December 21, 2010

One of My Problem Solved!

Hehe. Ok, saya sebenarnya suka sangat bergantungan pada orang lain. I'm not independent enough. Kalau ada suami kat sisi, semua nak berharap gantung pada dia. Suruh dia teman tu la, suruh dia pikirkan apa-apa la, suruh dia buatkan la. Bila suami tak ada kat sisi automatic akan terus berharap pada ayah la pulak. Telefon tanya tu la, suruh buat tu la. Hehe. Dah 26 pon masih tak reti-reti nak berdikari. Bila 2-2 tak ada mulala kalut-kalut. Hehe.

Masalah 'besar' bagi saya baru-baru ni adalah nak renew roadtax ngan insurans. Hehe. Tula, orang suruh belajar malas. Kan apa pon tak tau. Dulu punya kereta semua ayah yang setel kan. Sekarang punya kereta sebab dah beli kat sini kena handle sendiri la kan. Tahun pertama, orang kereta buatkan. Ok, setel. Tahun kedua, ada runner yang tolong buatkan. Ok, setel. Tapi tak puas hati sebab kena bayar mahal. Dia tak tanya pon apa yang saya nak/tak nak. Ok, salah sendiri sebenarnya sebab tak bagitau awal-awal. Tahun ketiga, sebab nak murah kena buat sendiri. Tapi bila dengar prosedur macam malas nak ke sana-ke sini. Alasan utama sebab perut boyot malas jalan. Hehe. Bleh terima tak?

Jadi, untuk menyelesaikan masalah, saya telah bertemu MyEg Services Berhad. Apa pon tak tau masa isi form online tu. Pastu tinggal separuh jalan ja. Tanpa diduga orang MyEg call untuk buatkan. Yeayyyy! Untuk orang yang tidak tau berdikari ini adalah berita baik! Hehe. Bagitau apa yang nak, apa yang tak nak. Communicated via phone and email pastu siap. Terima kasih Anim Wahab sebab bantu saya. Road tax pon dah selamat sampai tanpa saya mengoyangkan bontot pergi mendapatkannya. Sangat cepat dan tangkas. Jadinya saya sangat gembira.


Terima kasih MyEg kerana menjadikan orang yang tak reti berdikari ini terus malas nak berdikari. Hehe.

No comments: