Malasnya nak update blog. Ntah apa nak taip ntah. Semua pon berjalan seperti biasa. Isnin to Jumaat, 8.00 am to 5.00 pm, kerja. Lepas kerja lepak dirumah. Hari cuti hujung minggu jumpa Zarul.
Semalam p kenduri kat Kepong, member aku kawen ngan Sunway, member Zarul kawen. Seperti dijangka, soalan cepu mas mesti akan keluar. Nanti aku nak kawen aku bagitau la pada sesapa yang nak tau. Huhuhu. Oh, open house umah kakak Zarul pon p jugak. Then, Zarul nak beli laptop lak. Menapak lagi dengan high heels. Melecet habis. Kaki cap ayam ni memang sesuai ngan selipar getah je. Huhuhu.
Hari ni, pada pukul 6.00 petang, aku sangap keseorangan. Bosan dok umah cuti-cuti. Orang dapat laptop baru, mana la nak dating ngan awek lama ni. Mestila nak gomol-gomol ngan awek baru kan. Huhuhu. Pagi tadi p Perodua tengok Myvi SE yang baru nun. Survey untuk apply loan gak. 3 outlet kami p untuk tanya-tanya pasal loan keta ni. Memula, aku yang nak beli tapi akhirnya Zarul yang nak angkat. So, daripada aku beli keta baru, bek dia beli. Sok Zarul jadik laki aku gak kan Pastu keta tu pon aku punya gak kan. Lagipon, aku masih cinta mati kat Kancil aku. Hehehe.
Lagi, p beli bag laptop baru untuk laptop baru Zarul. Semua nak baru aihh. Kaya kau Zarul. Tapi tak jugak masuk meminang aku. Dari kau beli laptop bek kau masuk meminang aku. Laptop tu boleh ke picit jerawat kau?Aku jugakla picitkan jerawat kau. Hahaha. Gilo.
Balik umah, kemas bilik. Kipas pon kena gosok oleh aku. Semangat waja tetiba. Lepas tu semangat waja pudar tetiba. Tangguh lipat kain 2-3 hari lagi. Hehe. Bosan duh. Nak datinggggg!!!
Sudah.
No comments:
Post a Comment