July 7, 2009

Tak Ada Tajuk

For those yang tau or tak tau aku bagitau lagi sekali la kot yang aku telah selamat mewujudkan blog untuk mendapat pendapatan pasif. Walaupun aktiviti pembelian agak pasif tapi at least aku dah berjaya membuat satu perubahan dalam hidup. Maknanya aku kena lebih berusaha untuk tidak menjadikan pelaburan aku sia-sia. Biar slow-slow tapi berjaya. Pada yang membaca blog aku, silalah promote shop blog aku yea. Hehe. Nampak gaya kena lebih promosi lagi. InshaAllah akan aku cari produk yang lebih menarik dan affordable untuk semua. Huhu.


Dalam susah-susah aku nak pikir camna nak suruh orang beli, ada jugak khabar yang at least dapat menghilangkan stress aku. Huhu. Ingat tak aku pening-pening nak p interview ke tak tu? Dalam tak p interview tu, aku dapat pulak job tu. Happy sebab tak p interview pon dapat and tak happy sebab rasa serba salah bila tolak job tu. Aku awal-awal dah tolak job tu. Aku nak habiskan dula master aku ni. Nak buat satu-satu bagi selesai. Jangan tamak ok. Hehe.


Tapi yang buat aku lega sikit adalah aku dah dapat biasiswa yang bajet mini tu. Hehe. Happy sangat. Walaupun takla full biasiswa tapi at least dapat la jugak kan. Pada sesiapa yang tak apply lagi silalah apply. Boleh jugak meringankan beban dan bagi semangat untuk habiskan master. Hehe. Boleh baca dengan lebih lanjut kat sini. Yang dah apply lak boleh check kat sini. Kena alert sikit bab ni sebab tawaran valid 14 hari dari tarikh surat tawaran.




Ok. Selamat berjaya untuk semua dalam apa jua yang anda lakukan. Tak apa kalau kita tak berjaya or tak mendapat apa yang kita nak. Yang penting adalah jangan putus asa (bukan kerjasama). Haha.

Till then, happy day everyone. Jangan lupa shopping kat kedai aku. Huhu.

1 comments:

Tulip said...

bagusla dpt scholarship.skrg kan cam susah nk dpt..btw, goodluck ;)