February 15, 2008

Another day



Once a while, right in the middle of an ordinary life, LOVE gives us a fairy tale.

~ Ayem, received: 14-Feb-08; 10:09 PM


Yup.
Bila la love nak muncul hari ni? Skang dah pukul 1:25 PM. Dah half of the day dah pon. Dari pagi sampai masa ni, aku agak moody sikit. Maybe terbawak-bawak lagi hal semalam.

Semalam banyak keja yang tak setel lagi. Agak moody jugak sebab geram tak siap lagi. Padahal aku dah take action awal-awal lagi. Tapi, selalu tak setel bila pihak yang bertanggung jawab tak take action. Asyik kena talipon je tau. Sedih la keja camni.

Semalam seb bek Beh datang. Bolehla mengadu dan mengutuk. Aku dah merungut-rungut kat Beh nak tukar keja. Sabar jer laa..tak lama pon. Aku punya susah sikit je berbanding orang lain. Kena tengok 'Bersamamu' selalu ni. Baru la nak insaf sikit. Aku bukan tak mau tengok tapi last aku tengok, aku yang menangis bagai nak rak. Pakcik tu nangis aku pon nangis, pakcik tu kesat air mata, aku pon kalut p cari tisu. Wahaha.. Patutla kalau 'Bersamamu' ada, Beh selalu suruh aku tengok. Nak bagi aku insap la tuuuuuuuu. (Beh, awak tu lagi kuat merungut ok?)

Pagi tadi aku bangun dengan terkejutnya sambil tengok jam dah pukul 7:21 AM. Warrgggghhhh! Alarm aku tak bunyik ke aku yang tutup aku pon tak sedar. Kelam kabut aku mandi, solat, ambik shakes pastu terus pecut g opis. Pelik betul. Rasanya aku macam tido awal. Pastu rasa macam mimpi pon macam tak siok sangat. Nasib bek moto jiran aku tu kuat. Kalau tak mau pukul 10 aku bangun.

Hari ni aku dah basuh keta. Bukan aku basuh, aku anta kedai. Hahaha. Keta aku dah berkilat setelah 3 bulan tak basuh. Hehehe. Makan kat mamak sekali then balik opis balik. Skang, aku tengah update blog ni. Sunyila plak hidup sensorang ni. Makan pon sensorang. Tapi tak pa, kejap je..kena banyak-banyak sabar (Dey Beh, masuk meminang bleh?). Jap lagi aku nak sambung keja. Skang aku nak surf apa yang patut. Hehehe. Petang kang nak berusaha pujuk Beh datang untuk memanjakan aku. Wahaha.



Update:

Special Request.
Saya redha. : )

No comments: