Apa ek target 2009 ni. Target lama yang dari 5 tahun lepas tak tercapai-capai adalah mendapat berat idaman. Jadinya, tahun ni masih nak target mendapat berat idaman. Takpa, lama-lama mesti tercapai.
Harap-harap tahun 2009 ni aku dah complete ambik data. Juga, bercita-cita nak siapkan Chapter 1, 2 dan 3. Dan sekirannya terer tahap gaban boleh siap tulis tesis tahun ni gak (Tau susah. Tapi takpa. Target kena lebih-lebih supaya usaha keras). Sebab nak habis master cepat-cepat bukan apa. Sebab nak ikut bakal suami posting. (Pastu kerja aku camna?Huhu) Selesai berkaitan study.
Target tahun ni yang paling mesti dicapai adalah berkahwin. Dulu target nak kahwin umur 25. Tahun ni aku dah 25. Jadi mesti kahwin. Hehe. Lepas dah kahwin kalau boleh nak anak tahun ni gak. Haha. Sebab target nak ada anak 3 orang sebelum 30 tahun. Tak tau kenapa nak terget camtu. Haha.
Kalau ada rezeki tahun ni nak beli rumah. Walaupun nampak macam susah nak tercapai, aku akan usaha sebaik mungkin. Harap-harap tahun ni aku boleh simpan banyak duit daripada keluar duit sahaja. Juga tak lupa aku ingin membeli TV plasma. Tak tau tercapai ke tak. Harap-harap ada orang hadiahkan masa aku kahwin nanti. Hehe.
Mulai tahun ni, setahun sekali aku mesti bercuti dengan pergi menggunakan kapal terbang. Tahun ni InshaAllah my family, Zarul and aku akan bercuti ke Kuching. Dan kalau ada rezeki lebih boleh pergi ke tempat lain pula seperti Bandung.
Tu je la yang aku terfikir buat masa ni. Kesimpulannya, tahun ni:
- Complete ambik data, Chapter 1, 2 & 3
- Mendapat berat idaman
- Berkahwin dan ada anak sorang
- Beli rumah & TV plasma
- Ada akaun simpanan yang tak bleh aku guna untuk shopping
- Holiday p naik kapal terbang
1 comment:
bagui2....semoga impian 2009 ko tcapai semuanye...=)
Post a Comment