Final Destination, Buffet IKEA, Hi Kimber & Hadiah Hari Lahir
- Aku dah tengok The Final Destination in 3D lagi ok. Ni 1st time aku tengok 3D wayang yang bukan cartoon. Macam yang semua tau, Final Destination ni camtu je la cerita dia. Ngeri jugak la. Pada yang tak bleh tengok darah ke or mayat yang pelik-pelik ni, nasihat aku tak payahla semangat beratuq p beli tiket.Hehe. Tambah-tambah yang 3D.
- Tahun ni berjaya jugak Zarul and aku berbuka puasa kat IKEA. Dari dulu lagi nak p, tapi tak penahnya nak sampai. Terima kasih kepada Waroeng Penyet yang sudah penuh direserved pada pukul 5 petang T_T Sekaligus melaksanakan impian berbuka puasa di IKEA sahaja. Dengan harga RM15.90 aku rasa sangat berbaloi dengan apa yang aku dan Zarul makan. Malu we all asyik ulang ambik makanan je semasa orang masih tengah beratur. Hehe. Makanan ok and paling best desert puding telur (Zarul bagitau namanya, aku pon tak sure). Kalau nak datang, please datang awal kalau tak tak ada tempat & bila dah azan, korang still beratur lagi ambik makanan.
- Hi Kimber! Kimber adalah salah satu aset baru pada RakBaju. Kimber telah menjadi ahli keluarga RakBaju pada 4 September 2009 yang lalu. Lepas ni dah tak ada human model dalam RakBaju. Selamat datang Kimber!! Oh, Kimber ni tak seksi macam Kimber Nip/Tuck tu yea. Tapi tuan punya Kimber ni yang seksi. Auww! Trivia: Kimber adalah patung fiber yang dinamakan oleh Zarul sendiri. Yeah, Nip/Tuck obsession.
- Ini yang paling best sekali terjadi dalam masa seminggu ini. Dah dapat hadiah hari lahir dari Zarul. Sebentuk cincin emas 916 dari Poh Kong. Smitten! Hehe. (Bilanya cincin nikah Zarul oiii?) Actually aku yang mintak cincin ni. Tak adanya dia nak surprise romantik-romantik ni. Tak romantik pon laki aiii. Hehe. Dari dapat hadiah handbag ka apa ka baik cincin emas. Tarak duit boleh jual. See?Aku memang berfikiran wanita usahawan. Hehe.
3 comments:
owh..kalo camtu aku pon terpaksa gak suh nik belikan aku cincin emas nnt..
hahaha..
bijak..bijak..bagus idea hang ni meh..huhu
aku nya loket emas x-bf bagi dulu tunggu masa nak juai ja nih.. duit xdak nak pakai raya.. sangat kesian.. huhu
Afzan: hang mintak ja apa2 pon yang emas. hadiah dapat, harta pon bertambah.aku ingatnext year kalau zarul dah kaya sikit aku nak mintak gelang emas lak.hehe
(aku bagitau zarul dia kata "Kikisla Meh,kikisla sampai habis". Hahaha.
Ijan: Takpala loket xbf bg.kalau zafrul bagi barula sedih and kesian.Hehe
Post a Comment