May 6, 2010

29

Alhamdulillah berjaya jugak beli kasut untuk hantaran before Zarul balik Miri. Memula malas dah nak cari tapi Zarul paksa jugak untuk p beli before dia balik. So far sangat suka kasut tu. Bukan dapat sepasang tapi dapat lagi sepasang lak. Hehe. Tu pon setelah asyik mengadu kasut crocs yang selalu aku pakai tu tapak dia dah haus.

Cakap pasal crocs ni aku dulu ada gak beli kasut crocs tiruan ni tapi kualiti hampeh. Design memanglah sama tapi memang tak berbaloi lah. Kasut yang aku beli tu makin lama makin mengecut. Baru beli tak sampai sebulan dah tak bleh pakai. Kasut crocs ori jugak yang terbaik. Biaqla bayaq mahai untuk orang kata kasut plastik tapi sangat selesa. Dah setahun lebih dah pakai still elok lagi. Cuma tapak je yang sedikit haus akibat penggunaan yang extreme. Sangat happy dapat 2 kasut sekali.

Crocs baru aku. Yippieee!


Dah masuk bab lain dah tu. Mari teruskan dengan perkara-perkara kawen ni. So far semua hantaran yang nak beli semua dah setel. Just tinggal makanan je lah lagi. Bekas hantaran maybe siap weekend ni dan aku pon tak sure lagi nak balik kampung ke tak weekend ni. Untuk hiasan aku buat sendiri lah. Walaupun aku tau tangan aku ni tak berseni tapi belasah je lah. Huhu.

Tu je lah kot setakat ni. Banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat lak apa kebendannya. Oh, lupa. Aku masih mencari payung lace untuk disewa. Sesapa tau mana nak cari/sewa/beli tolonglah bagitau aku. Huhu.

No comments: