April 25, 2012

Weekly Favourite: Old Pictures

Ohoiii..lamanya tak update. Penyakit M datang menyerang. No remedies, only time heals. Haha. Yelah tu. My most favourite photo online editor dah pon officially closed. Sob sob sob. Tak seronok. Now saya guna pixlr-o-matic. Walaupon tak sebest picnik tapi ok la sebab ala-ala instagram jugak effectnya.



Ok bukan nak cerita pasal ni. Tadi godek-godek folder gambar yang dah transfer dari handset banyak gambar-gambar yang memberi banyak memori. So sebab dah lama tak update blog, mari la kita share kosong kat sini yea.

I miss cooking untuk suami tersayang. Walaupun selalunya last-last suami yang akan sambung saya masak tapi seronok. Lagi seronok bila masak sama-sama. Seronok sebab saya ada my own naked chef in kitchen. Aauuuwwwwww! We both memang sangatla amatur tapi alhamdulillah bila masak dengan kasih-sayang semua pon jadi sedap.

 


Ni la gambar-gambar yang ada aktiviti memasak. Saya tak la pemasak tegar yang buat resepi gempak-gempak. Semua pon simple-simple macam resepi orang bujang. Nama makanan adalah seperti berikut. Nama je la mampu. Resepi bagai tak adalah yea sebab saya pon masak ikut resepi. Hehe.

  1. Telur goreng sambal, sayur bendi goreng dengan tak ada nama sebab ni Hara yang ajar saya masak. Ada tempe, kentang, ikan bilis, suun dan daun apa ntah bersama kicap manis. Terbaikkkk!
  2. Ni signature dish suami tersayang. Burger spesel penuh kasih sayang. Menjilat jari. Slurppp!
  3. Nasi goreng bodo dan french fries jee.
  4. Kari ayam dan ikan bilis dan bawang goreng.
  5. Sayur terung masak sambal dengan ikan bilis. Sedapnya.
  6. Ayam masak merah paling sedap di dunia oleh suami tersayang dan nasi tomato tak berapa jadi oleh saya.
  7. Nasi goreng cina, sardin, begedil dan buah naga.
  8. Ayam masak merah, sayur kacang buncis goreng, begedil siap ada alas roti xpired bagai dan telur.
  9. Nasi goreng bodo, french fries, nugget dan sosej.
  10. Berpiknik sambil makan nasi paprik terbaiikkk!

Ok tu je. Tak ada pon kari kepala ikan ke, ayam masak butter ke apa ke. Sedapnyaaaaa. Tunggu dapat suami balik for good nanti blehla main masak-masak lagi. Kan daddy? Bila saya masak si kecik buat apa? duduk kat rocker tengok mummy dia je. Maysa kan peminat kipas susah mati saya. Mummy mesti in her sight kalau tak memang nangis je la. Tekun je tunggu mummy. Dulu kecik ok la. Now tak boleh langsung. Makin besar makin nak melekat. Huhu.


Ok. Dah panjang dah tulis. Rasa nak makan kari lak lunch ni. Jadi, ke cafe kita segera la jawabnya. Byeee!

No comments: