July 1, 2010

Cinta Saya

Oh, tak tau nak start camna. Dah lama tak update. Cerita-cerita kawen pon tak update. Honeymoon pon sama. Skang malas betul nak menaip-naip ni.

Masa honeymoon hari tu saya dah rasa tak sedap badan. Asyik penat, mengantuk then macam ada loya-loya. Nak mengaku pregnant macam poyo je la kan sebab saya mabuk laut masa kat sana. Tapi husband asyik kata saya pregnant ja. Kalau ikut fertility calendar, seminggu pas saya balik Krabi boleh buat UPT dah. Balik ja dari Krabi saya terus p beli kat pharmacy. Macam malu oh nak beli. Huhu. Balik umah malam tu terus nak buat walaupun fertility calendar kata 2 hari lagi patutnya boleh buat and urine pagi yang paling baik. Sebab gedik teramat saya buat jugak dan akhirnya hanya 1 line saja. Huhu. Husband bebel-bebel sebab kata saya degil.

Jadi, selepas 2 hari saya cuba lagi. Kali ni saya buat pagi before p keja. Masa tu husband tengah tido dengan sedapnya. Sementara tunggu result mandi, siap-siap nak p keja semua. Then saya tengok ada 2 line. Hasrat nak buat surprise dah tak jadi dah. Terus menjerit kat husband kata saya pregnant. Kesian husband saya yang terkejut dan bengang. Lama skit dia macam baru register apa yang saya jerit. Nasib baik tak jadi marah. Huhu.

Yeayy! Saya skang dah disahkan pregnant. Baru 5weeks. Cinta saya kecik je lagi. Besar tadpole je. Harapnya, cinta saya membesar bagai juara. Biar maknya semakin gemok asalkan cinta saya selamat dan sihat. So far saya tak muntah or pening. Loya masa petang, cepat ngantuk and cepat penat je. Tak sabar nak tunggu next month sebab Dr. nak scan cinta hati saya. By that time cinta hati saya masih kecil tapi dah ada heart beat. Yeayy!

Cinta saya yang alahaiiii keciknya. Hehe.

3 comments:

shafzan.m said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
w|cKa` said... [Reply]

bila zarul bleh tukaq semenanjung? ka hg yg tukaq p swak?

Meh said... [Reply]

ijan: zarul la kot tukaq mai sini.opis aku ni satu ja kat sini. xdak cawangan2 lain. kalau ada rezeki ada la. br nk apply transfer. hg xdak kabel ka ijan?