Showing posts with label My Trip To Bliss. Show all posts
Showing posts with label My Trip To Bliss. Show all posts

September 19, 2010

Gambar Hari Tu

Album kenduri dah dapat hari tu. Tapi masa dapat dalam keadaan sakit so buat tak tau je lah. Kata orang yang buat album tu if tak puas hati boleh bagitau. Memanglah ada yang tak puas hati tapi pikir tak sihat malas lak nak komen-komen. Terima ngan redha je la. Yang tak bestnya soft copy gambar semua dapat yang dah edit. Yang raw tak bagi plak. Alahai...takpala yea. Dah selamat pon semua. Gambar outdoor ada yang tak dapat. Tak ada masa lagi nak tanya.

Letak sikitla yea buat yang tak dapat datang hari tu.


July 2, 2010

Cerita Hand-Bouquet

Sebelum-sebelum ni kan aku ada cerita nk buat hand bouquet sendiri. Alhamdulillah berjaya jugak aku buat walaupun bentuknya tak bulat. Huhu. Ntah hapa-hapa ntah aku buat. Dah la bunga tak berapa elok. Aku pasrah je la. Dari emo-emo tak tentu pasal.

Pagi nikah tu aku bangun awal-awal sebab nak buat hand bouquet ni la. Punya la payah. Aku tiru sebijik cara-cara video tu ajaq. Tapi hampeh ja aku buat. Dalam video bukan main senang orang tu buat. Bila time aku buat seksanya. Seksanya sebab nak bagi shape tu bulat elok ja. Last-last aku buat je la. Walaupun tak bulat, aku pasrah ja. Hehe.

Kalau sesapa yang nak buat sendiri tu pastikan anda dah cuba and praktis dulu sebelom buat. Kalau tangan yang dah sedia kreatif tu tak pa la. Kalau tangan macam aku ni mau nak menangis buat. Ni aku boh gambaq bunga yang dah siap.Huhu.


Amacam? Ok tak. Kalau tengok kat gambaq tu memang sah-sahla dok nampak bunga yang tak berapa elok. Huhu. Benda dah lepas kan. Tapi untuk yang akan kahwin tu, sila praktis dahulu yea. Hehe. Kalau banyak duit, suruh ja florist buat. Habis cerita.

Ok. Selamat membuat persiapan bagi yang nak kawen tu. Kawen tu best, so tak pa stress skang sebab nanti berbaloi-baloi. Hehe.

.

May 29, 2010

Hand Tied Bouquet

Wedding bouquet yang aku nak tu namanya hand tied bouquet. Akhirnya dah jumpa satu kedai bunga fresh flower kat Parit Buntar ni. Kedai tu namanya Kawan-Ku. Kedai tu roundabout jam kat pekan lama. Ada la 2-3 kedai fresh flower yang lain tapi kedai tu ja yang ada red rose.

Sedihnya harga bunganya memang mahal kalau nak compare kat KL. Kalau kat KL beli bundle dalam 20 kuntum dapat RM15 camtu ja. Yang aku beli ni harganya double. Huhu. Aku beli and balik nanti nak buat sendiri. If nak suruh florist tu buat kena tambah harga lagi and aku rasa serius membazir. Dahla harga bunga dah mahal. Ish..ish..

Harap-harap nanti menjadila hand tied bouquet aku ni. Nampak senang ja nak buat. Tapi kalau tangan kayu macam aku ni apa pon buat tak jadi. Pada sesiapa yang nak buat jugak ni aku letak video yang aku googled. Sama-samala kita belajar yea. Huhu.


How to Make a Hand Tied Bouquet -- powered by eHow.com

May 27, 2010

Untitled

Tak lama lagi nak melalui fasa hidup yang baru. Fasa yang memerlukan physically and mentally berada di dalam keadaan yang sedia dan baik. Tanggungjawab yang perlu digalas dan a very fine line yang perlu dicari bagi mewujudkan satu keserasian.

Apa yang aku harapkan adalah kebahagian yang tidak putus, cinta dan kepercayaan yang semakin menebal dan keimanan padaNya yang tidak pernah surut.

May 18, 2010

Wedding Bouquet

Sekarang tengah mencari-cari idea untuk memilih hand bouquet untuk nikah nanti. Kat Parit Buntaq ni susah sangat nak cari kedai bunga segaq ni. Kalau aku tak jumpa jugak maybe kena mintak tolong Zam buatkan. Untuk nikah kalau boleh nak bunga rose kaler merah.

Agak-agak if order bunga online ok ke? Adala macam Petalbees yang boleh deliver hari yang sama. Tapi tak tau la ok ke tak. Bunga-bunga ni tak reti sangat. Ada sesapa yang bleh share pasal bunga tak?

Ni antara yang aku suka.

Yang ni ada letak manik-manik merah. Nampak macam lain skit.



Yang ni suka sangat sebab a mixture of banyak jenis bunga. Barulah meriah. Hehe


Ni pon ok sebab dark red.

Nanti nak buat ala-ala camtu je la. Stalk yang panjang pastu tied dengan kain ka reben ka. Masalah skang adalah dimana ingin ku cari kedai bunga di Parit Buntaq?? T_T


Sumber Gambar: Google. Link tarak. Lupa mau letak.

May 15, 2010

Wishlist?

Dah lama tak update pasal buku. Tahun ni memang slow sangat-sangat progress membaca aku. Sejak better half dah pindah jauh tak ada teman nak membeli buku. Selalunya akan beli kat BookXcess. Walaupun skang BookXcess dah beli secara online, tapi still nak p sana sebab skang dah renovate so kedai dia spacious compared to last year.

Kira termasuk dalam wishlist jugaklah untuk beli buku kat BookXcess. Skang nak buat wedding wish list la pulak. Walaupun tau yang tak ada orang pon kesah, but still nak buat hugak. Hehe.

List hadiah yang aku nak. (kalau ada yang sudi nak bagi. hehe)
  1. Rice cooker
  2. Blender
  3. Waffle maker
  4. Lesung batu
  5. Voucher IKEA
  6. Microwave
  7. Kipas berdiri
  8. Kipas duduk
  9. Voucher BookXcess
  10. Periok Besar
  11. Comforter set
  12. Bantal
  13. Pinggan-mangkuk
  14. Water heater
  15. Vacuum
  16. Air conditioner

Tu je la yang teringat. Nanti if ada yang nak, aku masukkan lah. Huhu.

May 13, 2010

Raikan Cinta.


Saya menjemput semua ke majlis resepsi saya pada hari Ahad, 6 Jun 2010.


May 6, 2010

29

Alhamdulillah berjaya jugak beli kasut untuk hantaran before Zarul balik Miri. Memula malas dah nak cari tapi Zarul paksa jugak untuk p beli before dia balik. So far sangat suka kasut tu. Bukan dapat sepasang tapi dapat lagi sepasang lak. Hehe. Tu pon setelah asyik mengadu kasut crocs yang selalu aku pakai tu tapak dia dah haus.

Cakap pasal crocs ni aku dulu ada gak beli kasut crocs tiruan ni tapi kualiti hampeh. Design memanglah sama tapi memang tak berbaloi lah. Kasut yang aku beli tu makin lama makin mengecut. Baru beli tak sampai sebulan dah tak bleh pakai. Kasut crocs ori jugak yang terbaik. Biaqla bayaq mahai untuk orang kata kasut plastik tapi sangat selesa. Dah setahun lebih dah pakai still elok lagi. Cuma tapak je yang sedikit haus akibat penggunaan yang extreme. Sangat happy dapat 2 kasut sekali.

Crocs baru aku. Yippieee!


Dah masuk bab lain dah tu. Mari teruskan dengan perkara-perkara kawen ni. So far semua hantaran yang nak beli semua dah setel. Just tinggal makanan je lah lagi. Bekas hantaran maybe siap weekend ni dan aku pon tak sure lagi nak balik kampung ke tak weekend ni. Untuk hiasan aku buat sendiri lah. Walaupun aku tau tangan aku ni tak berseni tapi belasah je lah. Huhu.

Tu je lah kot setakat ni. Banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat lak apa kebendannya. Oh, lupa. Aku masih mencari payung lace untuk disewa. Sesapa tau mana nak cari/sewa/beli tolonglah bagitau aku. Huhu.

May 5, 2010

One Moon

Dear better half,

Sebulan ja lagi.
Oh, oh.. really can't wait till I'm officially yours.
Kita jumpa lagi 3 minggu ok?


Hugs & Kisses,
Your better half. : )

May 3, 2010

32

Banyak lagi yang kena buat. Semalam hunting untuk kasut tapi hampa. Huhu. Aku tak fussy tapi tak tau la. Semua tak bekenan kat hati. Sebenarnya sayang duit. Walaupun bukan aku yang kena keluarkan duit tapi masih rasa membazir. Ada bekenan flats kat Charles&Keith tapi ntahla, flats kat Guess tapi dah tak ada saiz, wedges kat Clarks tapi mahal kesian kat Zarul. Nak kasut kat Crocs tapi gila kah hantaran letak Crocs. Confirm mak aku berleter.

Tak reti la nak beli kasut untuk hantaran ni. Nak yang selesa dan boleh pakai selalu. Tak mau heels sebab nanti dok jadi hiasan ja kat rumah. Kena buat keputusan dengan segera. Sangat tertekan. Huhu. Camna hangpa pilih kasut buat hantaran?Belasah je ka? kang jadi macam kes handbag jugak. Skang bila p cari kasut asyik ternampak handbag ja. Adakah ni namanya rambang mata?

Dah setel baju belah Zarul. Ingatka theme kuning rupanya gold. Selamat. Yang belah zarul aku ikut ja apa yang depa nak. Asalkan kahwin dah la kan. Hehe. Begitu sopan aku memilih baju. Kalu belah aku bukan main memilih lagi. Siap lawan-lawan cakap ngan mak aku. Huhu. Mak..mak..

Apa lagi ni. Apa lagi tak setel?

  • Kad - belom print
  • Rubber stamp - Aus, cepat sikit bleh. Kang aku bertukar jadi bridezilla kang.
  • Payung lace -Mana nak cari ni..
  • Kipas bulu -Kutip bulu aku jadikan kipas boleh ka?
  • Tepon amoi bunga suruh buat macam idaman hati - contoh belom cari
  • Corset & girdle - Ntah mana yang best nak cari. Apa brand bagus??
  • Tag thank you - ok mak nak kaler pink yang paling menyerlah sekali
  • Burn lagu - ok belom jugak. Grrrr..
  • Cover cd - belom la..belommmm
  • DJ - Perlu kah? perluuuuuuu.. kata mak.
  • Decorator hantaran - Dem yu tangan tak berseni. Buat sendiri la.
  • Contact lens - Perghhh.. kenapaaaaa??
  • Kasut kenduri belah Zarul - Kenapa la akak tu tak bagi kasut sekali. Menyusahkan aku lak nak kena beli.
Tu ja yang ingat. Adoii la banyak yang kena buat. Takpa, takpa. Buat dengan tenang.

April 30, 2010

35

I wanna make you smile,
Whenever you're sad,
Carry you around when your arthritis is bad,
All i wanna do, is grow old with you.

- The Wedding Singer Volume 2, 1998



Lagi 35 hari. Cepatnya masa berlalu. Kadang terasa panik tapi most of the time excited ja lebih. Alhamdulillah, so far dah banyak yang dah nak selesai. Semalam Zarul balik ngan aku untuk setel belah sana. Untuk baju sanding, masih dalam proses siap. Masa aku p tengah jahit manik lagi. Nanti seminggu sebelum majlis kena p final fitting. Baju nikah pon aku hantar kat dia sebab masa aku nak p tengok baju sanding tu aku ternampak design kain yang aku memang nak. Tapi aku takut kain tak cukup je la.

Kad kahwin untuk jiran & sedara dah siap semua. Tinggal kad kahwin untuk member-member ja yang belom setel. InshaAllah petang ni nak p antaq kat printer. Langsir pon dah beli tinggal mak nak jahit ja lagi. Hantaran masih ada yang tak cukup lagi. Tapi maybe bagi makanan ja untuk jimat. Huhu.

Tudung nikah pon dah tempah, bag kertas semua dah beli pastu weekend ni balik umah Zarul pulak untuk fitting baju belah sana. Bekas hantaran inshaAllah next week baru siap. Cincin pon dah selamat beli. Simple dan murah saja. Huhu. Tak dak pon solitaire ka apa. A very simple wedding band.

Tu je lah yang aku ingat. Apapon, minggu ni sangat bahagia. Sangat-sangat excited sebab Zarul ada. Lagi dekat nak kahwin, lagi rasa cinta. Harap-harap lepas kahwin pon macam ni lah.


April 19, 2010

Tak Lama Lagi

47 hari lagi.

Akan jadi isteri pada Zarul. Semoga dipermudahkan jalan,selesai dengan selamat.Banyak lagi tak setel ni. Tunggu Zarul balik 7 hari lagi. Hehehe..

Tak sabarnya.

March 19, 2010

78

Satu hal dah setel. Dah siap tempah kad kahwin Syukur, jumpa jugak kad budget. Kad kahwin aku harganya 22sen sahaja. Jimat banyak di situ. Di saat-saat akhir ni memang duit sangat-sangat kritikal. Memang kena betul-betul under budget. Setakat hari ni untuk rekod aku, duit mak ayah keluarkan untuk aku kahwin = RM0.

Untuk member aku buat spesel skitlah. Tak buat sendiri macam aku bagitau dulu. Dulu cita-cita tinggi. Tak sedar kerja seharian macam separuh gila. Bertuahnya, aku ada member yang terer design ni. So, aku suruh ja dia buat and if harganya dibawah budget aku proceed. Kalau tak, korang semua dapat yang 22sen tu. Yang tu pon cun ok. Kaler pink kad aku. Jangan main-main. Mak aku punya pilihan tu.

Skang aku berhempas pulas nak buat map. Aku rasa map Zarul macam tak muat ja kad tu. Kad 22sen kan ala-ala boleh lipat masuk dalam wallet so pepaham la kang map tu besaq mana. Esok dah nak balik KL dah so nak tak nak memang kena buat gak. Penat bergaduh ngan ayah aku. Ada ka dia lukis map kacang gila. Aku tau mesti hangpa sesat punyala. Last-last dia suruh aku buat. Tula anak derhaka. Hehehe. Derhaka-derhaka pon, 2 minggu lagi aku nak bawak mak ayah aku terbang. Kaya kan aku? Makan megi tetiap hari memang la kaya. T_T

Kad dah tempah. Yeyeye!

March 17, 2010

How to draw a map?

Sebelum ni aku macam kecoh-kecoh suruh Zarul bagi siapkan map untuk buat kad kawin. Tetiap hari ingatkan. Padahal aku apa pon tak buat. Tapi sebab fikir mesti ayah aku akan buatkan so aku macam relax je la. Hari ni, Zarul bagitau dah siap map dan dah send kat emel aku. Dia kata dia buat dalam excel. Aku pon macam pelik la siap nak buat dalam excel bagai ni kenapa. Tulis je la atas kertas then faks je kat aku. So, pas dah bukak emel semua, camni rupanya map si Zarul.


Ambik hang Mas. Gila buta excel aku ni. Serius aku macam apakah? Aku kalau excel ni memang buta gila. Oh, bleh buat map kat excel rupanya. Jadinya skang aku pon kena buat map. Tapi sebab aku ni buta nak buat map boleh pulak aku google: How to draw a map. Apa gila aku ni?

So pada yang dah kawen or akan kawen, korang buat map camna? Tulis atas kertas je eh?

March 16, 2010

81

Alhamdulillah. Zarul dah beli flight tix & hotel. Ingat ka nak beli next week. Tengok-tengok dia beli hari ni. Hehe. Terima kasih Zarul! Lalala..

Cepatlah masa berlalu!

MATTA Fair & Pameran Pengantin

Last Saturday aku, Huna & Ecah berhimpit-himpit ke PWTC. Oleh sebab banyak events yang run skali maka memang ramailah manusia kat sana. Target aku nak tengok kad kahwin and pakej honeymoon je. Aku takla beria-ria survey sebab ramai orang and sungguh tak selesa untuk bertanya-tanya.

Kami ke pameran pengantin dulu. Ramai orang tapi takla behimpit sangat. Senang jugak nak tanya-tanya tapi ada jugak yang macam tak nak layan kami tapi bukan ada orang pon kat booth dia masa tu. Ada booth kad kawin yang semua kadnya cute-cute tapi ramai orang dan tak boleh langsung nak tanya-tanya. Pastu ada yang aku dah bekenan, orang yang jaga booth pulak boleh berehat. Ish..ish.. Jadinya, objektif pertama tidak tercapai.

Next ke MATTA fair. Oh, tempat ni sangatla ramai. Nak tanya pon macam tak ada mood. Dengan bisingnya, dengan berhimpit-himpit lagi. Kali ni banyak ja aku tengok promotion untuk Singapore. Tapi tak tanya pon just baca-baca kertas yang depa bagi ja. Ramai nak p Singapore rupanya. Maybe sebab ada Universal Studio pastu Disneyland pon dah nak siap kan. Lagi sekali objektif kedua tak tercapai. Banyak yang offer ground arrangement. Malas lak nak buat keja 2-3 kali. Nantilah sampai sana arrange sendiri mana nak p.

Next month baru nak p tempah kad kahwin. Susah rupanya nak cari kad kahwin lawa harga below 30sen. Hehe. Kad kahwin aku nak cari semurah yang boleh. Tak lawa pon tak pala asalkan murah. Duit yang ada boleh spend untuk honeymoon. Hehe. Harap-harap, aku dapat cari yang di bawah budget.

Zarul and aku skang in the middle nak finalize hotel. Dah pilih hotel mana yang baik dan menepati budget. Terima kasih sangat-sangat kat Trip Advisor and AirAsia Go. InshaAllah, by next week dah booking tickets & hotel. Sangat excited dan tak sabar. Hehe.


Habis.

March 9, 2010

Tolong! Tolong!

Frust weh. Lewat beberapa jam ja. Hari ni ntah kenapa Maybank2u kat opis macam bengong-bengong lak. Last-last melepas dah.

Actually aku tengah cari sesiapa yang nak sewa kan payung lace & kipas bulu-bulu. Butik pengantin yang aku ambik tu memang dia bagi payung & kipas tapi tak menarik kat mata aku. Nasib baik aku tanya kalau tak jadi kes masa kenduri akak aku. Theme kaler purple, payung kaler kuning. Kontra gila.

Sebabkan pak andam tu pon tak ada inisiatif nak belikan payung yang aku nak, so terpaksala aku cari sendiri. Nak beli rasa rugi sebab mahal. Sekaki payung RM50 lebih. Kalau 2 dah serat lebih. Tengah dok cari-cari jumpa la si Anil ni yang nak sewakan payung & kipas. Tapi tula, aku terlambat bank in deposit.

Mintak tolong sesiapa yang tau ada orang nak sewakan payung lace and kipas bulu ni tolong bagitau aku eh.


Payung lace


Kipas bulu

Gambar: Anil


March 5, 2010

101

I hope we always feel this way
I know we will
and in my heart I know that
you'll always stay




~ Breakthrough, 2009

February 20, 2010

Projek Jimat Enam Enam : #1 Bekas Telur

Ni la yang telah mengisi masa lapang aku skang. Sebab dah berjaya buat lebih dari dua so aku up la sini. Hehe. Pada yang tangan seni aku rasa kacang goreng je nak buat benda ni. Pada tangan yang tak berapa nak seni macam aku ni memang kena sabar sikitla. Memaki diri sendiri pada percubaan pertama tu biasala kan. Hehe.

Untuk yang nak mencuba, aku guna kertas 120gm. Rasanya sedang elok tebal kertas tu. If lembut sangat memang lagi ntah hapa-hapa la kan. Size tu aku buat untuk telur ayam gred C. Lebar setiap jalur kertas tu aku buat dalam 0.7-0.8 cm. Sememangnya sangat jimat. Tapi kena guna tenaga lebih sikit la. Tak dak tutorial ek. Buat ja macam nak anyam tikar masa pendidikan seni dulu tu. Tak kan tak ingat kotttt. Hehe

Target 100 untuk marhaban & tahlil. Tapi mak aku kata nak bagi untuk semua orang. Ni kiraan semua orang mak aku.

Kad : 1200
Tetamu: 2400 (1200 x 2)

Tudiaaaaa.. Sapa nak buat tu weh??

February 18, 2010

Broken & Happy

Semalam aku telah berjaya buat 2 ketul bekas telur. 98 ketul lagi nak kena buat. Penat menganyam ok. Haha. Rupanya aku ni inovatif & kreatif. Kira bakat terpendam yang baru dicungkil semalam lah ni. Masa nak buat yang 1st tu aku dah nak start give up dah. Dah mula maki-maki diri sendiri yang tak berduit ni. Kalau kaya semua aku order ja. Ambik yang paling mahai. Hehe. Tapi oleh kerana bakat terpendam tu siap jugaklah 2 biji. Lepas dah siap aku bermalas-malasan dengan muka bangga. Padahal ada lagi 98 ketul. Aku rasa aku tidoq senyum kot semalam. Haha. Walaupun aku tau nanti ke tong sampah jugak bekas telur tu tapi memikirkan yang kos yang gila murah, aku buat jugakla.

Nanti aku upload sini la. Baru 2 ketul malula aku nak ambik gambaq. Kang 2 ketul ja sampai aku kahwin camna? Haha. Sebabkan bakat DIY yang baru aku ketahui semalam tu, hari ni aku tengah pikir-pikir untuk door gift pulak. Aku buat sama macam aku tunang hari tu tapi tag thank you yang meriah sikitlah. Yang penting jimat. Gambar door gift masa tunang tu tak dak sebab photographer aku tak ambik. Ini salah satu pengajaran lah dalam nak ambik photographer ni. Kadang-kadang dia miss out apa yang bagi kita sangat penting, Macam door gift cun aku tu. Next time aku nak bagitau apa yang dia MESTI ambik dan apa yang aku TAK SUKA. Eh, masuk bab lain dah ni. Nantila aku cerita pasal photographer lak.

Oklah, chow.