June 7, 2009

Parti Kah?

Oleh sebab sambutan hari lahir ke tuuutttt (bajet rahsia macam dah tua) akan menjelma tak lama lagi, makanya aku berura-ura nak membuat sambutan hari lahir la kekonon. Tua bangka baru nak selebret-selebret ni. Lagipon aku tak buat lagi house warming kan. So, saja la nak buat makan-makan (selain nak hadiah). Mula-mula tak rasa pon nak buat. Tapi sebab tadi aku p supermarket feberet iaitu Amcorp Mall, pastu jumpa lak dengan si tak-sampai-hati-nak-makan-sebab-kiut-tapi-bila-makan-sampai-menjilat-lidi ni. Serius kiut dan sedap. Rasanya macam choki-choki.



Kan aku dah kata Amcorp Mall feberet aku sebab banyak benda kiut and ada kedai buku murah gila N1H1. Oh dan baju tidur 2 helai RM 10.


Berbalik kepada cerita asal. Oleh sebab pertunangan dan pernikahan ku itu di tuuuuuutkan. Muahaha. Bajet rahsia. So, yang terdekat sekali adalah besday aku, so aku macam teringin (teringin saja) nak bagi kat orang. Tu yang tetiba nak buat besday party. So, nanti sorang satu dapat and aku pon dapat hadiah. Haha. hadiah nak lebih dari RM50. Hehe.


Jadi, marilah kita sama-sama berdoa aku ada duit lebih perbelanjaan (Pendapatan - SIMPANAN = Perbelanjaan) untuk mengadakan besday party & house warming sekaligus. Bolehla korang dapat makan tak-sampai-hati-nak-makan-sebab-kiut-tapi-bila-makan-sampai-menjilat-lidi.



So, ada sesapa yang volunteer nak jadi besday partaaaayyyyyy planner aku? Hehe. Oh, kalau ada sesapa nak buat MLM ka, jual tudung ekin ka, kain ela ka masa berlangsungnya partayyy boleh hubungi aku untuk tempahan tapak jualan.

1 comment:

shafzan.m said... [Reply]

oit..lamanye xdgr citer.....................................................................................................



=p