January 3, 2011

2010 Recap

Dah masuk 2011. Agaknya tak terlewat kot nak wish Happy New Year semua! Alhamdulillah, 2010 has been a great year for me. Below adalah highlight of the year lah kot.

Januari

Yeay! Saya selamat menjadi tunangan Zarul. Selepas macam-macam terjadi, so akhirnya bertunang jugak. Hehe. Bulan ni jugak saya dan Zarul dah 6 tahun bersama. Weee!


Mac

Bersama kawan-kawan ke Chagar Hutang. Oh bestnya. Pasni kalau nak pergi lagi mesti susah sebab ramai dah kawen. Huhu.


April

Mak, Ayah dan saya ke Padang. Syok borong kain. Kalau ada rezeki nak p lagi. Tapi agak takut jugak kat sana tu.



Jun

Alhamdulillah, saya selamat menjadi isteri yang sah kepada Zarul dengan sekali lafaz. Hari yang sangat gembira, sangat membahagiakan.


Percutian pertama saya dan suami adalah di Krabi. Weeee! Makanan best, tempat pon best, semua pon best lah. Lagi best bila pergi dengan suami lah.


Bulan ni jugak saya disahkan hamil. Hehe. Saya dan suami pon tak sangka diberi rezeki secepat ini. Tapi Allah SWT lebih mengetahui yang mana lebih baik. Kita hanya merancang tetapi rupanya rancangan Dia lebih hebat lagi.



Julai - Disember


Tak ada yang special selain saya ada 2 heartbeats. Hehe. Hari-hari melayan lil' baby. Berdoa yang semuanya selamat. Buat persediaan untuk sambut lil' baby dan juga berjuang menyiapkan thesis.

Tahun 2011 punya azam:

1) Nak siapkan thesis & nak konvo
2) Nak fully BF lil' baby
3) Nak cari keja tetap
4) Nak holiday ber-3

Tu je. Harap-harap tercapai lah yea.

No comments: