October 9, 2008

Moving

Setelah ntah berapa lama menunggu, akhirnya aku telah pon selamat berpindah dari bilik yang lama ke bilik yang baru. Pagi tadi sampai opis, terus kemas-kemas. Walaupun pindah ke tingkat atas je pon tapi kepam gak la ketiak ni dibuatnya. Haha. Baru aku tau banyak gak barang-barang aku.
Ni bilik aku yang lama. Bilik ni aku share berdua. Oleh sebab aku ni kuli kontrak je, so terpaksala dikuarantinkan kat bilik lain. Serabut tempat aku. Yang meja komputer tu sebelum ni ada komputernya tapi dah diberi pada staff aku untuk guna.
Ni dalam proses pengemasan. Semua boh dalam plastik besar senang nak seret bawak naik atas. Bleh tahan berat gak la. FYI, pembaris panjang tu untuk aku banci pokok.
Meja aku selepas selesai sesi perpindahan. Sedih la pulak tengok kosong je. Hehe. Kerusi yang besar tu huduh kan?Hehe. Opis aku memang kedekut taik idung masin. Pakai la apa yang ada. Yang lapan ploh tahun dulu pon kena pakai lagik.
Jeng jeng jeng. Nila meja and bilik baru aku. Skang ada cubicle lak. Dalam bilik ni ada 6 cubicle. Tapi kami berempat je duduk. Ada kosong lagi 2. Siok jugak dok sini. Dapat rak sorang satu. Tak boh lak gambar. Kerusi tu bukan aku punya. Aku pinjam orang punya dulu. Isnin ni dapat kerusi baru. Yahoo! Aku kena pakai laptop sendiri sebab next year baru bleh beli PC baru untuk aku. (Kan dah kata opis aku kedekut taik idung masin) Bilik aku skang ni khas untuk RO kontrak and student cam aku ni.

Meja yang ni lagi luas dari yang dulu. Bila dah susun-susun semua macam tak banyak lak barang aku. Ingat nanti nak decorate sikit meja aku. Bagi cun sikit macam tuannya. Hehehe. Fail yang aku susun tu ingat nak letak kat rak and tempat fail tu nak letak pokok ke apa ka. Dah kata keja ngan pokok. Harusla letak pokok kan. Tak tau nak hias apa. Aku bukan reti pon. Kang serabut balik.

Sesapa yang suka hias-hias ni bleh la bagi cadangan apa-apa kat aku.


p/s: Aku dah beli pokok!

No comments: