May 11, 2012

Happy Mother's Day

First and foremost, Happy Mother's Day to my Mak and my MIL, Ibu. 

Kalau untuk saya tak terasa apa pon lah sebab Maysa tak boleh wish lagi apatah lagi nak buat hand made card untuk mummy dia kan. Hehe. This is my second year sambut Mother's Day while carrying my second baby. There you go. Dah spit the news but details come later ok?

Alhamdulillah, my two mums masih sihat dan bernyawa. So selagi mereka ada selagi tu la kita kena terus berbakti. Masa remaja dulu memangla perasaan agak rebel jadi penghayatan tu tak berapa nak ada kan. Sejak dah jadi ibu, baru kita dapat faham perasaan mak kita. Apa yang saya dah pelajari selama jadi ibu 14 bulan ni, bahawa cinta, kasih sayang mak tu dia jejak sampai infinity. Tak boleh nak imagine betapa hebat dan dalamnya  kasih seorang mak. Mak saya seorang mak air mata. Anak anak naik pentas ambik hadiah pon dia menitik air mata. Tengok BersamaMu lagi lah berjurai air mata dia. Saya selalu berdoa biar dia tertido half way masa tengok sebab kang dia menitik saya lak sedih. Hehe. I still remembered clearly lepas akad nikah mak saya refused nak salam, peluk saya. Dia tak nak nangis and I can imagined betapa hati dia sedih melepaskan saya. Malam tadi dia cerita tengok ceramah agama kat tv pon air mata berjurai.

So now, being a mother myself, saya pon dah jadi ratu air mata. Betapa saya menggigil tengok video baby yang kena dera tu. Sampai malamnya saya tak boleh tido sebab asyik teringat padahal saya tengok baru 12 saat. Petang tu balik awal ambik Maysa, terus saya minta maaf if selama saya jadi mak dia saya pernah terabaikan dia, sedihkan hati dia. Bila saya minta maaf dia sebok je main toys dia. Tak peduli mummy dia yang dok berjurai air mata. Hehe. Alhamdulillah, saya sekarang lebih sabar bila Maysa merengek. Maysa ada saya je kan. Sudahlah kat nursery maybe dia sunyi tunggu mummy ambik dia, tak kan balik umah pon nak kena marah kan. 

Untuk kita yang masih ada mak, ambik masa sikit telefon dan ucap Selamat Hari Ibu. Walaupun mak saya hari ni sedih sebab dia kata anak dia sorang je yang wish (sedangkan Hari Ibu Ahad ni) saya layan kan je la. Mak adalah segalanya untuk saya. Dia adalah best friend saya yang paling terbaik. Sentiasa mendengar apa yang saya nak cerita, sentiasa masakkan apa yang saya nak, sentiasa ada bila saya memerlukan, sentiasa berkorban apa saja untuk anak anak. Kalau boleh nak kerja pon dekat dengan mak sebab dapat tengok muka mak setiap hari. Boleh merengek panggil nama maakkkk. 

Ok lah, Selamat Hari Ibu pada semua yang bergelar Ibu. 


Opah Maysa. 



3 comments:

KimeYongAli said... [Reply]

uitttt...maysa nak dpt adik....tahniah meh...alhamdulillah...

mama chinta said... [Reply]

wah wah..congrats meh...maysa nak dapat adik...

Wa'A+PqaN=AkiF&AiRa said... [Reply]

wah meh pregnant eik..congratz!!pasni maysa de kwn nak men :)