100% rambling. Read with your own risk!
Haihh.. Maybe today is likely to be the epitome of boredom. 'Haruskah Aku Mati' asyik aku mainkan berulang kali. Tak tahu mengapa dan tak tahu kenapa. Choices. Aku memilih untuk dengar lagu ini dari dengar 'I Hope I Don't Fall In Love With You'. Sedangkan lagu itu yang lebih sesuai dengan rasa berbanding mempersoalkan apa yang perlu di lakukan untuk cinta yang sementara. Bila dunia sebok membincangkan isu Shilpa Lee, aku lebih selesa dengan isu puak Rohingya yang ditindas. Shilpa Lee mungkin lebih hebat di ranjang berbanding di menara gading. Siapa tahu bukan? Tapi puak yang satu ini, hanya mempunyai ketabahan yang hebat dan masih tiada siapa yang peduli. Shilpa Lee ada pilihan, puak Rohingya tiada pilihan.
Haihh.. Isu pilihanraya sudah tamat, menyusul isu-isu selepas pilihanraya. Tak mahu aku bercerita. Sesungguhnya politik itu kotor, penuh dengan corruption. Enough said. I just hate politic. And I chose not to vote. Dot! Juga seperti salegirl yang memilih tidak melayan aku semasa aku masuk ke butik Clark untuk membeli sandal kerana membuat kesimpulan aku tak mampu dengan melihat Zarul pakai baju hitam yang lusuh sangat-sangat. Aku juga memilih untuk keluar sahaja tanpa membeli kerana aku mahu tanggapan dia betul dan tidak mahu dia buang masa memikirkan bagaimana aku mampu membeli sandal berharga RM300++.
Aku memilih untuk tamat di sini. Aku tak mahu tulis lagi. Aku tau aku akan kelihatan lebih pelik di mata Afzan.
No comments:
Post a Comment