Showing posts with label Do You Smell What The Rock Is Cooking?. Show all posts
Showing posts with label Do You Smell What The Rock Is Cooking?. Show all posts

April 25, 2012

Weekly Favourite: Old Pictures

Ohoiii..lamanya tak update. Penyakit M datang menyerang. No remedies, only time heals. Haha. Yelah tu. My most favourite photo online editor dah pon officially closed. Sob sob sob. Tak seronok. Now saya guna pixlr-o-matic. Walaupon tak sebest picnik tapi ok la sebab ala-ala instagram jugak effectnya.



Ok bukan nak cerita pasal ni. Tadi godek-godek folder gambar yang dah transfer dari handset banyak gambar-gambar yang memberi banyak memori. So sebab dah lama tak update blog, mari la kita share kosong kat sini yea.

I miss cooking untuk suami tersayang. Walaupun selalunya last-last suami yang akan sambung saya masak tapi seronok. Lagi seronok bila masak sama-sama. Seronok sebab saya ada my own naked chef in kitchen. Aauuuwwwwww! We both memang sangatla amatur tapi alhamdulillah bila masak dengan kasih-sayang semua pon jadi sedap.

 


Ni la gambar-gambar yang ada aktiviti memasak. Saya tak la pemasak tegar yang buat resepi gempak-gempak. Semua pon simple-simple macam resepi orang bujang. Nama makanan adalah seperti berikut. Nama je la mampu. Resepi bagai tak adalah yea sebab saya pon masak ikut resepi. Hehe.

  1. Telur goreng sambal, sayur bendi goreng dengan tak ada nama sebab ni Hara yang ajar saya masak. Ada tempe, kentang, ikan bilis, suun dan daun apa ntah bersama kicap manis. Terbaikkkk!
  2. Ni signature dish suami tersayang. Burger spesel penuh kasih sayang. Menjilat jari. Slurppp!
  3. Nasi goreng bodo dan french fries jee.
  4. Kari ayam dan ikan bilis dan bawang goreng.
  5. Sayur terung masak sambal dengan ikan bilis. Sedapnya.
  6. Ayam masak merah paling sedap di dunia oleh suami tersayang dan nasi tomato tak berapa jadi oleh saya.
  7. Nasi goreng cina, sardin, begedil dan buah naga.
  8. Ayam masak merah, sayur kacang buncis goreng, begedil siap ada alas roti xpired bagai dan telur.
  9. Nasi goreng bodo, french fries, nugget dan sosej.
  10. Berpiknik sambil makan nasi paprik terbaiikkk!

Ok tu je. Tak ada pon kari kepala ikan ke, ayam masak butter ke apa ke. Sedapnyaaaaa. Tunggu dapat suami balik for good nanti blehla main masak-masak lagi. Kan daddy? Bila saya masak si kecik buat apa? duduk kat rocker tengok mummy dia je. Maysa kan peminat kipas susah mati saya. Mummy mesti in her sight kalau tak memang nangis je la. Tekun je tunggu mummy. Dulu kecik ok la. Now tak boleh langsung. Makin besar makin nak melekat. Huhu.


Ok. Dah panjang dah tulis. Rasa nak makan kari lak lunch ni. Jadi, ke cafe kita segera la jawabnya. Byeee!

January 19, 2012

Durian Musang King


Nyummmm..sambil tulis ni pon asyik terbayang lagi kesedapannya. Sedap sungguh. Terima kasih kat suami sanggup belikan musang king sebijik untuk saya. Hehe. Setiap kali pergi pasar malam asyik teringin je nak beli musang king. Nak beli sendiri tak mampu so belilah durian kampung yang biasa ja tu. Bila suami tersayang balik, dapatlah saya makan. Hehe. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Nak lagi yea nanti. Hehe.


Actually tak tau pon pasal musang king ni. Main beli je. Agaknya betul la kan sebab rasanya sedap sangat, creamy pastu isinya lembut je, bijik pulak alahai kecik je ha. Kiranya memang berbaloi lah dengan harganya. Harganya pon saya tak tahu mahal ke murah. Masa saya beli RM18/kg.


Maysa pon suka sangat. Sampai panjat badan saya la nak lagi. Sekarang Maysa pon dah jadi macam saya, gila durian. Hehe. Yea lah kan dah ic pon 08, sah-sahla sama macam mummy peminat durian tegar. Next time daddy Maysa balik, kita makan lagi musang king ni yea. Nyummmmmm!

November 1, 2011

Maysa's Food Journey



Tak lama lagi Maysa dah nak masuk 8 bulan. Cepatnya masa berlalu. 2 bulan dah Maysa makan solid food.  Dengan Maysa ni memangla susah nak bagi dia makan. Kecik-kecik dah picky eater. Tu tak mau, yang ni tak mau. Kalau kena ngan selera happy la makan. Tersengih-sengih. Tak sempat suap mulut dah nak ke mangkuk. Kalau tak kena gaya memang tak nak bukak mulut. Sampai kena bersilat nak paksa dia makan. Huhu.

Dulu penat mummy bangun pagi-pagi masak bekal bubur nasi untuk ke nursery tapi Maysa tak nak makan. Siap luah balik. Last-last bila ke nursery mummy terpaksa bekalkan nestum cerelac ngan biskut milna. Yang 2 tu ja dia nak makan bila kat nursery. Yang mummy pelik tu bila dengan mummy nak pulak makan nasi. Huhu. Nanti mummy try lagi bagi bekal kat nursery bubur yea.

Sekarang ni list makanan yang Maysa makan taklah banyak sangat sebab anak kesayangan saya tu ada allergy kat susu lembu. Tu yang takut if ada allergy kat makanan lain. Takut tersilap bagi makan kesian dia naik merah-merah 1 badan. Berdebar-debar nak bagi ayam. Dok tunggu bila lah the right time nak bagi dia ayam. Huhu.



Kalau ikut list dari Wholesomebabyfood ni Maysa dah makan nasi, epal, banana, sweet potatoes, carrots, broccoli, papaya dan ikan bilis ja. Kat rumah dah buat puree kurma cuma tak try lagi. Ingat dinner nanti nak bagi dia makan. Banyak lagi jenis food yang mummy tak introduce kat Maysa. Slow-slow dulu la yea. Huhu. So far Maysa suka sangat makan puree epal, bubur nasi + epal dan bubur nasi + kentang + ikan bilis. Kalau suap ni berselera dia makan. Kalau letak carrot ke broccoli ke mula la tak nak bukak mulut. Huhu.

Agaknya nak makan western je kot macam daddy dia. Picky eater tu dah sebijik dah macam daddy dia. Kalau ikut mummy kan senang, apa tak makan semua pon telan. Hehe. Banyak lagi ni nak kena belajar buat makanan untuk Maysa yang sedap-sedap. Tapi untuk umur skang agak limitedla. Tak bleh minyak, gula, garam lagi kan. So tak berapa sedapla. Nak bagi cheese pon tak berani sebab ada susu.

Apapon, mummy tetap akan tekun buat makanan Maysa. Walaupun memasak berdua tu amatlah leceh tapi nak buat camna kan dah Maysa nak berkembar siam ngan mummy. Huhu.


January 28, 2011

Pancake

Nasib baik tak mengidam pancake ni masa ngandung. Teringat Huna kata, sampai naik flight nak balik pon dok teringat pancake ni. Tapi serius memang sedap dan menjadikan sangat ketagih. Sesapa tau kat sini ada jual sila lah bagitau saya yea. Nak suruh buat sendiri? Mengapa buat kalau boleh beli? Haha. Ok tak motto baru untuk orang malas. Huhu.

Ni antara pancake yang saya sempat snap. My fav mestila banana cheese. Urghhhh....sedap!



P/s: Kalau rajin nanti saya post cerita Krabi and Chagar Hutang pulak yea.

October 10, 2009

Bagitau Aku Bila Aku Nak Slim Melim?

Tiba-tiba aku macam rajin lak membuat entry bergambar. Hehe. Layan je la selagi aku rajin dan tak sebok.

Aku agak kehairanan mengapakah Zarul pas raya ni asyik nak dating saja ngan aku. Kalau dah dating tu pepaham la. Asyik nak makan ja. Huhu. Dating adalah setiap hari. Aku tak ajak pon. Dulu kemain bila aku ajak dating ada ja kerja. La ni aku lak kelam kabut buat kerja kat opis sebab nak balik dating.

Ermmm??


Hari ni reason dating adalah nak teman Zarul setelkan keretanya. Muka macam sedih ja keluaq duit. Aku lagi sedih Zarul oii. Bila hang nak masuk meminang sekiranya tiada wang? T_T


Pas siap semua kat Toyota terus jalan-jalan cari makan, perut makin buncit kedepan. Kali ni p makan kat Mali Taman Bunga Raya. Char Kotiaw bes kat Parit Buntaq jugak yea. Sampai-sampai dah ramai orang. Siap beratur lagi. Huhu.


Kalau kat kedai makan mesti tukang masak lelaki kan. Aku ngan Zarul order yang besar lagi tu. Sigh. Bila, bila, bila nak slim lagu tu?


Pas makan, makan lagi. Tengok Zarul order nasi lemak la pulakkkk. Sila bagitau aku sekarang. Bila aku nak slim kalau beginilah aktiviti aku ngan Zarul. Nasi lemak pulak tu. Ish, ish..

June 24, 2009

Masak

Hari ini aku telah berjaya memasak ayam coca-cola dan sayur kobis telur. Ok la tu kan untuk beginner. Haha.


Walaupun nampak macam tak sedap, tapi rasa dia sebenarnya sedap jugak. Haha. Rasa ayam coca-cola ni macam ayam madu gak. Aku ambik resepi ni kat sini. Sesapa yang baru nak belajar masak macam aku ni, bleh la try resepi ni sebab simple je.


Ok. Dah kenyang, boleh tido. Esok audit dalam wehhhh. Arghhhhh!!

October 7, 2008

Rezeki

Semalam aku puasa ganti. Zarul dengan rela nak temankan aku berbuka. Plan nak makan kat Chop and Steak kat Kg. Baru sebab Ramadhan hari tu full house je memanjang. So, pas kerja laju laju ke sana. Agak jam jugak. Azan pon masih dalam keta. Tapi tak pa sabau sebab nak makan banyak0bayak kat sana. Bila sampai je, tup-tup tutup la pulak. Alahai.. tak ada rezeki betul. Rupanya semua kedai makan ala-ala western ni masih lagi tutup. 3 kedai kami p semua tutup. Sabar je la. Nasib baik adda rendang ngan nasi impit yang aku nak bagi kat Zarul tu. Makan la tu dulu dalam keta. Last-last singgah Kenny Rogers kat Setapak saja.
Makan laju-laju sebab lapa. Hehe. Aku paling suka Kenny Rogers ni sebab air dia semua marvelous. Sodappp! Lega dapat makan. Hehehe.

Makan je aku ni kan?

July 19, 2008

Makan Lagi??

Seperti biasa kekasih hati akan datang pada setiap petang Jumaat. So, kali ni kami ke sini.

Chop & Stick here we comeeeeeeeeee!


Dah lama tak datang sini. Last masa Imran datang KL. Kedai ni oenah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Makanan dia sedap and affordable lah. Dalam dia memang cantik. Ala-ala dok dalam kapal camtu lah. Masa aku datang tengah renovate ape ntah kat dalam. Maybe nak bagi besau lagi kot.

Garlic Bread.


Mushroom Soup.


French Fries & Mango Juice.


Black Pepper Steak Combo

Chicken Grill Rice Sizzling & Honey Dew Juice


Terbungkang kekenyangan pada petang itu. Sesapa yang nak aku bawak bagitau je wokey. Aku makan-makan ni suka sangat. Hehehe. Sekian saja makan-makan kali ini. Berjumpa di lain hari, lain masa. Huhu

July 12, 2008

I Love Weekend.

Akhirnya hajat nak makan sate yang diidam-idam sangat tu dah tertunai. Haha. Ntah hapanya nak mengidam makan sate. So kali ni order sekali sate ikan and perut. Sate ikan sedap. Boleh order banyak sikit lain kali. Tang sate perut tu aku memang tak suka. Tapi Zarul nak makan so order untuk dia je la. Kalii ni pon tak dak gambar sebab aku bawak camera tapi tak bawak bateri. Pandai, pandai. Haha.

Pas dah kenyang makan gerak terus ke Mid Valley nak tengok wayang. Dari dulu sampai la skang kalau nak tengok wayang kami berdua ke sini je lah. Hajat dihati nak tengok Journey to The Centre of The Earth yang 3D punya. Tapi nasib tak baik penuh lak plak. Yang kosong ada mid night yang pukul 1 pagi nun. Gila apa aku nak tengok. Sok kalau kawen bleh la nengok. Nak beli untuk esok pon tak leh sebab esok Zarul tak dapat jumpa aku. Waaa.. Tak suka-tak suka-tak suka.. So, tengok saja yang 2D. Zarul kata lain kali leh tengok.

Besla cite ni. Aku rasa kalau 3-D mesti lagi real. Huhu. Nanti kalau ada lagi aku nak tengok next weekend la plak. Sesapa yang nak tengok, bolehla tengok. Siok betul. Memang menarik and cantik. Read more ---> JOURNEY TO THE CENTRE OF THE EARTH

Pas habis tengok wayang p Carrefour untuk beli barang sikit. Pas dah dapat apa yang nak, terus gerak balik dari Mid Valley. Lagipon dah pukul 5 lebih. Memula nak p main badminton tapi dua-dua macam malas je. Then Zarul bawak aku makan kotiaw kerang kat Kg. Baru sebab aku merengek nak makan kotiaw. Baikkan Zarul. Hahaha. Kipas lebih sikit. Kot-kot dapat handset touchscreen ke kan untuk besday lagi berapa hari ni. Hahaha. Sodap ok kotiawnya. Terangkat betul. Pas makan-makan, terus balik umah. Then Zarul pon balik. Waa..

Sha La La

Dah tukar template baru. Penat aku. Dengan rambang matanya dengan hilang linknya. Link korang-korang sudah hilang. Nanti aku boh balik. Huhuhu. Malas betul kena buat balik. Cantik ke tak?Haha. Belasah je la yea. Nanti bosan boleh tukar lagi.

Semalam pas keja Zarul datang and bawak p makan. Yahoo! Memula nak makan kat Old Town tapi macam dah selalu sangat. Then p makan kat Memori Corner.

Yang gigi 2 tu namanya Sudin. Haha.

Ala-ala Old Town tapi yang ni versi kampung punya. Sangat cantik okey. Nak pergi lagi. Aku tak bawak camera so snap pakai camera handset yang dah berzaman neh. Maaplah kualiti gambar teruk. Dalam restoran ni siap ada pokok durian lagi ok. Banyak lak tu. Tak sempat lak nak snap yang lain-lain.


Kat restoran ni ada banyak jenis kerusi. yang gambar tu macam ala-ala meja makan kat umah. Yang aku punya macam duduk atas kerusi kat kantin sekolah rendah aku dulu. Bezanya ada penyandar je la. Semua kayu. Pastu ada kerusi yang rotan. Cantik betul. Yang ada kartun-kartun kat atas tu cerita pasal Sudin. Siok and chantek ok.

Aku order air Lemon Honey apa ntah ngan Yee Mee. Sedapp. Yee Meenya tak macam kat foodcourt. Memang kenyang. Zarul lak order onion ring, air moca apa ntah and chicken chop. Cheicken chop agak mahal la berbanding Chop and Stick. Tapi kata Zarul sodappp so ok la kan. Gambar makanan tak ambik la plak sebab tak sabar nak makan dah kan. Huhuhu.

Okehla, gotta go. Nak p dating. Hehehe. Will update pas balik dating ok? Take care.
Daaa..