Sabtu hari tu aku telah pon membeli Maxis USB Modem dan aku pon dah bertukar dari prepaid ke postpaid. Namun begitu atas alasan yang diberi pihak Maxis tengah upgrade la, server down la, dan macam-macam lagi, aku still tak dapat surf guna Maxis Broadband lagik. Tensen ni. Dah berapa kali aku kol tau. Jika balik keja kang aku try tak boleh lagi, akan aku kol si Fenny yang jual minatang ni kat aku. Huhuhu. Tambahla 1 lagi commitment yang aku kena bayar bulan-bulan.
Duit keluaq
1. Duit sewa umah = RM 150.00
2. Duit keta = RM 350.00
3. Duit kutu = RM 650.00
4. Duit intenet = RM 118.00
5. Duit talipon = RM 50.00
Jumlah = RM 1318.00
Tu yang tetap tiap-tiap bulan. Yang tak tetap macam duit minyak, duit makan, duit shopping dan lain-lain punya urusan tak kira lagi. Camna la aku nak survive bila dah jadi student (and maybe dah kawen. Huhuhu). Oleh sebab semua itu, aku pon berposa hari ni. Hahaha. Selain duit punya hal, aku posa sebab Sabtu lepas hujan dari pagi sampai petang. Aku ngan Zarul tak dapat nak eksersais. Hahaha. Jadi, posa cover tak eksersais minggu lepas la. Hehehe.
Jumaat ni nak p jumpa Supervisor aku and bersantai dengan Zanis. Duit lagi tu. Mesti la nak beli buku kat Plaza Chow Rasta ngan makan sotong bakaq+pasemboq kan. Urgggggghhhhhh!!!
Lupa nak update buku aku lak. Konon-konon nak target 100 setahun tapi aku rasa 50 pon susah kot. Hahaha. Bulan lepas aku tak beli sebijik buku pon. Bulan ni and the latest aku beli-Life's Like That - Scenes from Malaysian Life by Lydia Teh. So, jadiknya baru 16 buah buku sehingga hari ni. Ni buku kedua aku beli by Lydia Teh. Yang 1st dulu aku beli tahun lepas rasanya. Tak ingat lak. Tapi memang bes. Rasa macam baca blog lak. Try la baca. Sesapa nak order buku untuk aku beli kat Penang nanti bgtau aku ok (ada ke yang baca blog aku neh. Hahaha).
Tak tau nak kata apa dah.
1 comment:
kat mana2 idup pon mmg xleh nak lari dr masalah duit..hhmmm...
best je mcm plaza tuh..nak p laa nnt kalo aku blk mesia nnt...hehehe
Post a Comment