May 12, 2011

Maysa - 2 Month


Alhamdulillah, my baby girl dah 2 bulan. Semoga makin membesar dengan baik, sihat dan bijak. Sekarang Maysa dah jarang bangun malam. Selalunya sebelum tido dia akan minum susu then nanti pukul 6 baru dia bangun. Tapi kadang-kadang pukul 4 pagi saya bangun bagi susu bila tengok dia macam gelisah je. Kalu menyusu punyala lama. Naik lenguh badan. Huhu. Maysa skang dah behave bila bawak kuar jalan-jalan. Rasanya behave sebab mommy dia dok dukung ja kot. Hehe.Kalau letak dalam stroller mula la nak nangis. Dah pandai gelak-gelak, senyum-senyum bila di agah. Dah boleh reply balik bila kita sembang-sembang dengan dia. Hehe. Setakat ni Maysa cepat tertarik dengan cahaya compare to bunyi. Kalau bagi tengok lampu yang kelip-kelip tu lagi suka. Dah nak masuk 2 minggu Maysa duduk ngan babysitter bila saya pergi kerja. Time lunch saya pergi susukan Maysa. Boleh peluk-peluk, cium-cium Maysa sekali. Hehe.

Untuk record, berat Maysa dah 5.35kg dan 58cm panjang.

No comments: