November 13, 2008

Rojak

Malasnya nak update blog. Malas pon bukan apa tapi sebab tak ada idea nak update apa. Nak cerita masak-masak, apa sangat la aku masak pon. Tak kan nak boh resepi memasak megi goreng kot kan. Last aku masak adalah tadi iaitu masak telur goreng. Hehe. Aku rasa azam aku tahun 2009 adalah memasak resipi yang guna lebih dari 3 bahan. Pastu boleh post kat blog. Huhu.

Rutin harian aku dah berubah sejak 2 minggu lepas. Kalau dulu pas keja balik umah terus. Tapi sekarang pas keja, tukar baju ke shopping jogging attire, terus berjogging. Aku jogging seminggu 3x. Tak tau aa sampai bila aku semangat nak jog-jog ni. Harap-harap sampai tua la kan. Haha.

Sabtu ni kena p bank sign agreement loan keta aku lak. Kalau lulus loan ni dapatla aku kereta baru dan makin miskin la aku lepas ni. Terpaksala aku sekat nafsu membeli-belah aku ni. Duit kutu aku pon tinggal lagi 2 bulan je nak bayar. So kira ok la kot. Tapi next year aku dah nak kena pindah umah sewa lain lak, nak beli perabot sikit-sikit jugak. Preparation untuk hidup berdua ni makan duit banyak betoi kan? Huhuhu.

Surat tawaran master dah selamat aku terima. Alhamdulillah. Tak lama lagi aku akan jadi full time student plak. Lagi la aku miskin. Huhuhu. Cepatla master aku ni habis. Tak larat aku nak jadik student lama-lama. Kutip data tinggal lagi 3 kali je lagi. Skang dah start writting chapter 1 dah (Ni pon sebab makcik bebel baikkk punya kat aku). Tapi tang ambik data soil, air semua tak start 1 pon lagi. Rajin sikit Meh oiiii!

Malasnya nak taip lagi. Dahla.

2 comments:

Nurul said... [Reply]

yah...
nk hidup berdua ni mmg banyak pengorbanan nk kna wat kn...?
kn..?
huhu...
apa2 pn gud luck utk ang punya masters...chaiyyok...!

Mommy Meh said... [Reply]

betul tu.