January 10, 2008

Baru dan Sempurna

Selamat Tahun Baru.

Aku rasa tak ramai orang nak buat azam bila tahun baru yang ni sampai kan?Aku pun samala.Tak pernah lak nak set apa-apa. Untuk pertama kalinya aku nak berazam untuk meningkatkan amal ibadah aku. Kalau dulu nak baca Quran seminggu sekali pun susah, harap-harap kali ini at least seminggu sekali kena baca Quran. Kalau seminggu sekali mesti nak jumpa BF tak kanla baca Quran pun tak boleh kan?Selain itu kalau boleh aku nak solat hajat at least seminggu sekali.

Cakap pasal Solat Hajat ni teringat aku masa tahun 1999. Masa tu aku nak PMR. Aku betul-betul study gila-gila. Ada masa je mesti aku nak study. Beratur tunggu turn mandi pun aku study (dulu bilik study aku sebelah toilet).Selain tu, tiap malam aku baca Yasin and Quran beserta Solat Hajat. Aku doa yang aku nak dapat 8A then nak masuk MRSM. Masa tu aku asrama harian je. Lagipun aku dah janji ngan member rapat aku semua nak jumpa balik kat depan gate MRSM.

Aku rasa tahun tu la aku punya amalan ibadat sangat banyak. Kalau semua di terima-Nya memang yang kanan ni berat betul la (Hahaha). Dah exam semua result pun keluar. Aku ingat lagi. Masa tu aku kat umah cuti sekolah. Ayah aku pagi-pagi dah kol sekolah nak tau result aku. Aku yang bangun lambat ni terus cari mak ayah aku nak tanya result. Dalam hati macam confirm 8A. Tapi umah sunyi je masa tu. Then aku jumpa note ayah aku tulis result aku. 6A. Menitik masa tu jugak air mata aku. Masa tu memang aku rasa apa aku usaha selama ni tak berbaloi. Sedih sangat hanya Tuhan je la tau.
Hari tu berdering-deringla talipon umah (masa tu tak dak hs lagi) semua orang nak tau result aku. Aku pulak mogok tak mau cakap ngan
sesapa.

Lepas semua yang dah jadi aku pun redha dan kembali ke asrama. Member aku yang dapat 8A semua dah kalut-kalut nak talipon MRSM cek dapat ke tak. Sampai opis sekolah aku pon bagi pinjam talipon. Hampir semua member rapat aku dapat 8A. Member aku ada yang dapat dan ada yang tak dapat. Kalau dah 8A pun tak dapat tak kanla 6A pun nak dapat kan? Then aku balik umah untuk bercuti. Aku cerita pada parent aku pasal member-member yang dapat MRSM.

Without aku tau rupanya parent aku kol jugak. Then satu pagi parent aku asyik ckap pasal MRSM je. Aku pun nyampah dan sakit hati la kan. Lepas depa tengok aku bengang je mereka pun memaklumkan bahawa aku berjaya diterima masuk ke MRSM. YAHOOOO! That day adalah hari yang aku rasa bahagia sangat. Aku ingat lagi ayah cakap
"Peluang datang sekali saja. Dia memberi pada yang sabar dan Dia maha mendengar". Perjalanan hidup aku pun bermula di MRSM.

Dan ini lah aku hari ni. Semakin lupa apa yang dah Dia bagi. Along my own way aku memang ada nak tukar, nak ubah but in the end, semua tu la yang membentuk aku hari ni. Apa yang aku nak ubah hari ni adalah menjadi seorang yang lebih bersyukur. Apa yang aku dah capai hari ini tak setimpal dengan apa yang dah aku lakukan. Betapa sayangnya Dia pada kita. Tak ikut perintah pun dia dah bagi macam-macam tau. Pada yang doanya belum dimakmulkan, percayalah semua yang dilakukan-Nya ada hikmah. Jangan putus harapan sebab sinar bahagia tu ada di setiap perjalanan hidup masing-masing (Ewah). Jadi, sebelum Dia menarik semua nikmat yang aku ada, aku harap aku lebih taat dalam menjalankan perintahnya.

: )








Baru hari ni aku tau aku lahir hari Selasa - 25 Syawal 1404.
Hehehe



2 comments:

Nurul said... [Reply]

Bermakna plak post ang yang nih..hehe...

Anonymous said... [Reply]

meh..sdey plak aku baca entry hg kali nih..aku pon tersedar gak..aku pon rasa mende yg sama..time2 aku nk sesuatu je aku raasa aku btol2 beribadat gile2..masa aku nk mai UK ni dlu pon..mcm2 aku wat..tp bile dah smpai sini..aku mcm terleka gile..hish..thx for being my reminder ..hehehe