August 2, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa semua! Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru ja puasa last year. Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama saya berpuasa sebagai seorang ibu. Taklah terasa sangat sebab anak belom besar nak kena kejut bangun sahur kan. Hehe.

Tahun ni tahun kedua berpuasa sebagai isteri dan tanpa suami kat sisi. Rasanya taklah terasa sangat berbanding last year. Last year dengan mabuknya lagi, dengan duduk sorang-sorangnya lagi. Memang macam-macam dugaan lah. Tapi shukran jazeelan, tahun ni bertambah baik dan sangat seronok sebab adanya Maysa. Harapnya tahun ni tahun terakhir saya dan Maysa menyambut Ramadhan tanpa our knight in shining armour. Aminn..

Setelah sebulan jadi surirumah sepenuh masa, 1st Ramadhan tahun ni juga adalah 1st day saya bekerja ditempat baru. Semoga permulaan rezeki di tempat baru pada bulan mulia adalah titik permulaan bagi rezeki-rezeki yang lain. Maysa still dalam proses nak adapt tempat baru. Kesian anak mummy. Syok-syok duduk dengan mummy dah kena tinggal dengan orang lain. Hehe.

Bila sebulan tak kerja maknanya sebulan jugaklah ativiti pam terhenti. Skang bila start balik susu tak berapa nak banyak pulak. Huhu. Haish. Nak stok susu banyak-banyak tak bleh pulak sebab menumpang peti ais kakak. Dugaan betul yea. Kena bekerja keras lagi ni untuk Maysa. Hehe.

Oh lupa pulak. Sempena World Breastfeeding Week ni saya nak wish semua mommies, happy breastfeeding! Sama-sama kita memberi anak kita susu yang terbaik didunia.

1 comment:

w|cKa` said... [Reply]

la ni hg keja kat mana? all the best la bekerja di tempat baru.. harap maysa pon ok la dok ngan babysitter..

bila husband hg nak tukaq mai semenanjung?