July 20, 2008

My Not Ordinary-Boring Sunday

Ho Yeaahhh! Hari ni boleh jumpa Zarul. Semalam Zarul tak datang mengeDate aku sebab anta adiknya balik UTP. Pagi-pagi terus ke Jalan Pasar untuk Zarul survey mainan control-control ni. Tak kuasa aku nak membeli. Harga ratus-ratus membazir je. Nasib baik la si Zarul kata nak tengok je. Kalau kata nak membeli haruslah aku membebel. Baik belikan aku kasut ke, handbag ke kan. Haha. Tak pon cincin LOVE macam Pojie. Hahaha.

Setel di Jalan Pasar terus ke Low Yat ambik Thumdrive yang diganti balik dan kena saman. Huhuhu. Tensen aku. Kalau la aku tak singgah kedai kasut tu tak la kena saman kan. Saman-saman ni kena bagi Zarul untuk setel. Salah dia la kan parking sesuka-suki hati. Kira ni saman kedua selepas yang sit belt punya saman. Saman pon ntah hapa-hapa. Kalau dapat saman aku pecut 120km/j ke ok la jugak kan. Baru puas ati. Ini saman parking ngan sit belt. Huhuhu.

Pas dah siap semua, aku terus memecut ke Mid Valley. Errr..bukan aku, Zarul yang pecut. Aku sedap saja duduk di sebelah. Hehe. Setelah sekian lama, hari ni perjumpaan ngan Huna, Ecah, Mirul ngan Pojie. Excited ok. Hehehe. Dalam pukul 1 lebih camtu Huna, Ecah ngan Mirul sampai. Kitorang terus gerak men bowling. Pojie tak sampai lagi masa ni. Yelah Kerinchi ngan Mid Valley kan jauh beribu batu. Pastu Pojie kan naik VIOSSSS aje. Mana lah nak sampai. Hahaha.

Kali ni aku dapat masuk kejuaran bowling longkang lagi. Yang finalis hari ni wakil dari pelbagai agensi. Finalis untuk hari ini adalah; (tak ada gambarrr yea)

1. Meh - FRIM
2. Zarul - Toyota
3. Huna - UKM
4. Ecah - wakil persendirian
5. Mirul - KPDN
6. Pojie - SciCom - Menarik diri di saat akhir.

Keputusannya adalh seperti berikut. Korang janganla gelak lak. Dah kata Kejuaraan Longkang kan. Huhu. Ntah hapa-hapa okey. Line 18 tu memang tak betul. Bila baling dah straight, pastu dia bleh lak melencong ke longkang. Betul weii.

Lepas dah main bowling, sesi makan lak. Memula nak tengok Batman tapi line beratur panjang sangat and semua dah lapar. Mirul pon dah balik masa ni. So, kami berempat p makan kat Chicken Rice Shop. Pastu barulah si Pojie ni datang. Lambat benaunye nak sampai Mid Valley ni. Sambung gossip di meja makan lah. Dah kenyang-kenyang semua pon berangkat pulang.
Kesimpulannya, saya hepi berjumpa mereka. Next aktiviti adalah selepas dapat gaji untuk soping pulak. Haha. Tak dapat gaji pon soping jugak...

7 comments:

Anonymous said... [Reply]

hhohohoho...len kali kite bersoping plak k..smlm xde RM yg banyak..uuhuuh..tp xyah la bwk mr boify...cian aku...huuhuh..

Mommy Meh said... [Reply]

ye aa.
len kali kena plan baik2 wokey. hehee

Anonymous said... [Reply]

weh...wani pn ade kt kL la..rugi betul die..patut aku rase mcm nk sms die tya kt mane...ishhh..xpelah len kali plak..

weh aku berkenan la beg zip tuh..brape ek harge die smlm..

Mommy Meh said... [Reply]

awat hg xtanya.aparaa.rugi betoi.camna hg tau lak dia ada kat kl?

ntah,xtanya lak.dan2 bekenan.weekend ni kan nak shopping gila2.padang besaq banyak handbaggggggggggggggg tuuuuu.heheh

Anonymous said... [Reply]

waahh..nnt tajuk nxt xtvt...
"mari lah berhabesan tuk diri sendri"

hehehehe..
sekali skala sopin ape salah nye meh..huhu

Anonymous said... [Reply]

shopping nih buknye dh skali skala...tp dh berkali-kali..huhuhuhu

Mommy Meh said... [Reply]

sekali untuk aku berkali-kali untuk cik hunadiaqqqq