June 13, 2011

Maysa Demam ;(

Agaknya sekarang memang musim demam kot. Sana sini dengar baby demam. Maysa pon demam jugak Jumaat tadi : ( Cukup umur dia 3 bulan dapat hadiah 1st time fever. Takpa la Maysa, fever pon ada baiknya jugak.

Petang Jumaat lepas keja masa ambik Maysa, babysitter bagitau Maysa demam. Suhu dalam 37 ++. Dah tak ingat berapa yang babysitter bagitau. Sian dia. Masa ambik tu senyap je. Masuk keta dah mula meragam. Sikit lagi nak sampai umah terus nangis jerit-jerit. Terpaksa berhenti tepi jalan nyusukan Maysa dulu. Then bila dia dah ok, baru sambung drive balik umah.

Sampai je umah, bagi ubat, tampal cool fever. Bila demam, manja lebih sikit la kan. Asyik nak melekat je ngan mommy. Nak tido pon peluk. Malamnya saya tak tido sebab Maysa asyik merengek. Dia tido kejap-kejap je. Sian anak mommy. Sepanjang malam tu asyik pantau suhu je takut lagi naik. If lagi naik memang saya bawak p klinik terus.

Esok paginya panas dah kurang. Dah mula nak senyum-senyum, gelak-gelak. Bila dah petang tu dia dah sehat dah. Suhu pon dah kembali normal. Malam tu dia tido tak jaga-jaga dah. Alhamdulillah. Rindu la pulak kat Maysa.


Alololooo..siannya dia.

No comments: