January 18, 2011

Cepatlah Pukul 5

Cepatlah pukul 5. Sebab...sebab..sebab..sebab.. nak makan ni:



Hehe. Makin ketagih pulak dah sekarang. Harap-harap sangat ini adalah temporary phase yang berlaku semasa mengandungkan lil' baby. Bangun pagi terus cari benda ni. Sampai satu hari asyik sangat belek ais batu ni tak perasan suami dok tengok ja. Dia kata saya siap cium-cium bau ais lagi. Haha. Ok, yang tu memang tak perasan. Sedar-sedar nampak suami tengah dok tenung saya sebalik pintu peti ais. Nasib baik tak kena heart attack ok. Huhu.

Ais batu saya ada bentuk ikan, bunga ngan 4 segi tu la. Paling suka makan yang bentuk ikan tu. Mesti nak gigit ekor dulu. Ada sekali tu terlupa nak refill balik. Macam sedih ja sebab tau nanti mesti lambat lagi nak makan ais. Tapi tetiba tengok suami dah refill kan. Hehe. Happy!!!! Dah paham sangat dah kot kat bini dia. Kadang-kadang tengah baring kat katil boleh bangun p dapoq nak ambik ais. Pastu nanti dengaq suami tanya nak p ambik ais ka? Hehe.

So far, saya google tak jumpa lagi ais batu ni bad for health ka apa. Cuma kata bad untuk gigi je la. Dan ada satu lagi bagitau bagus untuk diet. Namanya Cold Water Diet. Tapi banyak saya jumpa kes yang craving for ice cube during pregnancy ni. So me is normal la kan?Hehe.

No comments: