August 24, 2011

Raya Tak Lama Lagi!

Yeay tak lama lagi nak raya. Cepat pulak rasanya kali ni berpuasa. This year puasa tak dapat penuh lagi. Boleh pulak Cik P datang bulan ni. Tak boleh ke datang lepas raya ke kan. Last year pon tak dapat puasa penuh sebab mabuk pregnantkan Maysa.

Preparation raya tahun ni lain sikitlah sebab dah kena beli baju untuk Maysa. Baju untuk mummy sehelai saja tahun ni. Cukuplah kan. Ni raya 1st Maysa so mummy ngan daddy agak excited la jugak. Tahun ni pakai dress je dulu. Nanti tahun depan dah boleh jalan baru belikan baju kurung. Nak shopping untuk sikecik sorang tu bukan mainla mencabar. Ke sana ke sini cari baju dia. Tapi hampeh, penat je dapat. Yang tinggal baju semuanya yang tak berapa cantik. Maybe orang beli before puasa kot kan. Takpa, next year mummy belikan awal-awal yea nak.


Bukan main suka lagi Maysa try baju. Ni antara dress yang Maysa try. Tapi tak beli pon 2-2 ni. Nampak tak Value buy tu. Buy 1 free 1 tu. Rugi sangat sebab tak ada size Maysa. Kalau tak, mummy dah grab dah. Huhu.


Oklah, tak sabarnya nak balik raya. Tak sabar nak raya. Tak sabar nak tunggu daddy Maysa balik. Jumaat ni dah balik kampung. Yeayyy! Selamat hari raya semuaaaaa!!!!

No comments: