June 4, 2008

Macam nak picit-picit.

Macam nak picit-picit, cubit-cubit saja si budak comot Imran neh. Bulan depan dah nak setahun dah. Tapi semua malas. Nak cakap pon malas. Setakat ni benda yang dia tau sebut hujan, fish, mama, opapapaaa (opah), Masitah dan ntah hapa2 lagi yang aku pon tak paham. Masitah tu adik aku. So, selamba badak je panggil makcik dia Masitah. Ish,ish budak zaman skang. Bab berjalan ni progress slow sikit. Nak berdiri pon malas. Melekat je ngan mama dia. Skang dia bukan suka aku sangat. Takut kat camera bagak aku kot. Dulu bukan main suka aku ambik gambar, skang bila aku tala ja camera kat dia terus nak tarik mama dia. Imran kurus skit skang. Buas sangat la tu. Merangkak bukan main laju. Kejap je dah lesap. Semua makanan dia nak makan. Gigi lak ada 7. Tu yang semua nak disumbatnya. Eiiiii..geram. Nak je picit-picit.


No comments: