December 31, 2009

Last Post. Bye 2009.

Aku suka '09. Walaupun tak bleh kata tahun terbaik, tapi sememangnya ianya tahun paling bermakna skali (poyola ayat!).


Banyak perkara penting yang bermula pada tahun ini.Bermula dengan membeli kereta baru. Biarpun bukan kereta pertama, tetapi sesuatu pengalaman hebat sebab aku sendiri yang pergi survey dan selesaikan semua urusan. Sebelum ni harap mak ayah je nak buat semua.


Seterusnya pertama kali menyewa rumah. Alhamdulillah, aku rasa itu rumah terbaik yang pernah aku sewa. Paling bangga adalah aku berjaya membeli perabot rumah guna hasil titik peluh sendiri. Satu kepuasan yang susah nak difahami.


Perkara baru dan baik tak terhenti takat tu ja. Berjaya mendaftar sarjana. Tak tipu yang memang susah nak balance kerja dan study. Banyak kali juga rasa lemah sangat-sangat. But hingga hari ini, syukur masih bertahan.


Paling manis tahun ni adalah aku berjaya membawa satu keluarga aku bercuti di Kuching. Tak jauh mana pon tapi cukup puas melihat semua gembira. Harap tahun depan rezeki lebih murah dan aku nak tengok senyuman dan keterujaan yang sama berulang lagi.


Rak Baju bermula pada tahun ini jugak. Sayang sangat baby yang satu ni. Masa mula-mula Rak Baju wujud rasa memang tak mampu nak buat. Masa awal-awal dulu, bukak emel, inbox zero. Menitik air mata bila rasa kesungguhan tak berbaloi. Duit modal ni datang dari honororium aku incharge international workshop. Hari ni, terakhir di '09, inbox rakbajushop dah mencecah lebih seribu. Terima kasih mak ayah yang banyak doakan aku.


Penutup tahun '09 rasanya lebih bermakna lagi. Family Zarul datang merisik dan bermula satu lagi journey aku dan Zarul. Untuk sampai di tahap ini, banyak dugaan yang dah dilalui. Tak terkira rasanya berapa kali air mata aku tumpah. True indeed yang Allah SWT lebih tahu apa yang dirancangnya.


Walaupun masih ada azam tahun lepas yang tak tercapai, aku tak kesah langsung. Sebab apa yang aku dapat adalah lebih dari apa yang aku mahu. So yes, tahun '09 adalah tahun permulaan semua perkara terbaik yang berlaku dalam hidup aku. Hanya ada 1 azam tahun baru.



Mahu kesemua perkara terbaik yang bermula tidak terhenti setakat itu sahaja.



Selamat tahun baru semua. 2010.

1 comment:

Anonymous said... [Reply]

yeahhhh...moving forward...
gud lux meh...;)