January 6, 2011

Kaki Ku Bengkak

Selalunya dah masuk 3rd trimester ni, kaki bengkak pon mulalah menjelma. Saya pon tak terlepas rupanya mengalaminya. Seksa aih nak beli kasut. Dahla memang kaki bersaiz kapal, tapi bila dah bengkak ni ish tak taula mana nak beli kasut yang selesa dan bersaiz besar dari kapal. Tak pa, hari ni saya mencari tips menangani bengkak kaki.

Sumber: Blog Bengkung Moden

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

  1. Elakkan dari berdiri terlalu lama - Ok checked.
  2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki. - Ok bawah meja memang ada kotak plastik.
  3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda - Yang ni tak buat lagi. Malam ni kena buat.
  4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki - Yang ni kena buat jugak. Kadang-kadang sebok buat keja sampai tak bangun dari kerusi.
  5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki - Ok kena minum lagi banyak ni.
  6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat. - So far memang tak pakai stokin.
  7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar - Ok. Checked.
  8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food - Ok, yang ni kena ambik perhatian lebih skit.
Ni tambahan info dari Ratu Hati pulak:
  1. Rendam kaki dalam air sejuk. - Tunggu suami baliklah buat.
  2. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama. - Ok. yang ni tak buat.
  3. Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. - Kena buat ni.
  4. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. - Garam ok, tapi pedas? Huhuhu
  5. Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan. - Nak beli hari tu tapi mahal ohhhhh!
  6. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.- Naik turun tangga kira senaman tak? Hehe.

Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:

  • muka atau keliling mata bengkak. - Mata bengkak kot sebab tidoq lewat tulis thesis T_T.
  • tekanan darah tinggi. - So far, baik-baik saja.
  • kencing kotor. - Ok, tak ada ni.
  • sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu. - Rasanya sama ja bengkak. Hehe.

No comments: