June 16, 2008

Update

Seperti yang dijanjikan aku nak stori pasal perjumpaan aku ngan supervisor aku. Appointment pukul 10 pg tapi aku dah sampai circa 9.30 pagi. Aku tunggu Zanis ambik and bawak aku p jumpa sebab aku tak tau kat mana biliknya. Besar gila rupanya USM ni. Selama ni aku nengok dari luar je. Sekali dulu datang pon terus ke hostel Zanis. Dalam berdebar tu aku pon selamatlah berjumpa supervisor aku.

Kesimpulannya selepas 1st meeting ni, dia betul-betul nak tolong aku. Nasib baik tak dapat macam makcik. Walaupun member aku kata dia agak kerek jua tapi aku rasa masih tak mencapai 10% kekerekkan makcik lagi. Huhuhu. So far, dia banyak tolong aku, bagi tips dan macam-macam lagi. Aku pon macam suka dia. Hehehe. Harap-harap perasaan ni berterusan lah sampai bila-bila. Jangan kau jadik macam makcik sudahla. Hehehe.

Lepas dalam 2 jam berbincang, gosip, mengadu semua selesai aku pon berangkat la makan. Selepas tu aku balik lepak jap umah member Zanis, lepak umah Zanis and teman Zanis men bowling ngan member opis dia. Kedatangan aku ke Penang kali ni telah mengundang keinsafan diri untuk mendiet. Semua member Zanis yang aku jumpa tengah berdiet dan topik utama jugak adalah diet. So, aku pon menuntut jugaklah ilmu diet. Haha. So, skang aku pon berdiet jugaklah.

Petang tu aku pon baliklah ke umah. Adik aku ambik di jetty dan pecut balik umah. Sampai umah p pasar malam pulak. Makan lagi. Hehehe. Sekian saja lah laporan kali ini. Tak dak gambaq sebab aku begitu cuak sehingga terlupa nak ambik gambaq. Yang ada pon ntah hapa-hapa.

No comments: