Last couple of days, one of my colleague melemparkan soalan cepu emas. I never thought in a million years (opss melebih pulak) he would ask this question. "Tak rindu ka?" (referring rindu kat Zarul). Oh man! Masa tu ada kot dalam 5 seconds aku terdiam. Bukan terkejut. But aku cuba mencari jawapan menggunakan akal. Bila mula masuk bab perasaan dan yang bertanya adalah lelaki, cepat-cepat aku keluarkan perisai aku. Zarul taught me well bila perasaan + lelaki. Zarul keep reminding me yang apa sekalipun masalah antara aku dan Zarul, jangan sesekali bercerita dengan lelaki. Biasalah kan, bila hati terluka, cepat ja nak cari tempat mengadu. Semuanya make sense lah kan. Aku tau dia tanya ikhlas dan seperti yang dah biasa diajar, aku jawab dengan tidak menjawab soalan. Dan seterusnya berterusan dengan lawak-lawak bodoh.
Bila usia meningkat naik, banyak yang aku simpan sendiri. Cuma kat sini ja special sikit. Tapi sekarang, aku tau makin ramai silent reader yang directly kenal aku and i find it very uncomfortable. Kalau takut dilambung ombak toksah main tepi pantai kan? Right!
Kebelakangan ni ada seorang colleague aku yang mula menyentuh aku. Setakat cuit sebab mungkin aku tak dengar tu tak pa la kan tapi ni dengan cara menumbuk bahu aku kekonon geng. Rasa nak tumbuk rahang dia masa tu jugak. I am very pissed.
Yes, i am a very open minded person. Tapi itu tak memberi kad hijau untuk menyentuh aku kekonon geng gila dan sangat ala-ala tak kesah. Aku kesah ok. Ok, aku bleh handle sex harassment secara verbal di tempat kerja tapi not for this time. Lepas kejadian itu, aku cuba nak keep distance. Tidak mahu membuka ruang yang dia ingat aku geng dia dan boleh dibuat sesuka hati. Sebagai seorang personel yang berada di atas mereka, aku berharap sangat that mereka ada respect terhadap aku. Jika tidak mahu anggap aku personel yang bertanggungjawab keatas mereka sebab aku muda, tolonglah hormati aku sebagai seorang wanita, anak perempuan seorang lelaki seperti mereka dan bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki seperti mereka.
Aku cuba jaga penampilan kat tempat kerja. Aku jarang sangat-sangat pakai seluar kat tempat kerja. Tiap-tiap hari aku pakai baju kurung. Ada yang baju kurung zaman MRSM pon aku pakai. Aku tak kesah baju kurung aku tak mahal dan buruk. You can say it right to my face pon tak pa. Sebabnya, adanya mata-mata lelaki gatal yang lebih kurang sama usia dengan ayah aku. Pakai baju kurung pon dok gatai lagi. WTF la wei. Aku sangat malu dan sangat kesian. Mengapa mereka tak fikir yang anak mereka pon mungkin seusia aku. Bila lihat perangai mereka, aku bersyukur sangat dapat ayah yang begitu profesional dalam kerjaya dan tunang yang begitu menghormati wanita.
I don't blame men sebab dah nature camtu kan. Salah juga jatuh pada wanita. Membuka ruang sehingga rasa seperti sangat tidak kesah. Ini bukan nak salahkan sesiapa. Dan aku bukan jenis tak kawan ngan lelaki ka apa. Aku kawan dengan semua jenis jantina. Songsang ka lurus ka semua aku layan. Tapi ada batas-batas yang perlu masing-masing jaga.
Oh panjangnya entry kali ni. Takpa la sesekali nak buat luahan perasaan. Bercampur-campur lak apa yang aku tulis. Hehe. Entry ni tidak ditujukan pada sesiapa yea.
Kecewa betul. Tak nak nampak murah.
2 comments:
Meh..aku kat sini pon pernah terkena mcm tu..This man, which i can call pakcik duk slumber2 menepuk tampar, memegang bahu kononnyaa mcm laa aku ni anak gadis dia..Duiii malu weh.. betul2 aku rasa mcm murah bila org tgk aku & senyum sinis..Apa yg aku buat?? bila dia buat lg, aku cakap kuat2.."Bang..kot ye pon rindu bini jgnlee sy jd mangsa" *dlm nada bgurau supaya dia pon x terasa sgt.. now..tidak lagi begitu !!
tula kn. kesian sangat kat mereka ni. aku pon selalu terpikir apa yang aku buat sampai nampak aku seorang yang sangat tak kesah. tapi bila fikir balik, aku bos depa dan kenapa depa tak rasa segan. oh maybe sebab aku muda tapi WTF la kan aku muda tak layak jadi bos.
next time jika lelaki kesian ni buat lagi, aku akan cakap secara terang tanpa fikir dia akan malu depan orang lain yang aku tak suka. kita fikir nak jaga malu dia tapi kita yang malu. kenapa la dia yang banyak pengalaman hidup tak pernah sedar hal ini. macam dia lak yang lahir tahun 84.
Betul aimi, kita sebagai perempuan tak harus kelihatan murah. Mungkin nampak mudah tetapi bukan murah.
kesian..
Post a Comment