March 7, 2008

Lalala

Lalalala..?

Jarang aku nak berlalalala kat opis. Hehehe. Penat aaa hari ni. Patut aa ada opismate aku kata muka aku macam penat. Pastu baru aku rasa penat. Duh! Apa ntah nak taip. Aku ni selalu boh banyak-banyak entry sehari kan? Nampak macam keja aku menaip je kan? Lantakla.

Malam tadi aku p shopping. Weekend ni aku nak memasak. Hahaha. Semangat tul aku nak memasak. Dah siap print resepi semua. Lawak-lawak. Aku malas aa nak bagitau aku nak masak apa sebab nanti korang mesti gelak kat aku. Aku bukan reti masak tau. Ni baru nak belajaq. Ni pon macam gabra je nak pikir esok yang mendatang. Tak tau nak bajet pukul berapa nak masak. Hahaha. Dah siap masak aku nak suruh si Zarul makan. Kalau dia ok saja aku pon makan. Hahaha.

Korang sok kalau ada anak, suruh-suruhla turun ke dapuq. Aku ni kes dok asrama bertahun-tahun dan balik cuti kat umah tidoq sajerrr tu yang jadi camni. Sampai la umuq la ni, masak nasi je aku expert. Sebab tu aa aku nak ciri-ciri suami, pandai masak. Mak aku kat umah rilex je kenkadang. Ayah aku terer masak. Sedap lak tu dari mak aku. Si Zarul ni masak megi je dia tau. Berbuih mulut aku suruh p belajaq masak. Ingat besday dia tahun ni aku nak beli buku resepi la. Tak pon aku antaq dia p kelas masak. Sok kalau jadi laki aku senang sikit. Tak la kelaparan laki bini nanti. Hehehehe.

Oleh sebab aku rasa macam life aku ni tak bes sangat aku ingat nak tambah aktiviti baru skit. Bagi mencabar sikit. Huhuhu. Skang aku dah tanam minat nak memasak, pasni aku ingat nak p main tenis. Aku tak reti main tenis okeh! Dulu aku main banyak kutip bola je dari pukul bola. Camna tu? Dalam tak reti tu, member aku paksa aku masuk kejohanan tenis tertutup bahagian aku. Aku memang aa teringin tapi kang aku penat gelak je dalam court tu. Sat lagi aku kena p check nama aku. Budak-budak ni bengong skit. Tetiba ada nama aku lak dalam list.

Eh, tak larat la plak nak taip panjang-panjang. Ada lagi ni tapi taun depan-depanla aku sambung. Aku nak p buat costing jap. Nak ajak si Zarul men paintball la. Macam hebat je pegang senapang. Hahaha.

Babai..

3 comments:

Anonymous said... [Reply]

satu..ang nih mmg kuat btol merapu naaa...

dua..awat ang dok merapu ja nih??

tiga...ape yg ang merapu kan ni cik meh oiii...hehehe...

(aku yg merapu padahal)..hahaha..

bagus2 blajar laa masak..sok aku blk senang..sep duit xyah ajak ang p mkn luar..ari2 ang dok masak tuk aku..hehehe..bleh??hahaha..

Mommy Meh said... [Reply]

merapu release tensen xpe. dibenarkan. huhuhu

peNgHuNi dUniA said... [Reply]

mari2 kita blajor masak2....tp aku lebih suka wat kek...=) mkn kek sokmo je la...heheheheee