April 26, 2012

Cameron Highland Revisited

Mengantuk betul kat opis. Akibat makan nasi lemak paru kot. Tengah study pon tersengguk. So, tulis blog la kejap. Entry ni dah ada kat draft so edit je la apa yang patut. Simple story pasal short holiday kami bertiga. Dah alang-alang nak balik hometown saya so singgah Cameron on the way nak nak balik. Lagipon Maysa tak pernah sampai lagi.

Last saya pergi Cameron tahun 2009. Masa tu pergi dating dengan daddy Maysa. Ha bukan main jauh lagi dating. Siap balik hari lagi. Kali ni bawak Maysa jalan-jalan sempena birthday dia. Walaupun dia tak tau apa-apa lagi tapi saja nak spend masa bertiga.

Mummy, Maysa & Daddy

Kali ni sebab dah bawak budak kecik so kena la bermalam kan. Yang bermalam ni pon tak dapat kemana-mana sebab masa agak terhad. Nak menguruskan si kecik tu bukan main lama. Kami bermalam kat Hotel Titiwangsa. Biliknya not bad, dapat breakfast and dinner sekali. Katil pon luas untuk kami bertiga golek-golek bersama. Makanan sedap, harga pon berpatutan. Datang masa peak season so memang banyak hotel yang dah penuh. Maybe lain kali if datang lagi boleh duduk kat hotel tertinggi di Malaysia lak. Hehe.

Plan nak bertolak pagi dari rumah tapi paham-paham je lah nak bersiap, last-last tengahari jugak keluar umah. Lepas tu berhenti sana sini end up sampai kat hotel dah nak malam. Sampai-sampai terus mandi and terun dinner compliment dari hotel. Nyummmm sangat! Maysa pon makan banyak. Lepas dah kenyang pergi ke pasar malam. Yeayyy! Jenuh gakla menapak dari hotel ke pasar malam. Nasib la bawak stroller. Sejuk sangat sampai Maysa pon berbungkus. Tapi sayang tak ambik gambar dia yang tinggal mata je dalam stroller. Hehe. Tapi kejap je nak duduk dalam stroller. Pastu mummy jugaklah yang dia nak. Huhu.

Guling-guling atas katil dulu before turun dinner.

Dari dulu nak sangat datang pasar malam kat sini. Tak beli makanan apa pon sebab dah kenyang dinner kat hotel tadi. Kami try makan honeycomb kat sini. First time makan .Sedap jugak. Maysa pon suka. rasa kenyal-kenyal gitu. Hehe. Belikan Maysa topi strawberry je sebab takut dia sejuk kan. Rambut pon alahai je. Hehe. Nasib nak pakai jugak. Agaknya sebab dia pon rasa sejuk kot. Pas dah penat jalan-jalan kami pulang untuk tido. On the way balik hotel makan strawberry celup coklat. Nyummm!

Budak strawberry mummy.

Esok paginya siap awal-awal untuk breakfast and check out. Check out awal sebab nak jalan-jalan. Breakfastnya sangat la sedap. Suka sangat. Berikut adalah beberapa gambar kami jalan-jalan. Tak banyak sangat tempat yang kami pergi sebab tak cukup masa and masa tu pon dah hujan. Bawak anak kecik ni kalau hujan agak leceh la kan. Tak dapat pergi Boh Tea plantation sambil minum teh. Sebab hari dah hujan dan suami pon decide nak balik je. Huhu. Next time yea kita pergi lagi. Huhu.

Tangan tu nak p dekat mummy je.

Besarnya gula kapas ni. Maysa tak suka la plak.

Our fav place. Duduk lama dalam ni pon tak apa.

Maysa bad mood. Nak melekat ngan mummy je dia tau.

Lunch hour.

Maysa dan anak strawberry dia. Skang tergolek je anak dia ni kat umah. Hehe.

Tu je lah yang kami pergi. Sayangnya tak ada gambar kat ladang teh. Dah datang Cameron mestilah ada gambar kat ladang teh kan. Huhu. Takpelah lain kali kita datang lagi. 2 tahun lagi ke baru jejak balik. Kalau selalu sangat pon bosan kan. 

Terima kasih daddy bawak mummy dan Maysa jalan-jalan. Lepas ni mummy nak request pergi pulau pulak yea. Gunung dah pergi, pulau pulak. If tak dapat pulau dapat main tepi pantai pon jadi lah yea. Pantai PD pon orait jugak. Kalau mummy request Pantai Tok Jembal kang jenuh pulak kita nak p sana. Hehe.


p/s: daddy Maysa dah discover blog mummy. Kena tulis baik-baik lepas ni. Haaaiiiiii daddddyyyyyyy!!(sambil lambai-lambai) Hehe.

No comments: