
" Nobody gonna love me better,
I must stick with you forever,
Nobody gonna take me higher,
I must stick with you."
- PCD, 2005
Suami ada disisi dah lebih dari 24 jam. Sangat happy. Bila jalan ada orang tengok kan jalan, pegang tangan, tolong bawak barang, belikan makanan dan macam-macam lah. Selama 2 bulan tidoq sorang-sorang, malam tadi tetiba ada orang cuddle lak. Huhu. Terjaga-jaga pulak sebab tak biasa ada orang kat sebelah. Selalu lil' baby ja yang sebok tendang sana sini. Celik-celik mata nampak suami kat sebelah. Kalau tetiap pagi kan best.
Aktiviti saya dan suami dari semalam dan seterusnya adalah jalan-jalan, shopping dan makan. Letih, penat semua dah ntah kemana sebab seronok sangat berjalan. Tunggu suami balik lah baru nak camni. Ada banyak barang tak beli lagi jadi petang ni sambung hunting lagi lah nampaknya.
Ok, ntah apa nak update. Sebab seronok sangat terus rasa nak update. Gambar pon asyik recycle je kan. Nanti saya buat photoshoot ngan suami yea. Bila rumah dah kemas lah. Sekarang macam kena ribut taufan. Tapi saya dah pesan kat suami tak payah kemas rumah masa saya kat opis. Sebab saya nak kemas sama-sama. Dah lama tak buat aktiviti tu. Suami saya ni rajin terlebih. Kesian pulak saya. Dahla saya ni tak pandai masak, tak kan mengemas pon nak suruh dia kan.
Having suami around adalah sangat membahagiakan. Hehe.
2 comments:
Bahgianya...i'm happy that u r happy there by his side..
Gi beli brg baby apa yg patut, nnt dah sarat, jenuh pulak.
Oh yer, aku dah tfikir nak bg hadiah apa kat hang, nnt dah nak due habaq mai noh !!
Ala, semua pon akan ada saat-saat bahagia kan. Aku nak menunggu saat-saat bahagia dah konvo macam hang tu. Ntah bila la agaknya. Aku memang dah start beli-beli dah pon. Tumpang laki aku ada bleh angkat barang. Due lambat lagi la. Awal bulan 3.
Post a Comment