Semalam aku telah berjaya buat 2 ketul bekas telur. 98 ketul lagi nak kena buat. Penat menganyam ok. Haha. Rupanya aku ni inovatif & kreatif. Kira bakat terpendam yang baru dicungkil semalam lah ni. Masa nak buat yang 1st tu aku dah nak start give up dah. Dah mula maki-maki diri sendiri yang tak berduit ni. Kalau kaya semua aku order ja. Ambik yang paling mahai. Hehe. Tapi oleh kerana bakat terpendam tu siap jugaklah 2 biji. Lepas dah siap aku bermalas-malasan dengan muka bangga. Padahal ada lagi 98 ketul. Aku rasa aku tidoq senyum kot semalam. Haha. Walaupun aku tau nanti ke tong sampah jugak bekas telur tu tapi memikirkan yang kos yang gila murah, aku buat jugakla.
Nanti aku upload sini la. Baru 2 ketul malula aku nak ambik gambaq. Kang 2 ketul ja sampai aku kahwin camna? Haha. Sebabkan bakat DIY yang baru aku ketahui semalam tu, hari ni aku tengah pikir-pikir untuk door gift pulak. Aku buat sama macam aku tunang hari tu tapi tag thank you yang meriah sikitlah. Yang penting jimat. Gambar door gift masa tunang tu tak dak sebab photographer aku tak ambik. Ini salah satu pengajaran lah dalam nak ambik photographer ni. Kadang-kadang dia miss out apa yang bagi kita sangat penting, Macam door gift cun aku tu. Next time aku nak bagitau apa yang dia MESTI ambik dan apa yang aku TAK SUKA. Eh, masuk bab lain dah ni. Nantila aku cerita pasal photographer lak.
Oklah, chow.
No comments:
Post a Comment