tak kesahlah asalkan aku bayar guna duit sendiri bukan duit orang lain kan. Hehe. Selamat datang sandal boya.

Madeira kaler Espresso/Bubblegum. Nama kaler pon sedap. Pakai lagi la sedap. Bukan tak mau beli yang imitation tu tapi sebab dah beli dah pastu tak sedap, pastu jadi kecut. Membazir ja duit.


Yang ni 2nd kasut boya. Crocband flat kaler Navy. Suami pon ada ada satu tapi yang flip punya kaler lime.

Ni kasut boya 1st saya. Prima kaler Ruby. Ada lagi. Sihat sejahtera ja dalam closet nun.

Ok. Nanti kalau ada rezeki lebih boleh beli lagi.

November 2, 2010

Ada Berani?

Saya asyik terfikir ja boleh ka nak BF anak nanti? Tambah-tambah bila dah hantar ke nursery. Fikir nanti susahkan orang pulak kan. Tapi anak saya, ikut suka saya lah kan? Hehe. Bila mak dan kakak sendiri macam tak berapa yakin, secara automatiknya kita pon macam tak berapa yakin. Nasib baik suami saya ni cukup yakin bab-bab BF ni. Penyokong utama saya lah katakan.

Lepas tu saya fikir lagi. Boleh ke nk pakai CD nanti. Ingat senang ke kan. Kalau hantar nursery tak nyusahkan sebab tukar je lah kan. Tapi nanti saya kena bagi instruction khas macam mana nak handle baby yang pakai CD ni. Maybe kena buat print schedule untuk rujukan camna nak handle CD dan EBM nanti.

Ada masa lagi saya nak fikir. Lil' baby pon lambat lagi nak keluar. Nasib baik cuti bersalin dah jadi 3 bulan. Jadinya saya boleh practice lah 3 bulan tu betul tak?

Pada yang bercita-cita tinggi macam saya, sini saya link kan rujukan BF dan CD. InshaAllah, pasti boleh sebab skang dah ramai orang mempunyai kesedaran camtu. Banyak forum-forum kita boleh rujuk dan tanya. Kelas pon dah banyak skang ni. Cuma diri kita nak buat ke tak je lah kan.

  1. Breastfeeding
  2. Cloth Diaper

Good luck mommies!!

September 29, 2010

Apa Nak Beli?

Husband and saya dah mula start survey what to buy untuk lil' baby. Bila dah ada anak sendiri macam tak tau pulak nak beli apa. Currently husband is working on the list to buy and saya jadi tukang pilih-pilih ja mana bekenan. Hehe. Tapi dengan pengawasan husband lah.

Skang macam tak tau nak beli breast pump yang mana. Kalau ikut kawan yang ada experienced ni breast pump ni ikut sesuai dengan kita ke tak. Tapi tula kan, tak kan nak p try semua yang ada. Hehe. Kalau boleh nak beli yang murah ja so dapat save nak beli stroller idaman. InshaAllah, kalu bleh nak fully breastfeed so dapat jimat beli susu. Husband suruh beli Medela Swing tapi saya still rasa macam mahal. Orang lain pakai Anakku pon ok ja. So macam dalam dilema lah kan. Tengokla 2-3 minggu ni dapat ilham apa plak. Nanti husband balik boleh survey lagi.

Untuk stroller, kami dah decided nak apa. For us mahal la jugak tapi bila fikir nanti simpan untuk adik-adik (yang satu ni pon tak keluaq lagi ada hati nak tulis adik-adik?) pulak. Lagipon, saya akan handle baby without husband kan jadinya stroller and car seat adalah menjadi sangat penting. Nanti bulan satu baru tau dapat beli ka tak. Jaja, kalau baca ni, jangan lupa k?Hehe.

Yang lain-lain tu belom fikir pon. Selama berapa bulan ni hanya fikir breastpump ngan stroller ja. Hehe. Next month lah fikir. Yang boleh recycle dari akak saya punya, saya recycle saja. Habis cerita. Jimat duit husband saya. Hehe.

Yang lain-lain if sesiapa nak sponsor sangat-sangatlah dialukan. Hehe. Ok. Tamat.

September 19, 2010

Kembali. Yeay!

Lamanya tak update apa-apa. Kesihatan tak mengizinkan. Tapi alhamdulillah dah sihat skang ni. Tak sempat nak wish selamat hari raya. So hari ni, saya, suami & lil' baby nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir & Batin. Tahun ni tak ada nak buat open house. Kalau nak buat pon kena tunggu my husband balikla yea. Hehe.

Raya tahun ni tak best sebab still tak sehat. Tak bleh nak makan banyak-banyak. Rugi sangat sebab lodeh & kuah kacang MIL sangat sedap. Huhu. Tahun pertama raya dengan suami and baby dalam perut. Tapi sayangnya tak ada lak gambar di pagi Syawal. Rugi betul. Jeles tengok yang lain ada gambar sesama. Huhu. Tahun ni pon tak sedondon ngan husband sebab dia pakai baju melayu masa nikah and me pulak pakai baju yang malam raya baru beli. Ambik ja kaler apa yang ada sebab tak larat nak jalan. So next time yea husband, when you dapat balik raya kita pakai sedondon and ambik gambar.

Sebab tak ada gambar raya so nak letak gambar yang paling saya sayang. Gambar 1st berdua. Tahun 2004. Cepat ja masa berlalu kan? Gambar ni kat Hentian Bas Putra, nak balik Terengganu dah. Masa ni slim oo. Hehe.


2004


6 tahun lepas tu dah sah jadi suami isteri. 6 tahun membela lemak dan inilah hasilnya. Gambar pon berbentuk landscape selari dengan mengembangan badan. Tak macam tahun 2004 kan. Hehe.


2010


Ok dah panjang merepek. Time to eat. Mummy & baby lapar. Hehe

April 26, 2010

Pieces

The way you can cut a rug,
Watching you is the only drug I need,
So gangster, I'm so thug,
You're the only one I'm dreaming of,
You see, I can be myself finally,
In fact, there's nothing I can't be,
I want the world to see you'll be with me.

- Save Me, San Francisco, 2009


Zarul dah balik. Balik sekejap saja. Tapi cukup buat hari dan hati sangat bahagia. Hehe. Macam tak percaya bila asyik nampak dia depan mata. Macam tak percaya bila jalan-jalan ada orang pegang tangan. Macam tak percaya yang rupanya dia dah balik. Lagi tak percaya yang tak lama lagi akan kahwin.

Bila tengok balik jalan yang pernah dilalui 6 tahun lepas, semuanya macam mimpi. Tak sangka apa yang dilalui adalah untuk membina sesuatu yang sangat manis. Sangat bersyukur yang aku mencintai orang yang sama dari dulu dan inshaAllah untuk selama-lamanya. Semua perkara yang pedih dulu sekarang dah jadi manis.

Semoga rasa dan perasaan ini akan tetap sama dan semakin bertambah. Sekarang baru aku tau kenapa bukan dia atau pon dia tetapi dia. Alhamdulillah.

Terima kasih Tuhan untuk segalanya.

March 31, 2010

9 tahun

Setelah selama 9 tahun setia menggunakan Maxis dan masih menggunakan no yang sama akhirnya minggu depan aku akan bertukar ke Celcom. Huhu. Numbernya masih sama tapi tukar provider sahaja. Rasa sedih jugaklah sebab dah biasa 9 tahun guna Maxis tetiba tukar pulak.

Esok aku akn p terminate Maxis broadband pulak. Tak berinternet lah aku lepas ni. Setakat ni broadband aku tak pernah mengecewakan la. Slow tu biasalakan tapi as long as boleh download aku ok ja. Pas ni tak bleh dah nak download Dexter. Pas ni berinternet kat opis je la. InshaAllah next week baru bleh online jika tak ada apa-apa halangan. Tak taulah camna pas dah bertukar nanti.

Aku tukar sebab celcom ada buat promotion khas untuk staf opis aku. Serendah RM288 pon dah dapat blackberry sebijik. Banyakla benefit khas untuk staf opis aku. Tapi aku tak ambik pakej yang RM288 tu. Aku ambik yang bundle punya. Kalau aku beli satu mau Zarul tetiap hari berzikir kat telinga aku nak sebijik jugak.

Memula aku macam reluctant jugakla nak beli. Pikirkan handphone Nokia aku baru setahun pakai. Pastu macam malas nak tukar-tukar provider semua. Tapi bila Zarul excited semacam siap dah bank in kan duit suruh p beli aku pon ikut je la. Huhu. InshaAllah next week sampai kat tangan. Zarul kata kira ni macam hantaran la bezanya kami pakai dulu. Hehe. Apapon, terima kasih Zarul. Weee!!




Teka mana satu aku punya. Kiri ka kanan?

March 8, 2010

Cedera

Kaki cedera. Sakitnya sampai sekarang terasa. Nasib baik bukan semangat yang cedera. Hari ini akan terus berjalan.

Berjalan tanpa henti.

90 Days For Mum

Attention to all mums and mums to be.



December 5, 2009

Diet Oh Diet

Tak habis-habis lagi ngan diet. Ntah bila la nk slim melim ni. Tadi masa tengah blog hopping aku terbaca la yang ada contest diet 99HTN. 99HTN tu adalah 99 hari tanpa nasi. Dasyat tu. Baru aku tau yang rupanya dalam dunia blogging ni siap ada lagi tu The Biggest Loser Malaysia Blogger. Aktif pulak tu. Sesungguhnya aku memang kagum dengan usaha mereka-mereka ini.


Aku bukan apa macam best lak contest 99HTN tu. Nak masuk dah cukup korum so aku diet sorang-sorang je la. Hehe. Tapi aku baru je start. Depa tu dah dekat sebulan dah kot. Skang ni aku baru 5 hari berjaya tanpa nasi. But aku still consume carbo lagi. Nasi je tak ambik. Semangat jugak aku ni. Hehe.

Kira ada lagi 94 hari lagi. Wish me luck, peeps!

November 24, 2009

Tak Sampai Hati

Tak sampainya hati aku nak jual Holga kesayangan untuk mendapatkan LC-A+. Kalau aku banyak duit mesti tak terjadinya hal ni kan. Holga aku tu baru je 2 roll guna. So far memang puas hati cuma tang film yang tak berapa puas hati. Maybe kena beli film brand lain.


Tapi tu la, kalau boleh nak pakai LC-A+ masa BIG day nanti. Tapi mana nak cari duitttttt? Tidak Holga! Tak sanggup aku menjual diri mu!


Apa lagi yang perlu dijual ek?Hehe.

November 3, 2009

Cerita 1 pagi

Frust betul tak bleh jahit bag yang sekian lama telah di plan. Pattern pon dah ada, mesin dah ada, kain dah beli tetiba bila nak jahit tak bleh plak. Mesin jahit cap ayam beli kat Tesco. T_T sedih sungguh. Bila aku semangat jadi camni lak.

Duit bukan ada nak beli mesin jahit cap Singer. Sedih, sedih. Huhu. Oh, masa nak potong kain tadi boleh pulak aku tersalah potong. Excited terlebih sampai tak bleh fikir dengan waras kot. Haha. Aktiviti malam dah jadi sia-sia.

Esok cuba lagi. Sekarang mari kita tidur. Esok perlu kerja.


p/s: Macamana aku nak buang notes yang kat Facebook tu ek. Yang akan appear entry blog aku. Macam tak suka je semua orang baca. Aku nak ngumpat pon susah. Heh!

October 12, 2009

Pakej Fotografi Hanya RM50 sahaja?

Biar betul??

Hehe. Ni la aktiviti hari ahad aku. Tak, tak. Aku bukan bukak kedai fotografi perkahwinan ke apa. Member aku mintak tolong ambik gambar untuk bunting dia kawen nanti tapi end up macam nak buat satu album lak.


Korang rasa gambar ni ok ke tak ok?




Komen pleaseeeeeeeeeee..

August 17, 2009

Malam Yang Sejuk

Tak ada kaitan tajuk dan cerita yang nak dikongsi ni. Cuma malam ni sejuk sebab hujan.

Aku ada kedai online. Aku jual baju yang aku rasa tengah in sekarang ni. Aku jugak bukan ada modal besar. Jadinya, aku selalu ada stock yang limited. Alhamdulillah, ada juga orang membeli dari kedai aku. Aku jugak sering berkunjung ke kedai-kedai online yang lain untuk buat research jualan and marketing. Dalam dok jalan-jalan ada jugak aku tengok insan yang komen-komen dengan ayat-ayat yang tidak menyenangkan dan ada yang mampu menyakitkan hati. Kenapa yea ada juga manusia macam tu. Hari ni, mungkin hari aku pula untuk senasib menerima komen yang tidak sedap nak dibaca. Sigh.. Pelik kan. Kenapa tak usulkan komen or pandangan terus pada orang sepatutnya menggunakan nama yang boleh dipanggil dan ada saluran untuk aku balas dan komen pandangan-pandangan tersebut. Takpela, if tak suka tak payah lah datang lagi kan?


Kawan-kawan ramai yang nak kawen. Bila dengar je tarikh yang dah dekat aku pulak yang seram sejuk. Sempat ke nak tempah semua, nak buat macam-macam lagi. Mungkin mereka superwomen. So relax je la kan. Hehe. Simple. Tu je yang aku nak untuk majlis aku. Dalam kepala otak dah fikir nak macam ni, nak macam tu. Tapi kita merancang yang tentukan Dia je. Macam aku dah plan nak ambik seorang yang talented ni untuk jadi photographer majlis aku nanti. Tapi semakin lama aku tengok, semakin tak sesuai dengan jiwa aku. Terlalu banyak editing sampai hilang rasa cinta bila tengok gambar kawen. Disitu, terkubur plan yang dirancang. Dah elok-elok boleh strike photographer dari list yang perlu dibuat, terpaksa search lagi. Hari ni, dah jumpa yang sesuai dengan jiwa aku. Bagi aku, gambar kawen tak sesuai pose-pose gembira yang dibuat-buat. Lebih terasa bila moment yang dicapture tu sampai tua pon bila tengok akan rasa cinta. Yela, lain orang lain definisi cantiknya. Cukuplah aku tau apa yang aku nak. Bila tengok, rasa darah mula berlumba-lumba naik ke muka. Terasa bulu roma menegak. Hati terusik. Cinta yang rasa macam tak boleh nak tahan. Aku nak macam tu. Aku nak warna yang klasik dan hitam putih. Eh, macam tak simple pulak yea?Hehe.


Salahkan cuaca yang selesa. Ntah apa aku membebel.

July 19, 2009

Wishlist ka?

Ntah apa aku nak post. Menyampah sebenarnya tengok gambar sendiri. Kenapa la perlu aku upload. Huhu.


Birthday aku tak lama lagi. Sehingga hari ni aku nak running shoes ngan mini laptop. Kasut yang aku ada skang tak sesuai untuk running. Hari tu ada apek tegur kasut aku masa tengah jogging. Patutla asyik sakit lutut ja. Pasni baru la semangat sikit nak jogging.


Mini laptop lak sebab senang sikit aku nak bawak kemana-mana. Tak lama lagi nak dapat komputer baru kat opis so sesuaila kalau beli mini laptop. Takla semak sangat meja aku. Laptop skang boleh bagi ayah aku. Baru survey-survey untuk dipertimbangkan. Kena tengok poket dulu la.


Pada yang membaca blog aku sila lah melawat blog shop aku. InsyaAllah, 2-3 hari lagi aku upload lagi stok baru. Jangan lupa mai kedai aku ok.


UPDATED! (20/07/09)

Sapa kata wishlist aku tak habis lagi? Muahaha. (kali ni mesti Ijan dapat beli kat aku. PTD kan kayaaa.. haha)


Tinggal satu je lagi nak complete Twilight Saga aku iaitu Breaking Dawn. Saja tak mau beli sebab nak orang lain belikan. Hehe. Bila birthday ni la hari yang baikkkk sekali untuk meminta-minta. If sesapa nak terus post kat aku untuk buat surprise jangan lupa mintak alamat kat aku. Hehe.


Selain Breaking Dawn yang aku memang nak sangat, ada jugak bebarapa buku yang termasuk dalam wishlist aku. Bukanla memang nak masa birthday, tapi memang nak tapi tak beli-beli lagi. Mana tau masa birthday dapat. Hehe.

June 7, 2009

Parti Kah?

Oleh sebab sambutan hari lahir ke tuuutttt (bajet rahsia macam dah tua) akan menjelma tak lama lagi, makanya aku berura-ura nak membuat sambutan hari lahir la kekonon. Tua bangka baru nak selebret-selebret ni. Lagipon aku tak buat lagi house warming kan. So, saja la nak buat makan-makan (selain nak hadiah). Mula-mula tak rasa pon nak buat. Tapi sebab tadi aku p supermarket feberet iaitu Amcorp Mall, pastu jumpa lak dengan si tak-sampai-hati-nak-makan-sebab-kiut-tapi-bila-makan-sampai-menjilat-lidi ni. Serius kiut dan sedap. Rasanya macam choki-choki.



Kan aku dah kata Amcorp Mall feberet aku sebab banyak benda kiut and ada kedai buku murah gila N1H1. Oh dan baju tidur 2 helai RM 10.


Berbalik kepada cerita asal. Oleh sebab pertunangan dan pernikahan ku itu di tuuuuuutkan. Muahaha. Bajet rahsia. So, yang terdekat sekali adalah besday aku, so aku macam teringin (teringin saja) nak bagi kat orang. Tu yang tetiba nak buat besday party. So, nanti sorang satu dapat and aku pon dapat hadiah. Haha. hadiah nak lebih dari RM50. Hehe.


Jadi, marilah kita sama-sama berdoa aku ada duit lebih perbelanjaan (Pendapatan - SIMPANAN = Perbelanjaan) untuk mengadakan besday party & house warming sekaligus. Bolehla korang dapat makan tak-sampai-hati-nak-makan-sebab-kiut-tapi-bila-makan-sampai-menjilat-lidi.



So, ada sesapa yang volunteer nak jadi besday partaaaayyyyyy planner aku? Hehe. Oh, kalau ada sesapa nak buat MLM ka, jual tudung ekin ka, kain ela ka masa berlangsungnya partayyy boleh hubungi aku untuk tempahan tapak jualan.

April 5, 2009

Our 1st Crocs

Sebelum ni memang nak beli Crocs sebab macam semua orang ada Crocs kan. Tapi sebab memikirkan berbaloi atau tidak terus tak beli-beli until semalam. Kebetulan di Crocs Ikano ada sale, jadi boleh la beli. Sebelum ni memang target nak beli Olivia tapi tak ada size and warna yang nak, hajat pon tak kesampaian. Mungkin the next Crocs kalau ada rezeki. Dan mungkin sebab sale, banyak model and size yang tak ada. Memandangkan kaki aku bersize sampan, mengambil kira size, warna dan modelnya maka aku memilih Prima.

Put some twinkle in your toes!!
Zarul pon ada masalah yang sama dengan aku. Tapi bukan masalah kaki bersaiz sampan. Masalah banyak yang dah habis. Dia nak Venture tapi tak ada so beli Hi Cruiser.

Pada yang nak beli Crocs beli la bila sale jadi tak la mahal sangat tapi yang tak bestnya pilihan akan jadi sangat terhad. Pada yang nak beli tapi tak ada outlet Crocs kat tempat kediaman boleh beli on-line kat web Crocs dan beberapa blog yang ada jual dengan harga yang murah. Sila lah google. Hehe.

January 31, 2009

Life Goes On

Kenangan manis ketika di Langkawi

Hari ni aku telah mendapat pengganti kasut yang selalu aku pakai berjalan-jalan. Oleh sebab aku keliru terhadap kasut ini maka terpaksa cari kasut yang murah sikit dan tahan lama. Kasut ni dah selalu sangat anta repair. Oleh sebab bila hujan ja mesti kaki aku banjir sekali maka aku terpaksa (Sila baca: Terpaksa) beli kasut baru. Harganya sangat berpatutan. Di lain kali aku perkenalkan.

Oleh sebab banyak sangat kenangan ngan kasut tersebut maka agak sedih sedikit hari ni. Kasut tu aku tak simpan, terus masuk tong sampah. Tapi sebab aku tak sanggup nak buang terpaksa meminta tolong abang perkasa lagi berhati tabah untuk buangkan. Haha.

Aku tuju lagu ni khas untuk kasut yang dah aku buang dan yang tak sempat ada nama timbangan.


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Mymp lyrics - Especially For You lyrics