Walaupun camtu, Maysa tetap nak kan susu saya jugak. Memang rasa terharu je bila dia still tunjuk breast saya cakap nak! nak! nak!. Bila dapat menyusu, kaki terangkat (tandanya sedap sangat la tu), muka gembira bersinar-sinar. Tapi bila dah lama menyusu dia start nangis sebab maybe tak puas. Selalunya terjadi bila dia nak tido. So terpaksa la saya dengan hati yang hancur tanya nak botol ke terus Maysa kata nak. Lepas bagi minum FM, dia tetap cari saya nak bergayut sampai tertido. Kecewa la sangat. Kesian tengok dia. Sebab dia manja sangat-sangat. Kalau menyusu, kaki peluk badan saya, tangan belek-belek muka saya.
Memang banyak salah saya. Tapi semua ni adalah pengajaran dan pengalaman yang saya kena belajar untuk jadi lebih terbaik. InshaAllah saya mesti buat lagi terbaik untuk adik Maysa. Mana tau Maysa pon boleh tumpang susu mummy lagi. Tunggu husband saya balik, saya nak packing storage bottle, basuh dan simpan baik-baik untuk adik Maysa nanti. Sesungguhnya apa yang kita baca tak sama dengan apa yang kita lalui. Apa yang paling utama adalah niat yang kuat untuk BF anak. Saya akui kadang-kadang bila malas, mulala nak ngelat mengepam. Pam mesti pada selang masa yang tetap. Saya memang pam tak tetap masa. Sebab penyakit M tu la. Bila malam dah malas bangun untuk pam sebab penat. Masa ni sokongan suami sangat penting. But, suami saya jauh, emosi pon terabur rutin saya pon sama macam perasaan saya.
Now milk allergy Maysa pon dah hilang. Alhamdulillah. Saya decide nak tukar soy milk dia kepada cow milk pulak. Soy milk ni mahal, boleh botak kepala daddy dia. Jangan pulak ingat saya ni macam seronok je nak bagi anak minum FM. Hati saya hancur luluh kat dalam. Sangat awkward bila kena bancuh susu dalam botol bagi kat anak. Tak dak moment belek-belek muka semasa menyusu. Kalau tak, Maysa belek muka mummy, mummy cuit-cuit pipi Maysa. Ni Maysa minum susu, saya belek iPad. Ok, entry ni sangat menyentuh hati keibuan saya. Every words yang saya type, macamtu la air mata saya mengalir. Maybe tak ada pon words yang touching, tapi moments menyusu antara Maysa semakin hari, semakin kurang. Kasih, cinta dan sayang memanglah tak pernah susut but bagi ibu yang dah biasa anak dia bergayut rasa sangat kosong.
I better stop now before entry ni menjadi sangat emosi. Husband pon baca my blog jadi, tak nak tulis benda sedih-sedih. Apa yang kami lalui pon dah cukup menyesakkan jiwa saya. Sesiapa ada husband disisi please hargai dia. Memang ada masa kita marah dia but at least bila you need a hug, dia ada kat depan mata. Sebab right now, this moment, saya rindu nak peluk husband saya. Setelah apa yang saya lalui, I just want to smell him, give him my sloppy kisses and cuddle in his arms.
Hasil pertama saya 8 hari selepas Maysa lahir. (Pam sebab nipple luka masa ni. Huhu)

1 comment:
alhamdulillah maysa dapat jugak BF 4 14months.aku dpt 11months je.silap aku.btoi..ape kite bca x sme sbnrnya.aku hdpi bnda yg sme dgn hang.husband dok jauh.smbil pam sambil tgk anak...agk susah..utk adik maysa nti...wat betul2 ek..tapi aku rasa double pump is much helping utk laki yg jauh mcm kiter ni..
Post a Comment