May 12, 2008

Hobi

Last aku update Fotopages aku adalah pada 3 Oktober 2006. Dah setahun lebih tak update apa-apa. Mula-mula aku post pic guna camera digital Fudgerina. Masa tu kagum habis la si Fudge ni ada camera digital. Pas tak lama tu aku pon beli satu jugak. Kira 1st camera la kan. 1st camera aku Canon. Camera digital masa tu mahal lagi. Tak macam skang, bersepah je ha. Pastu harga murah-murah. Pastu power-power lak. Masa tu la aku belajar-belajar edit gambar guna Photoshop. Jenuh gakla surf internet nak menuntut ilmu. Nak bertanya orang aku segan lak. Hehehe.

Camera kedua aku pulak Holga 120GCFN. Yang ni aku beli guna duit sendiri setelah bekerja. Aku beli pon online dari kedai kat Singapore. Murah sikitla berbanding beli kat Mesia. Lagipon agak lambat sikit kalau kat Mesia. Kena tunggu stok ada lak. Setakat ni baru guna 2 roll medium format B&W. Yang ni malas sikit nak guna sebab kena beli film. Pastu nak kena cuci lak. Nak kena scan lagi. Banyak keja lak kan. Hehehe. Tapi still suka dan sayang. Ingat nak angkat Fish Eye ngan LCA+ lak. Tapi tunggula bila ada duit.

Yang the latest sekali Nikon D70 secondhand yang sAp belikan dan masih aku hutang dia lagik. Yang ni dalam proses mencuba,mencuba dan terus cuba. Selain tu tengah giat membaca, merujuk dan bertanya. Ada niat nak beli lense yang lain tapi tunggu dah terer pakai camera ni & habis bayar hutang kat sAp. Hehehe.

Amik gambar ni blehla nak katakan hobi jugak. Tapi aku pon tak pasti hobi ke atau trend masa sekarang. Bagi aku hobi ambik gambar ni kira termasuk dalam hobi yang mahal la. Mahal bila tang kena beli lense, body, filter, external flash, yada-yada. Tapi lebih mahal kalau guna camera yang film tu. Pastu kena lak yang Lomo. Alahai, duit mengalir je. Kalau dah suka tu habiskan duit pon tak kesah, ye tak? Haha. Untuk tidak nampak membazir, patutnya gambar yang di ambik mestila cantik. Betul tak? Rupanya susah jugak nak ambik gambar yang cantik.

Aku ingat nak join la kelas-kelas fotografi ni. Supaya aku takla ambik je gambar tapi tak tau apa-apa kan. Banyak benda yang nak kena belajar kalau betul-betul nak pro. Cara yang lebih baik adalah menuntut dengan orang yang mahir & pro jugaklah. Untuk ambik gambar yang baik mesti dapat menguasai kemahiran komposisi, teori RO3 (rule of third), cropping, angle, looking room, head room, mood dan macam-macam lagik. Untuk berjaya mestilah usaha yang lebih.
Tapi seperti yang sedia maklum, kena labur sikitla untuk masuk kelas-kelas ni. Walaupun agak mahal sikit tapi berbaloi la kan. In short, hobi seperti ini memerlukan pelaburan yang agak besar. Walaupun begitu, kepuasan yang diperolehi pastinya lebih bermakna dan berbaloi.



2 comments:

peNgHuNi dUniA said... [Reply]

bagus2...dh terer nt hobi leh btukar jd kerjaya sampingan tau...hobi aku suke bgambo n nasib la pakwe aku photographer...hehheheheheee...

Mommy Meh said... [Reply]

bes aa. bleh aa belajor ngan bf hang.hehehhe.