Yang atas sekali tu saya pon tak nampak rupa apa. Tak taula apa tujuannya Dr. print kan untuk saya. Macam kepala pon ada, perut pon ada. Gender belum tahu lagi sebab tadi punggung dia menyorok disebalik placenta saya. Tak apa, maybe lil' baby nak tunjuk kat daddy sama kot. Suami sayang, sila bersabar yea.
Yang ni clear skit. Dr. saya siapkan label lagi. Masa scan geram sangat sebab sebok ja dia nak menendang sana sini. Tapak kaki dia alahai kecikla sangat. InshaAllah next month nak p scan 4D and nak attend kelas antenatal. Tengah cari mana yang bukak skang ni. If sesiapa tau sila bagitau yea.
Lil' baby, semoga membesar dengan baik dan sempurna. Daddy and mummy tak sabar nak jumpa kamu, nak peluk kamu, nak cium kamu and nak main ngan kamu. Syukur alhamdulillah atas kurniaan yang Allah SWT bagi. Tak tau nak bagitau perasaan macam mana.
Ok. Mummy nak balik cari makan. Lapar la sebab kamu tu buas sangat. Ok, tipu tak ada kaitan pon baby buas dalam perut dan lapar. Sendiri kuat makan nak salahkan anak dikandung. Hehe.
No comments:
Post a Comment