June 29, 2011

Tukar Kerja, Naik Pangkat?

Esok adalah my last day working here. Sob sob sob. Setelah 4 tahun kerja, lusa saya akan bertukar kerja kepada jawatan yang lebih penting. Yang selama ni hanya part time saja. Hehe. Semoga lepas ni mommy Maysa akan dapat kerja yang lebih baik dari setiap aspek. Part of me sangat-sangat bersyukur yang saya dah tak kerja kat sini lagi. Selama ni SABAR tu dah jadi my middle name dah. Betapa saya banyak berdosa masa kerja kat sini. Bila dah sampai tahap mendoakan seorang hamba Allah SWT tu mati, maknanya memang dah sampai limit dah la tu kan. Sebahagian part lagi, rasa sedih sebab kat sini la saya belajar banyak perkara. Kat sini banyak bagi inspiration untuk saya lebih maju, pandang kehadapan. Berada di keliling orang yang bijak pandai buat hidup rasa lebih bermotivasi. On the brighter note, cv saya pon nampak seperti sesuatu yang boleh dibanggakan. Pengalaman tu yang priceless. Terima kasih kerana menjadi batu loncatan pada saya untuk lebih maju kehadapan.

Lusa, saya akan menjawat jawatan yang sangat penting iaitu General Manager family kecik saya. Nampak macam remeh tapi setiap benda mempunyai impak yang tinggi. After this maybe bila superdaddy balik rumah dapat tengok pemandangan yang tak menyakitkan mata lagi. Dalam top list skang adalah membersihkan rumah tanpa sedikit habuk pon. Hehe. Semoga cantik macam hall orang ni. Suka la. Luas, simple. Bolehla saya, superdaddy and Maysa golek-golek.


Eh, dah merapu benda lain. Pasni, mudah-mudahan saya ada masa nak siapkan thesis. Mungkin lepas tu rezeki mommy Maysa makin bertambah. Skang saya tengah cari kerja. Masih dalam perbincangan dengan superdaddy samada kami pindah Miri dulu or saya balik kampung minta belas ehsan mak ayah bagi anak-beranak ni tumpang berteduh. Hehe. Sementara tu, kita happy-happy je dengan jawatan baru ni. Life must goes on y'all! Semoga mommy Maysa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Aminnnn.

Till then. Toodles!

4 comments:

shafzan.m said... [Reply]

aku tibe2 nk suggest hg p dok miri ngan rudit weh..senanglaa aku nk p sarawak bleh singgah umah ampa..haha..tak pasal

Mommy Meh said... [Reply]

miri bukan ada apa pon weh.kalu kuching best gak bleh jalan2.eh hg dah tunang kan?

w|cKa` said... [Reply]

ikut dok miri la sementara nak dpt keja lain. siapkan thesis kat sana.. mlm2 bleh daddy tgkkan maysa masa mommy ngarang thesis.. dpt daddy tgk pekembangan anak dia depan mata.. hisup xkan boring kalo dpt bersama even tempat tu boring yg amat.. aku dulu dok melaka tempat tu pekan koboi.. xdak apa.. tp xpenah rasa boring sbb sentiasa ada org yg aku syg depan mata..

shafzan.m said... [Reply]

aku sokong izan..makcik aku penah dok miri..dia ckp dpt sep byk pasai brg murah la jugak plus takdak jalan mana2..hehe..

aku blom laa weh tunang..insyaAllah soon..planning ujung thn ni kenduri..ampa doa2 la ye..hehe