June 6, 2009

It's Always Better When We're Together

Tak ada mood nak pergi kerja. Dah macam hilang semangat je nak habiskan master. Memangla orang cakap kalau kita melalui jalan yang sukar, nanti kita akan menjadi seorang yang tabah dan matang. Tapi nak menjadi seorang yang boleh menghadapi semua menuntut pengorbanan yang kadang-kadang tak tertanggung rasanya. Jangan lah nak masuk bab jodoh lagi. Dugaan yang satu ni memang tak mampu nak tanggung. Jadi, tak payah tanya. Biarkan masa tu tiba.


Kalau setakat nak menangis tiap-tiap malam untuk tabah rasanya senang je nak buat. Jika tiap kali tangan diangkat memohon dipermudahkan kehidupan ditunaikan, rasanya tak tabah la. Tapi tiap kali mengumpul cebis-cebis hidup untuk menjadi matang, kekuatan diri dan sifat juang semakin berkurang dan terus merosot. Lama-lama jadi seorang sunyi yang bosan.


Jangan tengok kawan-kawan yang berjaya dalam kerjaya dan menghasilkan anak. Tapi tengok kawan-kawan yang jalannya lebih sukar dari jalan kita sendiri. Baru tahu hidup itu adil atau tidak.


Syukurlah ada 2 kereta yang dibeli dan dibayar sendiri walaupun hanya kereta buatan Malaysia. Payah-payah menangis mengharung hidup, dapat juga berbangga dengan usaha sendiri. Syukurlah ada teman lelaki yang berjanji akan masuk meminang satu hari nanti apabila lautan api selesai kami harungi bersama. Syukur saya masih ada keluarga yang melengkapi diri, yang memahami keadaan, yang mencintai tanpa jemu, yang ada disisi walaupun kaang-kadang terlupa nak telefon rumah. Dan amat bersyukur saya ada kelengkapan rumah yang saya beli sendiri, hasil penat saya bekerja dan tak perlu tunggu bakal suami belikan.


Hidup ini seimbang. Tuhan itu maha adil. Saya insan terpilih untuk menjadi tabah. Hari-hari saya lalui dengan sabar. Perjuangan perlu diteruskan. Hehe. Eh, sebenarnya nak bagitau yang lain. Kerja memang tak tahan. Bos memang memualkan. 100% tak suka. Semua memang alasan untuk berhenti kerja. Tapi, hidup ini memang adil sangat. Hidup berikan saya insan yang buat saya rasa semua alasan adalah merepek.


Rahsia saya untuk bangun pagi, pergi kerja dimana semua benda memualkan berada adalah ini:

Geng Biskut: Ponteng kerja Jumaat p Genting.




Aku merepek. Kalau tak paham, baguslah. Muahahaha

-

3 comments:

shafzan.m said... [Reply]

ish2..mmg btol2 buhsan ni hang ni..
hehehehe

w|cKa` said... [Reply]

aku pon bosan. bersuami tp xde kat rumah. nak benti keja jugak..nak ikut suami belayar.. huhu

Mommy Meh said... [Reply]

eh, mana ada bosan. aku happening apa. hahaha


ok gak ada suami. yang tak bersuami ni apa ceritaaaaaaa?