October 28, 2011

Carving a Path to Success

Semester ini adalah yang terakhir bagi tempoh pengajian maksimum saya. Sebagaimana yang tertulis di atas kertas sebegitu juga lah yang saya mahu. Rasa dah lama sangat. Walaupun saya belajar sambil bekerja, tapi tak bermakna itu boleh di jadikan alasan untuk terus lalai. Sudah-sudahla saya di takuk ini. Saya berharap sangat ini adalah semester terakhir saya mendaftarkan diri. Tak sabar rasa nak graduate bila tengok kawan-kawan lain dengan megahnya menayang gambar konvo. Hmmmphhh.. Bilala masa saya nak tiba. Pada umur 27  tahun ni rasa sangat ketinggalan. Belom ada kerja tetap, tiada simpanan tetap, tiada rumah sendiri dan macam-macam lagi.

Untuk jangka masa pendek ni saya hanya mahu menamatkan pengajian dan graduate dengan bangganya. Sementara itu berusaha memohon sana sini untuk kerja tetap. Saya tak ada kemudahan nak bersenang-senang, berlapang dada bila ada insan kecil yang mulutnya minta disuap. Dengan kesempitan sekarang, sedetik pon saya tidak pernah menyesal dengan kehadiran bintang kecil hati saya. Sesungguhnya dialah penguat saya untuk bangun berjuang. Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT kerana memberi kekuatan   kepada saya dengan hadirnya dia. Selama ini saya ingat doa saya tak pernah makbul. Tak putus-putus saya mohon Allah SWT memberi kekuatan kepada saya. Rupa-rupanya Dia dah bagi pon kekuatan itu tanpa saya sedari.

Mungkin kesusahan yang sedang saya lalui ini adalah laluan untuk kesenangan di masa hadapan. Mungkin kesusahan sekarang semasa bintang hati masih kecil supaya dia tidak ingat kepayahan yang dia perlu lalui bersama saya. Mudah-mudahan ini adalah semester terakhir saya. Harapnya tahun depan saya boleh menerima skroll sekali lagi selepas kali terakhir saya menerima skroll adalah pada tahun 2006.


 

2006

No comments: